Malam ini, sekali lagi Anugerah Bintang Popular Bintang Harian (ABPBH) dilangsungkan.
Kalau korang dah lama mengikuti sejarah ABPBH, mesti korang tahu ia sangat sinonim dengan stail fesyen yang akan diingati untuk tempoh lama.
Di ABPBH-lah tempat untuk kak Didie Alias melaram. Ini jugalah anugerah pertama di mana selebriti yang baru berhijrah memakai hijab memperagakan imej baru mereka.
Tahun ini, situasinya sama seperti tahun-tahun sudah apabila selebriti yang tercalon, penyampai anugerah dan penyeri pentas yang melakukan persembahan mempamerkan stail masing-masing.
Cer tengok stail siapakah yang menjadi pilihan REMAJA.
IZZUE ISLAM
Wow Izzue! Mengambil inspirasi daripada gaya athleisure, Izzue tampilkan kelainan dengan aksesori sepadan untuk bahagian kepala. Dia juga memilik but berplatform untuk melengkapkan gayanya.
MIRA FILZAH
Apa saja yang dipakai oleh Mira Filzah, pasti ramai yang akan bercakap mengenainya. Mira memilih persalinan serba putih (untuk dipadankan dengan sut serta blazer berwarna perang oleh Remy Ishak? Hehe) dengan menggabungkan gaun serta blazer top.
AZAR AZMI
Azar Azmi bole dianggap sebagai selebriti yang baru mencuri tumpuan di karpet merah. Azar seperti biasa selesa dengan persalinan gaun body fitting tetapi kali ini memilih paten patchwork moden geometri.
ARA JOHARI
Kali terakhir penulis melihat Ara mengenakan persalinan di atas lutut adalah semasa karpet merah Anugerah Juara Lagu pada awal tahun ini. Kali ini Ara menggayakan sut biru laut dengan stoking panjang dalam gaya preppy chic.
HAEL HUSAINI
Awak ini melangkaui sempadanlah, hehe.
Hael Husaini memang gemar untuk menepati tema bagi mana-mana acara. Lalu dia memilih kot labuh merah baldu lengkap dengan ikatan tali ala robe di bahagian hadapan.
*
So stail mana jadi kegemaran korang?