Bukan setakat down payment je, kos penyelenggaraan, insurans, road tax dan kos minyak juga perlu diambil kira. Semuanya nak kena pakai duit.

Nak ambil jalan mudah, pilihlah kereta second hand. Tapi tu pun kalau pinjaman lulus. Kalau tak lulus juga macam mana? Ada yang terpaksa pilih untuk mencari kereta sambung bayar.

5 Sebab Korang Kena Elak Beli Kereta Sambung Bayar

Apa yang perlu korang tahu tentang kereta sambung bayar ni ialah penjual kereta masih lagi membayar pinjaman kepada bank, tapi nak jual kereta tersebut kepada orang lain. Mereka tak mahu melalui proses jual beli yang makan masa dan mungkin juga memerlukan wang tunai dengan segera.

Secara logiknya memang pembeli akan berasa untung kerana tak perlu bayar harga penuh kereta tersebut dan hanya perlu membayar deposit dengan jumlah yang rendah, seterusnya membuat pembayaran bulanan untuk penjual kereta.

Jadi, penjual ‘menjual’ kereta kepada pembeli dan pembeli menyambung bayar pinjaman pemilik tersebut kepada pihak bank. Tapi korang kena ingat, walaupun penjual tu dah serahkan kereta kepada pembeli, kenderaan tu tetap berdaftar atas nama penjual.

Pihak sambung bayar tidak dilindungi

Mana-mana kontrak yang ditandatangani dalam urusan sambung bayar tidak dapat dikuatkuasakan kerana pihak bank biasanya meletakkan syarat dalam kontrak pinjaman yang diberikan- bahawa pembeli tidak boleh menjual kereta tersebut tanpa persetujuan mereka.

Disebabkan itu, kaedah sambung bayar ni biasanya digunakan di antara kawan rapat dan keluarga saja. Tapi zaman sekarang ni pun bukan nak kata apa la, dengan orang yang kita kenal pun perlu sentiasa berhati-hati.

Ads

5 Sebab Korang Kena Elak Beli Kereta Sambung Bayar

Ini kerana terdapat 5 risiko yang harus korang hadapi iaitu:

1. Sambung bayar tu haram

Persetujuan sambung bayar dinyatakan sebagai haram di bawah Seksyen 38 – Akta Sewa Beli 1967 (tiada terjemahan rasmi)

“Setiap orang yang melalui pelupusan atau penjualan mana-mana barang yang dirangkumi dalam sesuatu persetujuan sewa beli, atau melalui pengingkaran barangan tersebut, atau melalui kaedah-kaedah yang lain, menipu atau cuba menipu pemilik melakukan suatu kesalah” – diterjemah oleh ASKLEGAL

Apabila korang membeli kereta secara sewa beli (hire purchase), pihak bank adalah pemilik sah kereta sehingga korang menjelaskan bayaran pinjaman sepenuhnya. Jadi korang sebenarnya tidak berhak pun untuk menjual kereta tersebut melainkan korang mendapta keizinan daripada bank.

Kesalahan ni membawa denda maksimum RM30,000 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

Ads

2. Penjual bertanggungjawab jika pembeli berhenti bayar pinjaman

Kenderaan dalam kaedah sambung bayar ini masih dianggap hak penjual, jadi kalau pembeli gagal membayar ansuran, penjual tersebut kena tanggung semuanya. Lebih teruk lagi ia mungkin menjejaskan credit score korang yang akan mempengaruhi peluang mendapat pinjam kelak.

Selain tu, jika ada saman yang dikeluarkan kepada pembeli ketika menggunakan kereta tersebut, penjual juga yang kena dan lebih tragis lagi bila pembeli tak bayar ansuran bulanan tapi kereta tak dipulangkan. Semuanya ditanggung oleh penjual itu sendiri.

5 Sebab Korang Kena Elak Beli Kereta Sambung Bayar

3. Penjual tak boleh buat laporan polis

Bila dah pembeli bawa lari kereta, penjual tak boleh buat laporan kenderaan dicuri sebab penjual sendiri telah memberi secara sukarela kepada pembeli.
Definisi kesalahan mencuri di dalam Kanun Keseksaan (tiada terjemahan rasmi) Seksyen 378 adalah:

“Barang siapa, yang bermaksud hendak mengambil dengan curangnya apa-apa harta yang boleh dialih daripada milik mana-mana orang dengan tiada kerelaan orang itu, menggerakkan harta itu dengan tujuan hendak mengambilnya, adalah dikata melakukan kesalahan mencuri.”

Ads

Jadi, pembeli di bawah persetujuan sambung bayar tidak mengambil kereta secara tidak jujur dan penjual sendiri secara relanya dah memberikan kereta itu kepada pembeli. So, mereka tidak boleh melaporkan ‘kehilangan’ kereta tersebut.

4. Pembeli mungkin tak dapat hak milik kereta dengan sah

Pembeli sambung bayar tidak dilindungi oleh insurans jika hak milik kenderaan bukan atas nama mereka. Salah satu cara yang boleh dibuat oleh pembeli adalah dengan meletakkan nama mereka sebagai pemandu kedua di dalam polisi insurans.

Namun begitu, ada lagi satu perkara yang perlu dipertimbangkan jika penjual kenderaan meninggal dunia sebleum hak milik dipindahkan. Kenderaan tersebut akan diwarisi oleh keluarga pemilik.

5 Sebab Korang Kena Elak Beli Kereta Sambung Bayar

5. Banyak kes sambung bayar melibatkan kenderaan klon

Kereta klon ini mungkin diubahsuai dengan chasis pendaftaran palsu (mungkin juga tidak didaftarkan) dan nombor plat serta road tax palsu. Mangsa biasanya hanya mengetahui bahawa kereta mereka diklonkan setelah ditahan oleh JPJ atau apabila memperbaharui cukai jalan sendiri.

Kenderaan yang tidak didaftarkan boleh disita oleh JPJ sebelum dilelong oleh mahkamah. Sebagai pemilik kereta, korang juga boleh didakwa di bawah Seksyen 7 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memiliki kereta yang tidak didaftarkan, dan boleh didenda di antara RM2,000 dan RM10,000.

Kesimpulannya, tidak kira berapa untungnya korang bila dapat kereta ‘sambung bayar’ ni, lihat dalam jangka masa yang panjang dengan masalah dan kos yang bakal dihadapi. Risiko yang tak berbaloi untuk korang tanggung. So, buatlah keputusan dengan bijak.

Sumber: Ask Legal

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI