
Yeke orang kata mewarnai rambut boleh ubah penampilan agar kelihatan lebih segar, cantik, mempesona malahan lebih vogue?
Bintang Hollywood sama ada pelakon, penyanyi atau ikon fesyen terkenal akan sentiasa menjadi perhatian dunia. Populariti mereka yang menjangkau skala global membuatkan apa sahaja gaya yang ditonjolkan pasti akan mendapat perhatian media dan peminat.
Selain fesyen pakaian, gaya rambut selebriti Hollywood juga sering diperhatikan. Kali ini timbul pula trend mewarnakan rambut ala ‘chunky highlights’ yang menjadi pilihan ramai selebriti dan influencer.
Warna ‘chunky highlight’ kelihatan seperti warna honeycomb keemasan dengan highlight di garisan rambut depan. Satu yang menarik dengan stail ini membuatkan muka besar dan bulat kamu kelihatan kecil, memberi kelainan pada penampilan.
Kalau suka, lihat beberapa contoh di bawah:
- Jennifer Lopez
View this post on InstagramWhat tutorial do you guys wanna see straight Or curly? #dreamcul #dreamstright
A post shared by Chris Appleton (@chrisappleton1) on
2. Kaia Gerber
3. Brittany Xavier
View this post on Instagramsomething that’s been on my mind lately on stories 🖤
A post shared by Brittany Xavier (@brittanyxavier) on
4. Kylie Jenner
5. Tatiana Ringsby
Cantikkan? Nanti salon buka je lepas PKP kita try trend rambut ni k, bolehlah la cuba untuk raya nanti.hiks
Gempar! Miss Teen USA 2023 & Miss USA 2023 Lepaskan Gelaran Pada Minggu Yang Sama

Isi Kandungan
ToggleApa sudah jadi dengan salah satu organisasi ratu cantik paling berkuasa di dunia, Miss USA?
Hanya dua hari selepas juara Miss USA 2023, Noelia Voight mengumumkan keputusannya untuk menyerah semula gelaran yang dimenanginya itu kepada pihak organisasi Miss USA, hari ini tiba giliran juara Miss Teen USA 2023, UmaSofia Srivastava pula untuk mengambil tindakan yang sama dan secara rasmi tidak lagi memegang gelaran yang dimenanginya pada tahun lepas itu.

Menerusi hantaran di Instagram pagi ini, UmaSofia, 17 menyatakan keputusannya itu adalah disebabkan perselisihan nilai keperibadian yang dirasakannya tidak lagi selari dengan hala tuju organisasi Miss USA.
“Saya menghargai semua sokongan daripada keluarga, pengarah organisasi negeri, rakan-rakan ratu cantik saya dan peminat yang memberikan sorakan kepada saya sejak saya memenangi gelaran (Miss New Jersey Teen USA 2023).
“Saya akan sentiasa mengingati waktu saya memegang gelaran Miss New Jersey Teen USA dan pengalaman mewakili negeri saya sebagai peserta berdarah kacukan Amerika-Mexico-India daripada generasi pertama,” catatnya.
Tambah UmaSofia, dia akan meneruskan advokasinya terhadap isu pendidikan dan penerimaan masyarakat terhadap komuniti minoriti seperti dirinya. Kini, remaja berkulit sawo matang itu bakal menumpukan fokus terhadap tahun terakhirnya di alam persekolahan dan persediaan untuk melangkah ke alam kolej.

Menariknya, UmaSofia juga berterima kasih kepada mereka yang memberi sokongan terhadap siapa dirinya yang sebenar selama ini dan bukannya terhadap dirinya setelah bergelar Miss Teen USA 2023 buat sementara waktu.
Ouch. Jelas, UmaSofia enggan lagi mengaitkan dirinya dengan pengalaman selama beberapa bulan bersama organisasi Miss USA dan Miss Teen USA itu.
Miss USA 2023 Juga Lepaskan Gelaran
Pada 7 Mei lalu waktu Malaysia, Noelia Voight yang juga wakil darah kacukan Amerika-Venezuela pertama untuk memenangi gelaran Miss USA pada tahun lalu mengejutkan dunia ratu cantik antarabangsa setelah memutuskan untuk melepaskan gelarannya; hanya berbaki dua bulan sebelum juara Miss USA 2024 dipilih.

Keputusan berat itu dibuat Noelia setelah mengambil kira keadaan kesihatan mentalnya dan berharap orang ramai juga mengutamakan kesihatan mental masing-masing sempena bulan kesedaran Kesihatan Mental di peringkat kebangsaan sana.
Noelia, 24 dalam kenyataan panjang lebarnya – juga menerusi Instagram – berkata pengalaman terbaiknya sepanjang bergelar Miss USA adalah semasa berkerjasama untuk kempen Smile Train dan apabila dirinya dijemput di majlis-majlis kempen anti-buli, kempen kesedaran keganasan dalam perhubungan dan hak imigrasi rakyat Amerika Syarikat.

ARTIKEL BERKAITAN: Negara Paling Berjaya Di Miss Universe, Bukan Semua Cemerlang. Ini 4 Wakil USA Gagal Bergelar Semifinalis – REMAJA
Spekulasi Peminat
Biarpun Noelia dan UmaSofia tidak memberikan sebarang petunjuk mengenai isu sebenar yang menyelubungi dua organisasi besar itu, rata-rata peminat ratu cantik merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan cara organisasi baharu itu melayan wakil peserta serta juara yang dilantik oleh mereka.
Mereka juga berpendapat kepincangan yang berlaku dalam organisasi Miss Universe sendiri yang kini dimiliki hartawan Thailand, Anne Jakapong Jakrajutatip dapat dihidu sejak perletakan jawatan oleh bekas presiden organisasi Miss Universe, Paula Shugart dan CEO organisasi Miss Universe, Amy Emmerich.
ARTIKEL BERKAITAN: Miss Universe, Miss USA & Miss Teen USA Kini Milik Billionaire Transgender Asal Thailand – REMAJA
BACA LAGI: Organisasi Miss USA Di ‘Kerusi Panas’ Lepas Spekulasi Dibongkar Pesertanya Sendiri – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Cara Murah & Berkesan, Lebihan Air Teh Boleh Hitamkan Dan Atasi Rambut Gugur

Kadang kala bila kerap ke salon sama ada untuk memotong, mencuci atau membuat warna, kesannya rambut menjadi kasar, mudah beruban dan kekeringan.
Memang segan jika usia muda rambut kelihatan beruban, kasar dan tidak menarik. Yalah, apabila melakukan rebonding tentu saja ubat-ubatan dicampur kimia digunakan untuk meluruskan, mewarna dan sebagainya. Itu belum lagi penggunaan hair dryer yang boleh merosakkan rambut jika kerap digunakan.
Bagi korang yang ada masalah ini, jangan la risau ya sebab banyak bahan-bahan alami yang boleh digunakan untuk menyubur dan menyihatkan semula rambut yang sudah rosak dan kembali menghitamkannya semula.
Jangan tak tahu, air teh yang telah direndam semalaman merupakan cara terbaik untuk menghitamkan kembali rambut. Kos murah saja tetapi kesannya mampu membuatkan rambut korang kembali bersinar.
Cara membuatnya :
Selaing uncang, adakalanya kita gunakan beberapa senduk teh untuk membuat sama ada teh o atau teh tarik. Biasanya baki teh itu kita buang begitu sahaja.
Selepas ini baki teh itu jangan buang dan rendamkan dengan sedikit air pans untuk mendapatkan mendapan dan kepekatan teh itu. Jangan campur dengan gula sebaliknya biarkan tawar.
Pastikan teh itu terendam seharian dalam bekas bertutup. Ini agar teh tidak tercemar oleh bendasing selain cara paling mudah untuk menyejukkan teh.
Fungsi teh yang telah direndam ini
Ia akan menghitamkan kembali rambut yang rosak akibat penggunaan bahan kimia atau beruban. Untuk mengelakkan rambut kerap rosak, jangan terlalu kerap ke salon melakukan pewarnaan, penggunaan hair dryer dan cara ini juga mampu membuatkan akar rambut kembali sihat.
Warna teh pekat ini akan bertindak sebagai pewarna asli kerana pada zaman dahulu, air lebihan teh berfungsi sebagai menghitamkan rambut, memcegah tumbuhnya uban dan sebagai tonik untuk rambut.
Harus diingat, untuk mendapatkan betul-betul rambut kelihatan hitam, pakailah setiap hari selama dua minggu dan insya Allah, rambut akan kelihatan hitam berkilat.
Cara menggunakan air teh sebagai penghitam rambut
-Proses ini dilakukan 2 jam sebelum mandi setiap pagi
-Ambil air teh sahaja dan bukannya serbuk teh berkenaan.
-Cuci tangan dengan bersih, celupkan kedua telapak tangan sampai basah dan ratakan ke seluruh rambut.Boleh juga dengan menyiramnya ke kepala.
-Sapu rata-rata dan biar untuk satu tempoh sekurangnya 2 jam.
-Selepas itu bilas dengan air bersih dan elakkan penggunaan shampoo. Boleh gunakan shampoo sehari selepas itu atau sebelah petang.
-Untuk dapatkan rambut sihat, gunalah bahan alami agar rambut sentiasa sihat dan kelihatan cantik dan jangan bergantung kepada bahan kimia dengan kerap.
5 Lip Balm Patut Ada Dalam Beg, Bila Melancong Ke Negara Sejuk!

Ramai yang mengambil peluang hujung tahun ini menghabiskan cuti tahunan dengan pergi travel bersama keluarga mahupun travel solo. Dari pandangan penulis, ramai yang memilih ke sejuk seperti negara Korea dan Jepun untuk menikmati cuaca sejuk dan bermain salji buat pertama kalinya.
.
Tapi yang tak best bila muka, tangan, badan, kaki bahkan bibir mula mengering kerana tidak dapat menahan cuaca yang mencecah sehingga negatif. Jadi kami senaraikan beberapa lip balm terbaik patut korang bawa bila melancong ke negara sejuk. Pastikan pakai setiap kali keluar rumah, dalam rumah – pada bila dan di mana sahaja agar bibir kekal lembap sentiasa.
.
Ini antara yang penulis guna dan dijamin paling terbaik!
Vaseline Lip Therapy
.
Antara favourite penulis ialah jenama ini. Sapukan saja ke bibir untuk elak daripada kering. Ada beberapa pilihan seperti cocoa butter, creme brulee, rosy dan juga original. Kesemua memberi kesan lembapan berpanjangan, cuma rosy akan buat bibir merah merekah.
Laneige Lip Sleeping Mask
.
Produk ini bukan jahaja untuk melembap malah merawat juga dari khasiat Vitamin C. Ia perlahan-lahan mengurangkan masalah kering, kulit tidak stabil pada bibir sepanjang malam untuk merealisasikan bibir licin dan lembut pada keesokan harinya!
Fresh Sugar Tinted Lip Treatment
.
Mungkin harganya agak mahal tapi percayalah Fresh Lip Treatment memang bagus! Lip balm ini bukan jenis yang sementara, di mana membuatkan bibir lembap tetapi akhirnya menjadi kering selepas sejam atau lebih. Ia meninggalkan bibir lembut, dan lembap sentiasa, jadi anda langsung tidak akan kelihatan pucat dalam gambar.
Lucas Papaw Ointment
.
Pernah guna lip balm Lucas Papaw Ointment? Produk yang pernah laku keras selepas aktres Natalie Portman dan Lucy Hale mengakui keberkesanannya. Selain melembapkan bibir (khasiat buah betik yang ditapai adalah bahan penyembuhan utama), ia juga boleh mengubat sunburn dan luka kecil, serta gigitan nyamuk.
Burt’s Bees
.
Burt’s Bees antara yang terbaik. Kenapa? Campuran botanical wax dan shea butter terkenal dengan manfaatnya untuk bibir kering. Tetapi apa yang membuatkan ramai kagum dengan produk ini adalah kelembapannya. Walaupun selepas 3 jam, tetapi bibir masih terasa lembap dan lembut selama beberapa jam selepas itu.
Ingat. Pergi jauh-jauh pun kena sentiasa jaga penampilan tau!