Sejarah 5 Permainan Popular Di Dunia, Ini Sebab Namanya Diberi

Share

Penulis percaya korang mesti pernah mengidamkan permainan ini baik semasa kecil atau masih ada yang berhajat sehingga remaja dan dewasa. Mesti banyak kenangan korang bersama permainan-permainan ini.

Walaupun biasa menyebut jenama permainan ini, tapi adakah korang tahu asal usul nama yang diberikan kepada mainan tersebut?

ARTIKEL BERKAITAN : 3 Sebab Budak 90-An Takut Dengan Permainan Spirit Of The Coin

1. Barbie

Barbie pertama pada 1959. Yvonne Hemsey/Getty Images. Foto via History

Kini merupakan salah satu produk paling digemari kanak-kanak perempuan di seluruh dunia, istilah Barbie yang digunakan bagi menamakan siri anak patung itu sebenarnya merujuk kepada anak perempuan pengasas syarikat Mattel yang bernama Barbara.

Memetik laporan ThoughtCo,penampilan Barbie adalah berdasarkan anak patung bernama Bild Lilli yang dijual di Jerman. Pengasas syarikat Mattel iaitu Ruth bersama suaminya Elliot membeli hak kepada watak Bild Lilli itu dari pengeluarnya di Jerman untuk pemasaran di Amerika Syarikat dan menamakan semula patung itu menggunakan nama anak perempuan mereka.

2. Jenga

Foto Via Pexels

Dilancarkan pada tahun 1983, permainan Jenga menjadi kegemaran di seluruh dunia dengan pantas. Korang boleh menemui orang bermain di karnival, pameran dan dimana-mana saja.

Jenga adalah satu permainan yang kini menjadi fenomena di seluruh dunia dan memerlukan pemain-pemainnya untuk menarik satu blok daripada 54 bongkah kayu yang disusun mirip sebuah menara dengan selamat.

Bongkah kayu itu kemudiannya perlu diletakkan semula di atas menara tersebut untuk meninggikan lagi ketinggiannya sehingga seorang pemain gagal melakukannya sekali gus meruntuhkan menara yang telah dibina bersama-sama..

Jenga adalah kata pinjaman daripada istilah kujenga yang membawa maksud membina sesuatu dalam bahasa Swahilli. Seorang wanita Inggeris bernama Leslie Scott telah mencipta permainan ini.

3. Tamagotchi

Foto Via Daily Mail

Sudah lebih 26 tahun sejak Tamagotchi pertama pecah dari telurnya. Jika korang lahir sekitar tahun 90-an, korang mesti ada memilikinya sendiri atau menghabiskan setiap rehat melihat ke Tamagotchi.

Sebelum kewujudan telefon pintar yang membolehkan anda bermain permainan simulasi bela haiwan, pengalaman membesarkan anak digital mereka menerusi alat elektronik Tamagotchi.

Tamagotchi adalah permainan yang sangat digemari ramai pada zaman dahulu sehingga ia menjadi peranti yang dibawa secara sembunyi ke sekolah dan juga sering dirampas guru apabila para pelajar gagal menumpukan perhatian di dalam kelas.

Smithsonian Magazine melaporkan Akihoro Yokoi memperoleh inspirasi untuk mencipta Tamagotchi selepas menonton satu iklan di televisyen yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki tidak dibenarkan untuk membawa penyu peliharaannya melancong bersama-sama.

Akihiro kemudiannya menghubungi Aki Maita yang bekerja sebagai pegawai pemasaran bersama syarikat gergasi permainan Jepun iaitu Bandai pada waktu itu.

Untuk pengetahuan, Tamagotchi ialah gabungan dua istilah Jepun tamago (telur) dan uotchi (jam) ataupun jam berbentuk telur. Ia juga kadangkala disebut mengikut ejaan Jepunnya yang asal iaitu Tamagotch.

4. Hot Wheels

Foto via hypebeast.com

Nama Hot Wheels memang cukup sinonim dengan model kereta miniatur yang diperbuat daripada acuan besi. Dengan harganya yang murah serta mudah diperolehi, Hot Whells menjadi antara permainan mampu milik setiap kali pergi ke kedai maianan.

Istilah Hot Wheels itu sendiri cukup ikonik, senang diingati dan jelas mencerminkan identiti produk mereka. Tapi tahukah anda, nama itu bukanlah datang dari perbincangan usaha keras memerah otak?

Selepas pengasas syarikat Mattel, Elliot Handler mengemukakan idea kepada pasukan rekaannya untuk membangunkan prototaip permainan kereta terbaik mampu dihasilkan mereka bagi menyaingi siri Matchbox dari Britain.

Berbeza dengan Matchbox, model keluaran mereka mampu pergi laju disebabkan oleh penggunaan bahan plastik jenis delrin yang bertindak sebagai pelancar di antara paksi tayar dan roda. Apabila Handler melihat kelajuan yang mampu dicapai kereta tersebut di atas trek, dia menjerit secara spontan ‘ Those are some hot wheels!’

Dari situlah nama Hot Wheel bermula.

5. Transformers

Foto Via Logomyway

Transformers, francais gergasi yang memaparkan robot yang mampu bertukar menjadi kenderaan, dinasour mahupun haiwan buas pada awalnya dinamakan sebagai Diaclone di Jepun, diperkenalkan pada tahun 1980 dengan pertukaran mod lebih sains fiksyen.

Bagaimanapun pada tahun 1982, Takara yang mengeluarkan siri permaianan itu memperkenalkan robot Diaclone yang bertukar menjadi kenderaan harian yang mampu kita lihat setiap hari dibawah sub-label ‘ Car Robot’. Model pertama dibawah siri baru ini adalah model ‘ Sunstreaker’, sebuah robot kereta yang kekal dikeluarkan sehingga hari ini.

Takara cuba membawa masuk Diaclone ke pasaran Amarika Syarikat dengan nama ‘Diakron’ namun jualannya kurang menjadi. Sehinggalah syarikat Hasbro membeli hak perlesenan kepada kesemua 28 Diaclone yang ada.

Hasbro akhirnya berkerjasama dengan studio komik Marvel membangunkan latar belakang dan jalan cerita model yang ada. Setiap satu model diberikan nama dan identiti. Nama ‘ Diaclone’ dan ‘Diakron’ yang digunakan juga dilihat kurang menarik.

Berikutan kemampuan setiap model itu bertukar daripada robot ke mod kenderaan, sama ada kereta jet atau van. Siri permainan itu dinamakan semula Hasbro sebagai ‘Transformers’ dan dilancarkan pada tahun 1984.

BACA LAGI : 5 Fakta Tentang Momo Challenge Yang Perlu Korang Tahu

Sumber : 1,2,3

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana