
Setiap lelaki mempunyai personaliti tersendiri. Dalam hubungan cinta pula ada lelaki yang lebih bersikap terbuka dan ada juga yang seakan sukar untuk mengungkapkan kata-kata sayang atau cinta.
Mengapa sesetengah lelaki memilih untuk bersikap demikian? Well, itu merupakan satu misteri yang ramai para gadis cuba mencari jawapannya.
Di zaman sekarang. ramai wanita berpendapat bahawa mereka sudah cukup mahir untuk membaca fikiran seorang lelaki dan ada juga yang merasakan menunddukan ego lelaki itu satu perkara mudah.
Tapi percayalah ia tidak semudah itu. Lelaki boleh melakukan apa sahaja untuk memenangi hati kamu tetapi mereka juga boleh melakukan apa sahaja untuk menyembunyikan atau lari daripada berterus-terang.
‘Mengapa’… mungkin itu persoalan kamu. Mungkin 5 sebab di bawah ini adalah jawapannya!
https://www.youtube.com/watch?v=l2P4KloBwwg
12 Tahun Bina Masjid, Fedtri Yahya Layangkan Dedikasi Teristimewa Buat Isteri

Pengacara dan personaliti televisyen, Fedtri Yahya mencoretkan dedikasi teristimewa buat isteri tercintanya, Nurul Anati Ismail, sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-12.
Pengacara program popular, Jejak Rasul itu memuat naik sekeping gambar romantis bersama isteri kesayangannya di Instagram, ketika di hari bersejarah mereka pada sedekad lebih yang lalu.
Mengulas lanjut, Fedtri atau nama sebenar Ahmad Fedtri Yahya menzahirkan penghargaan buat Nurul Anati atas segala detik yang telah dikecapi selama 12 tahun mereka bersama.
ARTIKEL BERKAITAN: Aktif Muay Thai Antara ‘Rahsia’ Siti Nurhaliza Kekal Terlihat Jelita, Awet Muda
“Pejam celik. Alhamdulillah. 12 tahun! #12thanniversary. 28 Mei hadir lagi. Terima kasih pada-Mu ya Allah kerana pertemuan dan ikatan ini. Syukur kerana mengurniakan seorang bidadari yang sentiasa ada di sisi kala susah dan senang.
“Syukur atas kurniaan cahaya mata yang menceriakan hidup. Syukur atas segala nikmat dan rezeki. Tak terbalas jasa dan pengorbanan bidadari cinta yang berbuat apa saja demi kebajikan keluarga.
“Pada tubuhnya yang sederhana, tersimpan kekuatan dan kebijaksanaan luar biasa yang Allah saja mengetahui. Moga Allah membalas sebaik-baik ganjaran buat bidadari cintaku,” coretnya.
Dalam pada itu, salah seorang penerima Anugerah Tokoh Khas Kategori Pendakwah Kreatif (peringkat Wilyah Persekutuan) itu turut menzahirkan kesyukuran kehadrat Ilahi atas setiap rezeki yang diperoleh.
“Tiada hadiah yang selayaknya di atas muka bumi ini untuk diberikan. Hanya Engkau selayaknya memberi pahala dan kebaikan. Moga Allah lindungi kita semua… selalu… selamanya. Amin ya Allah.
“Allah Maha Baik. Semuanya indah. Maha Cinta. Kita menumpang di bawah teduhan kasih Nya,” katanya lagi.
Sekadar informasi, Fedtri mendirikan rumah tangga bersama Nurul Anati Ismail yang dikenalinya ketika mereka sama-sama terlibat dalam program Dari Masjid Ke Masjid pada 28 Mei 2011.
Hasil 12 tahun usia perkahwinan pasangan ini, mereka dikurniakan empat cahaya mata, iaitu Indah Sutera Jannah, Ahmad Willdan Arjuna, Indah Rauvda Inaara dan Ahmad Firaas Mevlana.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Fedtri Yahya
Gosip Cinta Jennie & V BTS Kembali Berputik! YG & HYBE Akhirnya Respon Video Berpegangan Tangan

Gosip cinta di antara ahli Blackpink, Jennie Kim dan ahli BTS, Taehyung atau lebih dikenali sebagai V bukanlah satu gosip cinta baharu yang timbul.
Hakikatnya, sudah bertahun-tahun ramai yang memperkatakan mengenai hubungan istimewa mereka yang terpaksa disembunyikan daripada tatapan umum demi menjaga sensitiviti dalam kalangan peminat masing-masing.
Salah langkah dalam percintaan, karier sesetengah selebriti K-pop boleh menjunam dengan pantas!
ARTIKEL BERKAITAN: V BTS & Jennie Blackpink Dikatakan ‘Berdating’ Di Pulau Jeju, YG Entertainment Beri Respon – REMAJA
Setelah berbulan-bulan perhubungan Jennie dan V tidak begitu diperkatakan, nampaknya ia boleh dihidu oleh jurugambar dari Perancis sewaktu mereka berdua berada di Cannes pada minggu ini.
Seorang jurugambar mengesahkan telah melihat pasangan itu berjalan beriringan! Malah, peminat juga dapat mengesahkan Jennie dan Kim memakai dua utas rantai yang sama.
Jennie dilaporkan berada di Paris bagi menghadiri slot tayangan filem lakonannya, The Idol pada Festival Filem Cannes yang sedang berlangsung. Manakala, V berada di sana bagi melangsungkan jadual kerjanya.
Dakwaan jurugambar itu bertambah realistik apabila timbul satu klip sepasang kekasih mirip Jennie dan V berpegangan tangan sambil menikmati keindahan malam di Perancis.
But these pictures and video are true ! #jennie #V #BTS #Blackpink #TAENNIE #TAEHYUNG #jennietaehyung pic.twitter.com/EmGoQ3g4Gs
— Youngtae (@taeny0127) May 17, 2023
In the pic Jennie and her manager is wearing the same clothes as in the videos with Taehyung….
WE LOVE YOU TAEHYUNG
WE LOVE YOU JENNIE#TAEHYUNG #V #BTSV #BTS #뷔 #JENNIE #BLACKPINK #제니 pic.twitter.com/BtDV9rXJJR— Nabby 🦁 (@happy_nabby) May 17, 2023
Setelah berita tersebut hangat diperkatakan di media sosial pada 18 Mei hari ini, akhirnya syarikat label Jennie (YG Entertainment) dan V (HYBE) terpaksa membuka mulut mereka mengenai hal ini demi mengelakkan spekulasi liar bertebaran.
Menerusi Sports Seould, YG dan HYBE masing-masing berkata, “Kami tidak tahu (mengenai kebenaran gosip ini) memandangkan ia melibatkan kehidupan peribadi artis kami.”
BACA LAGI: Kalau Selalu Lakukan 5 Perkara Ni, Korang Lelaki Idaman Jennie BLACKPINK – REMAJA
Apa pendapat korang? Adakah hubungan cinta yang terjalin antara Jennie dan V ini benar-benar berlaku, sekadar peluang publisiti yang dicetuskan syarikat label ataupun ia hanya andaian peminat semata-mata?
“InsyaAllah Saya Akan Jadi Suami Yang Baik Kepada Nurshahila..” Ubai MZ-Shila Azmah Selamat Bernikah

Jika hendak diikutkan, bermacam-macam dugaan yang terpaksa dilalui oleh pasangan sama cantik sama padan, Shila Amzah dan Muhammad Ubaidillah Mohd Zukfelfi atau lebih dikenali sebagai Ubai MZ sebelum tibanya hari bahagia mereka, 5 Ogos hari ini.
Paling menyayat hati tentunya pemergian ibu tercinta Ubai pada 30 Julai 2023, hanya seminggu sebelum mereka disatukan akibat penyakit barah.
Namun, rahsia jodoh dan kematian kekal berada di tangan Tuhan dan sebentar tadi, Ubai dan Shila sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.
Majlis yang dilangsungkan pada 10.27 pagi Sabtu itu menyaksikan pasangan yang muncul dalam persalinan serba putih rekaan Zaimi Zulkafli ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Amir Amzah Salleh atau ND Lala sambil disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Darul Ehsan Taman Tun Razak Ampang, Mohamad Khairi Hussein.
Ubai telah menyerahkan mas kahwin berjumlah RM20,000 berserta tujuh dulang hantaran yang dibalas lima oleh pihak pengantin perempuan. Manakala jumlah wang hantarannya pula dirahsiakan.
Sewaktu ditemui media ketika meninggalkan dewan akad nikah pagi ini, Ubai berkata dirinya bersedia untuk memikul tanggungjawab menjaga dan menyayangi Shila sebagai isteri dan anaknya dari perkawinan pertama Shila, Seth Uwais Bin Haris.
“InsyaAllah saya akan jadi suami dan ayah yang baik kepada Nurshahila (dan Seth yang kini berusia empat tahun).
“(Majlis) yang sepatutnya Mak ada… itulah, ingat Mak sajalah. Tapi, kami ingat balik.. memang Mak hendak kami disatukan. Jadi syukur Alhamdulillah, hari ini kami disatukan dengan sekali lafaz.
“Sebaklah.. sebak. Sebab inilah yang Mak hendak,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Hargai Siapa Masih Di Depan Kita..” Kasih Shila Amzah Kepada Arwah ‘Mak’ Ibarat Dengan Ibu Kandung Sendiri – REMAJA
Soal berbulan madu pula, Ubai memaklumkan kekangan waktu kerja mereka berdua yang padat dan ditambah pula dengan urusan peribadi keluarga membuatkan sebarang perancangan bulan madu perlu ditangguhkan terlebih dahulu.
“Mungkin akan ada percutian pendek di dalam negara terlebih dahulu,” ulasnya.
Majlis akad nikah pada hari ini turut dihadiri beberapa rakan artis termasuklah Amylea Azizan, Jaclyn Victor, Fara Fauzana, Zara Zya, Jihan Muse dan Marsha Milan.
Tahniah Shila & Ubai! Semoga ikatan suci ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.