Dijangka Dibuka Semula November Depan, Ini 5 Taman Tema Yang Best Di Malaysia

Share

Setelah berbulan lamanya rakyat Malaysia ‘duduk rumah’ kerana patuh dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan boleh dikatakan hampir semua pusat riadah ditutup, kini nampaknya sedikit demi sedikit ia bakal memulakan operasi seperti biasa.

Terbaharu, taman tema di seluruh negara dijangka dibuka semula kepada orang awam selewat-lewatnya November depan, selepas kadar vaksinasi negara mencapai 90 peratus populasi dewasa.

Walau bagaimanapun, kebenaran pembukaan semula taman tema itu tertakluk kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan yang kini sedang mengkaji prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pembukaan taman tema.

Tak perlu pergi sampai ke luar negara untuk mendapat kepuasan bercuti, negara kita sendiri sebenarnya mempunyai banyak taman tema menarik untuk korang kunjungi.

Berikut merupakan antara taman tema yang paling best yang korang kena pergi at least once in a lifetime okay?

1. A’Famosa Resort

Foto: Klook

Terletak di daerah Alor Gajah, Melaka, ia bukan hanya menawarkan taman tema air malah kemudahan penginapan seperti hotel, kondotel dan banglo juga disediakan.

Taman tema air A’Famosa dibuka dari jam 11 pagi hingga 7 malam, tutup pada hari Selasa kecuali cuti umum. Kalau Sabtu dan Ahad pula, ia dibuka seawal jam 9 pagi.

2. Lost World of Tambun

Foto: Lost of Tambun

Di dalam kehijauan alam, terdapat satu taman tema air yang seringkali menjadi tumpuan pengunjung seluruh negeri. Lokasi bertempat di Ipoh, Perak, Lost World of Tambun juga mempunyai beberapa tarikan lain antaranya seperti Lost World Amusement Park, Lost World Petting Zoo dan banyak lagi.

3. Bukit Merah Laketown Theme Park

Foto: Tripcarte

Beroperasi dari jam 11 pagi hingga 6 petang pada hari Isnin hingga Khamis dan 10 pagi hingga 7 malam pada Jumaat sampai Ahad, Bukit Merah Laketown mempunyai kira-kira 12 tarikan taman tema air seperti giant bubble slide, sandy beachfront wave pool dan lazy river.

4. Legoland Resort

Foto: Legoland

Legoland Malaysia Resort menggabungkan LEGOLAND Theme Park, taman tema air dan hotel di satu lokasi yang bertemakan lego. Sepanjang bulan Disember, taman tema ini membawa pelbagai aktiviti sepanjang musim cuti sekolah. Antaranya adalah Cabutan Bertuah Kalendar Advent LEGO dan pengunjung berpeluang untuk memenagi hadiah sehingga RM100,000.

5. Sunway Lagoon Water Park

Foto: Sunway Lagoon

Dibuka pada April 1993, Sunway Lagoon merupakan salah satu taman tema terbesar di Malaysia. Selain daripada pelbagai tarikan gelongsor air dan permainan, Sunway Lagoon banyak menganjurkan aktiviti-aktiviti istimewa bagi hiburan pengunjung.

Ha, dah bolehlah rancang percutian korang nanti. Hiks!

Sumber: (1)

 

Published by
Noor Ain Norman