5 Sebab Mengapa Drama Korea Terbaru Netflix: Kingdom Meletop! Bukan Sekadar Drama Zombi

Share

 

Kali terakhir peminat drama dan filem Korea ‘menggilai’ genre zombi adalah semasa filem Train To Busan dilancarkan pada tahun 2016.

 

Genre seram Hollywood itu diberikan sentuhan berbeza dengan memasukkan elemen drama dan kekeluargaan drama Korea. Mungkin itulah resepi utama mengapa filem Train To Busan begitu berjaya di seluruh dunia walaupun jalan ceritanya boleh dijangkakan.

Kini, tiba giliran untuk sebuah drama Korea berkonsepkan zombi untuk ‘menghantui’ peminat.

Kingdom – sebuah drama 6 episod telah menggabungkan 2 elemen utama yang selalu berkesan di Korea iaitu zombi dan juga era dinasti. Hasilnya adalah jalan cerita yang cukup oomph dan membuatkan penonton ternanti-nanti sambungannya!

REMAJA berkesempatan untuk menemu ramah 2 pelakon utama drama tersebut iaitu Ju Ji-Hoon (Putera Yi Chang) dan Rye Seung-ryong (Cho Hak-ju) baru-baru ini sempena sidang See What’s Next: Asia yang dikendalikan oleh Netflix Asia.

Ini 5 sebab utama mengapa korang wajib binge-watch drama terbaru arahan Kim Seong-hun ini.

 

01

Menonton drama Korea saja sudah cukup mengujakan, apatah lagi menonton drama Korea yang diterbitkan oleh saluran atas talian terbesar dunia iaitu Netflix.

Pengarah mengakui, bajet yang disalurkan untuk Kingdom agak besar kerana genre zombi dan zaman bersejarah bukan mudah untuk direalisasikan.

Lihat sajalah pada set penggambaran episod pertamanya saja. Kru produksi membina set tersebut from scratch.

 

02

Genre zombi akan menakutkan sebilangan besar penonton.

Namun, apa yang lebih ‘menakutkan’ adalah bagaimana masyarakat terpaksa hidup dalam sistem kasta pada zaman dulu.

Sebaik saja ayah Putera Yi Chang mengahwini perempuan lain dan jatuh sakit, taktik untuk mengaut kuasa oleh isteri muda sudah terserlah. Kingdom memaparkan bagaimana masyarakat miskin terpaksa menagih simpati untuk kekal hidup sementara yang kaya terus memerintah.

Bayangkan, mereka perlu minum semula air daripada sisa mandian!

 

03

Kingdom berjaya memaparkan emosi ‘desperate’ di kalangan pelakonnya untuk hidup, sampaikan mereka perlu memakan anggota badan mayat. Dalam situasi ini, pujian harus diberikan kepada Ju Ji-hoon yang berjaya membawakan watak putera yang pentingkan takhta tetapi pada masa yang sama, ingin membantu rakyatnya.

04

Bagi korang yang mengikuti Kingdom kerana genre seram dan ganasnya, you will be satisfied. Sepanjang 6 episod, korang akan melihat bagaimana pelakon utamanya menyelamatkan diri daripada zombi menggunakan pedang samurai dan cara taktikal zaman dahulu.

Sesuatu yang jarang dilihat memandangkan drama zombi selalunya berlaku pada zaman akan datang.

 

05

6 episod memang tak cukup!

Klimaks drama Kingdom akan membuatkan korang rasa frustrated kerana jalan ceritanya – hhm – seakan tergantung. Tapi jangan risau, musim kedua Kingdom telahpun disahkan oleh pengarahnya.

Kongsi Joo Ji-hoon kepada REMAJA, “Saya masih dalam penggambaran untuk drama ‘The Item’. Selepas ia tamat tak lama lagi, saya akan meneruskan penggambaran untuk Kingdom musim kedua.

“Skrip musim kedua telahpun saya baca bersama Ryu Seung Ryong semasa dalam perjalanan ke Singapura. Saya amat terkejut sehingga menjerit, ‘Betulkah?!‘.

“Saya tak dapat mengesahkan sama ada karakter saya akan kekal hidup sehingga akhir musim kedua. Cuba lihat pada drama Game of Thrones, karakter utamanya juga mati awal.”

BACA: Busted Musim 2 – Mengapa Kwang Soo Tiada & Apa Komen Park Min Young Tentang Lee Seung Gi

 

Published by
FZ