Antara perkara paling penting dalam hubungan romantik di antara dua insan adalah persefahaman dan keinginan untuk menerima satu sama lain seadanya.
Baik atau buruk perangai si dia akan diterima dengan hati terbuka. Tapi, korang tahukah bahawa kesabaran lelaki juga ada hadnya ? Kadangkala dia sudah lama muak dengan perangai korang tapi dipendamkan sahaja di dalam hati.
Tak mahu perkara seperti ini berlaku? Sebelum terlambat jom sama-sama lihat 5 petanda dia sudah muak dengan korang!
Di awal perhubungan, apa sahaja yang keluar dari mulut pasangan umpama pujian yang membuatkan kita senyum melebar. Namun, jika korang mula perasan semakin lama dia semakin tidak endah dengan apa yang korang perkatakan, itu tanda awal dia sudah muak.
Berbeza betul dengan masa dia nak ‘mengorat’ dulu. 2 jam menunggu di luar kelas korang pun dia sanggup lakukan demi berjumpa. Tapi sekarang, bila ajak jumpa je, mesti dia lambat. Datang pun dengan muka seperti terpaksa.
Lelaki kelakar ini sebenarnya mudah untuk mendapat perhatian perempuan, termasuklah korang. Jika tiba-tiba dia dingin, itu petanda dia sebenarnya sudah naik bosan dengan kamu. Sudahlah tidak buat lawak, dia buat pula muka ‘sepuluh sen’!
Hubungan semakin dingin bila dia seakan kekeringan idea semasa ingin berborak menerusi panggilan telefon atau mesej pesanan ringkas.
Jika dulu, mesej dialah yang pertama menyambut kamu bangun tidur. Tapi sejak kebelakangan ini, nak cakap ‘hai’ pun payah. Haaa, itu salah satu tanda dia muak!
Dulu – tak perlu effort
pun, senyuman korang boleh membuatnya cair. Tapi lama-kelamaan mukanya masam semacam je. Tambahan pula, lelaki sukar untuk menyembunyikan perasaannya.*
Bagi REMAJA, jika seorang lelaki tidak lagi menghargai korang, sudah muak atau bosan dengan korang atas alasan yang tidak munasabah, tinggalkan sajalah dia.
Jangan letakkannya sebagai fokus utama hidup kamu. Buat apa terus stay dengan orang yang tak boleh hargai diri kamu, tak gitu?