5 Selebriti Korea Yang Pernah ‘Berperang’ Dengan Penyakit Kronik & Kembali Ke Kaca TV

Share

Tidak dinafikan industri hiburan di Korea boleh memberikan tekanan buat selebriti mereka kerana kepadatan jadual bekerja sepanjang hari. Malah, hal ini juga memberi impak kepada tahap kesihatan mereka.

Di sebalik kejayaan selebriti-selebriti popular ini mungkin membuatkan peminat tidak menyangka bahawa ada diantara mereka yang sebenarnya sedang ‘berperang’ melawan penyakit kronik.

Namun, dek kerana semangat yang kuat membuatkan mereka kembali menghiburkan industri hiburan Korea. Jom kita lihat antara selebriti Korea yang pulih dari penyakit dan kembali ke kaca televisyen.

Yoo Ah In

Foto: Soompi

Sebelum dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di anugerah Blue Dragon Film Awards dan membintangi beberapa siri popular, tidak ramai yang tahu bahawa Yoo Ah In menghidapi tumor tulang sejak tahun 2015. Tidak hanya itu, pelakon ini juga pernah mengalami koyakan otot, patah tulang selangka dan tulang belikat semasa penggambaran filem ‘Veteran’ dan ‘Tough as Iron’.

Tidak menyerah kepada takdir, Yoo Ah In berusaha untuk melawan penyakitnya itu dan mencapai kejayaan dengan projek-projek terkenal seperti ‘Hellbound’, ‘#Alive’, ‘Voice of Silence’, ‘Default’ dan ‘Chicago Typewriter’.

Park So Dam

Foto: Koreaboo

Pelakon ini disahkan menghidap kanser tiroid pada 2021 dan selepas itu dia menghentikan semua aktivitinya untuk menjalani pembedahan mengikut prosedur perubatan. Pada awal tahun ini, Park So Dam membuat kemunculan semula ke layar perak dalam filem ‘Special Cargo’.

Kim Bum

Foto: Forbes

Pada tahun 2018, King Kong Entertainment mengumumkan bahawa Kim Bum telah didiagnosis dengan egenerative arthritis – gangguan kronik yang melemahkan rawan dan tisu di sekeliling tulang dan sendi. Selebriti ini terpaksa menghentikan semua aktivitinya hampir dua tahun untuk menumpukan perhatian kepada rawatan dan menyertai perkhidmatan masyarakat.

Selepas itu, dia membuat kemunculan semula dalam siri projek Tale of The Nine Tailed, Law School dan yang terbaharu, Ghost Doctor.

Kim Woo Bin

Foto: Soompi

Teman lelaki kepada pelakon wanita Shin Min Ah ini disahkan menghidap kanser nasopharyngeal dan berita tentang keadaannya yang tenat pada 2017 mengejutkan orang ramai. Pelakon ini kemudiannya berehat selama empat tahun dan apabila keadaannya semakin pulih, dia mula muncul dalam siri drama seperti ‘Alien’, ‘People’ dan ‘Our Blues’.

Jung Il Woo

Foto: Soompi

Pada tahun 2006, Jung Il Woo mengalami kemalangan kereta yang serius yang memerlukannya dirawat selama 7 bulan. Dia mengalami patah tulang di pergelangan tangan, patah pelvis dan pendarahan dalaman di kepala.

Kemudian, Kemudian Jung Il Woo disahkan menghidap aneurisma otak. Seseorang yang menghidap penyakit ini terdedah kepada koma, strok dan komplikasi yang paling berbahaya boleh menjejaskan arteri serebrum dan menyebabkan kematian. Jung Il Woo melalui masa yang amat sukar, bergelut untuk melawan penyakitnya.

Pada 2019, dia kembali ke skrin dengan drama Haechi (2019), diikuti dengan ‘Sweet Munchies’ (2020) dan drama sejarah ‘Bossam: Steal the Fate’ pada 2021 bersama SNSD Yuri. Drama ini kesemuanya mendapat rating tinggi dan ulasan positif daripada penonton.

Begitulah kisah selebriti-selebriti Korea yang berperang dengan penyakit kronik tetapi tetap kuat semangat untuk kembali muncul di kaca televisyen. Semoga kisah mereka ini menjadi inspirasi buat semua individu yang sedang berusaha melawan penyakit mereka.

Sumber: (1)

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Noor Ain Norman