5 Sekeluarga Meninggal Akibat Sikap ‘Tak Apa’, Enggan Kuarantin Selepas Pulang Dari Itali

Share

Sejak semalam tular di media sosial kisah lima sekeluarga meninggal dunia di Sarawak akibat positif COVID-19. Dalam sidang media semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan pihak KKM mengesan  kluster baharu wabak COVID-19 di Sarawak, yang berpunca daripada rakyat Malaysia yang melancong ke Itali, yang setakat ini meragut nyawa lima mangsa.

Kluster berpunca daripada pesakit ke-1,580 itu, dikesan menjangkiti 37 kes lain termasuk lima kematian iaitu kes ke-1,031; ke-1,032; ke-1,006; ke-2,850 dan ke-2,210 serta seorang pesakit memerlukan bantuan pernafasan dalam unit rawatan rapi (ICU).

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, menjelaskan kluster berpunca ‘kes import’ yang sebelum ini dibimbangi bakal mencetuskan gelombang baharu itu, kini membabitkan jangkitan sehingga generasi ketiga.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, menjelaskan kluster berpunca ‘kes import’ yang sebelum ini dibimbangi bakal mencetuskan gelombang baharu itu, kini membabitkan jangkitan sehingga generasi ketiga.

Tidak lama itu viral di media sosial mengenai kematian melibatkan satu keluarga  ini berpunca dari diri seorang pegawai di sebuah bank yang baru balik dari Italy tetapi langsung tidak kuarantin diri sebaliknya terus  pergi kerja.

Kes bermula apabila mangsa yang meninggal (bekerja di bank yang sama- kes 1031 ) tanpa sedar dirinya sudah dijangkiti kerana kontak terdekat dengan pegawai berkenaan. Ia baru disedari apabila ibunya menghadapi masalah pernafasan dan meninggal. Mereka dikebumikan dengan cara biasa dan paling sayu mereka mengadakan kenduri tahlil seperti biasa tanpa menyedari ia kes berkaitan COVID-19.

Ekoran itu ramai yang dijangkiti bermula dari tukang mandi jenazah, orang hadiri kenduri tahlil, saudara mara dan sebagainya hingga mencecah 37 kes dijangkiti akibat sikap mementingkan diri ini.

Carian REMAJA di fb atas nama Sharifah XXXXXXXX anak kepada keluarga ini ada menulis di fbnya.

Viral la pulak..

But I never mentioned name, and workplace.
And I do not say it’s wrong, but I also don’t want to agree.

Terer netizen ngato.

Tapi nama family dan kampung dah clear. Syukur.

But then,

Bak kata adik saya XXXX, kami cuma nak Abah sembuh dan sihat, kami perlukan doa semua

Who knows if we forgive, then Allah will give miracle to Abah..

And we believe in Allah. 🤲

Semoga ada berita baik, I pray that Abah in ICU SGH, will be healthy again. I know you will Abah! You are strong!🌹🤲🤲

Another family member, XXX is currently intubated, also in ICU, please pray for him too. 🤲🤲🤲

And the rest of our family yang positive, semoga cepat sembuh and covid-free, dapat balit rumah. 💋🌹🤲🤲🤲

– ❤️

Main point, be safe, be clean, stay home, and don’t lie.

We have to break this chain.

Nampaknya apa yang ditakuti iaitu gelombang ketiga mula menular akibat perjalanan ke luar negara. Kita di Malaysia baru melepasi kluster dibawa oleh tabligh dan kini gelombang ketiga mula memasuki iaitu dari mereka yang baru pulang dari luar negara.

So stay at home. Tolong putuskan rantaian COVID-19 ini agar negara kita bebas selama-lamanya dari wabak ini.

Published by
Almaswa Haji Che Ros