5 Selebriti Hollywood Yang Menyambut Hari Bapa Pada Tahun Ini Buat Kali Pertama

Share

Tahun ini kelihatan ramai selebriti yang baru sahaja bergelar sebagai ayah. Tahniah kami ucapkan kepada mereka! Menjadi seorang ayah bukanlah mudah, begitu juga buat mereka yang bergelar ibu.

Namun, korang tahu tak sebenarnya ada diantara selebriti di Hollywood ini juga menyambut Hari Bapa buat pertama kalinya, dan semua selebriti ini adalah selebriti yang korang kenal dan diminati ramai.

  1. Henry Golding
Sumber: E-News!

Bintang terkenal antarabangsa, dan pelakon utama Crazy Rich Asians Henry Golding ini telah menimang cahaya matanya yang pertama bersama isteri Liv Lo, pada bulan Mac yang lalu. Henry juga berkata yang kehadiran anak mereka ini telah merubah kehidupan mereka 360 darjah, dan semestinya ianya juga membawa kebahagian kepada mereka berdua.

2. Joe Jonas

Sumber: E-News!

Penyanyi kumpulan Jonas Brothers ini juga menyambut Hari Bapa buat kali pertama! Hasil daripada perkahwinannya bersama pelakon Sophie Turner, mereka telah menimang bayi perempuan yang diberi nama Willa, pada Julai tahun lalu.

3. Jason Derulo 

Sumber: E-News!

Bintang pop terkenal, Jason Derulo juga merupakan salah seorang new father. Hasil daripada perkahwinannya bersama influencer Jena Frumes, mereka menimang cahaya mata pertama yang diberi nama Jason King Derulo pada Mei yang lalu.

4. Zayn Malik 

Sumber: Seventeen Magazine

Pasangan selebriti terkenal Zayn Malik dan Gigi Hadid telah menimang bayi perempuan pada September 2020 yang lalu. Bayi perempuan itu telah diberi nama ‘Khai’. Zayn berasa sangat terharu dan masih berasa seakan tidak percaya yang beliau kini telah mempunyai seorang anak. Ianya merupakan sebuah pengalaman yang baru buatnya.

5. Kit Harrington

Sumber: E-News!

Pelakon Game of Thrones Kit Harrington dan juga Rose Leslie telah menimang cahaya mata pertama mereka pada Februari yang lalu. Perasaan yang kedua-dua pasangan ini alami semestinya tidak dapat digambarkan. Mereka berdua berasa sangat teruja, terutama sekali buat Kit sendiri!

 

Published by
Sherfiqa Ermelia Marlyn