5 Stun Terbaik Daripada The Moscow Circus, Kini Di Padang Timur PJ !

Share

 

Siapa yang tak sukakan sarkas?!

 

Dari usia serendah 3 tahun sehingga ke atuk dan nenek kita, semua orang boleh mengalami masa menyeronokkan apabila menonton persembahan sarkas, terutamanya jika ia dilakukan oleh sekumpulan profesional yang bertaraf dunia.

The Moscow Circus Tour of Malaysia 2018 kini berada di Padang Timur Petaling Jaya sejak 10 Ogos lalu. Penulis sempat meluangkan 2 jam untuk menyaksikan persembahan mereka

AND IT WAS WORTH IT.

Jom tengok 5 stun kegemaran REMAJA dari The Moscow Circus.

 

 

 

1 The Romanov Duo

 

Dua orang je dah cukup untuk membuatkan semua penonton tercengang dengan skil roller skating mereka. Takut juga apabila si lelaki membawa keluar tali besi untuk mengikat lehernya kepada tangan skater

perempuan. Tapi sekali dia pusing, we could not help but to think, “Tak pening ke..?”

Selain daripada kasut roda, mereka berdua juga persembahkan skil mengimbangi yo yo yang kita selalu lihat di kalangan circus show dari China.

 

2 The Tokmachev Troupe

Tak pernah tengok persembahan trapeze berterbangan di udara? Okay, sekarang korang ada chance untuk menontonnya di The Moscow Circus.

The Tokmachev Troupe adalah antara pasukan trapeze yang paling berpengalaman dan hebat di peringkat dunia. Buktinya, ada di kalangan mereka yang sudah berumur tapi masih berupaya untuk melakukan somersault dari ketinggian lebih 10 meter. Walaupun mengambil masa 20 minit untuk menyiapkan set mereka, it was all worth it!

 

 

 

3 The Svezhov Duo

Selain daripada filem The Wire yang dibintangi oleh Joseph Gordon Levitt, penulis tidak pernah melihat sesiapa berjalan di atas wayar secara live.

Jadi apabila Svezhov Duo mula berjalan, berlari, duduk di tengah-tengah udara (what?!), membuat pusingan U dan macam-macam lagi trik, penonton di bawah hanya tergamam, tak berani untuk menepuk tangan terlalu kuat dan – hhm

– berdoa untuk keselamatan mereka berdua?

Sebab itulah mereka merupakan penghibur profesional.

 

4 Olga, Svetlana & Nadezhda

Bukan atlet gimrama dan perenang berirama je yang memakai pakaian leotard neon okay, The Air Trio yang terdiri daripada Olga, Svetlana dan Nadezhda juga tak terkecuali! Cumanya mereka tergantung di udara, dan bukannya di atas lantai ataupun berenang di dalam air.

10 minit menyaksikan mereka melakukan pelbagai aksi tergantung dan berpusing membuatkan penonton menahan nafas kerana takutkan keselamatan mereka.

 

 

 

5 The Incredible Semion Krachinov

Ada ramai lagi penghibur yang melengkapkan jelajah The Moscow Tour ini seperti badut berbakat Armen Asiryants, The Moskalov Duo yang boleh menukar baju sepantas laluan angin dan juga The Skokov Troupe yang ‘bermain; dengan pusingan somersault di atas buaian gergasi.

Namun, penulis tertunggu-tunggu untuk melihat skil Semion Krachinov yang terkenal dengan skil juggler-nya. Cepat weh dia tangkap!

Semion juga sentiasa tampil gentleman 

dengan para penonton yang melihatnya.

 

* * * * *

 

Overall, penulis merasakan semua orang perlu datang menonton The Moscow Circus sekurang-kurangnya sekali sementara mereka berada di Kuala Lumpur sehingga 2 September 2018 ini. Buat masa sekarang, mereka masih berada di Padang Timur Petaling Jaya sebelum bergerak pula ke Pulau Pinang pada pertengahan September sehingga awal tahun hadapan.

 

 

Bukan selalu kita dapat peluang menerima kehadiran sarkas Rusia terkenal.

Korang boleh mendapatkan tiket pada harga serendah RM50 sehingga RM280 di laman web ticket pro. Tak adalah mahal mana pun untuk persembahan selama 2 jam. Sebahagian daripada hasil jualan itu juga akan didermakan ke Tabung Harapan Malaysia. Love!

Published by
FZ