5 Tanda Lelaki Sedia & Serius Untuk Ke Fasa Seterusnya

Share

Isi Kandungan

Toggle

 

Dalam perhubungan, selalunya perempuan adalah pasangan yang lebih pantas memikirkan masa depan sekiranya dia dan pasangannya dirasakan compatible dan saling menyenangi (dan menyayangi) antara satu sama lain.

SELALUNYA lah. Tak bermaksud lelaki tidak berfikiran jauh bila dia bersama teman wanitanya. Ada masa lelaki pun terfikir.

Cuma perempuan ini fikirannya lebih meticulous ataupun teliti. Jangan terkejut sekiranya dia telahpun berfikir mengenai warna baju pengantin selepas korang declare menjadi pasangan! Hehe..

Sumber Foto Hiasan: Instagram Kamal Adli

Jadi bila masanya lelaki pula dikatakan sudah bersedia untuk ke fasa seterusnya? Kita ketepikan dulu soal kahwin, apakah tanda-tanda yang lelaki tunjukkan jika ingin lebih serius dengan seorang perempuan itu?

 

01

Dia akan lebih tertib menjaga waktu solat wajibnya, dan lebih rajin mengerjakan solat sunat.

Sumber Foto Hiasan: Instagram Kamal Adli

Jika dahulu, si lelaki dilihat solat mengikut kerajinan ataupun bila ‘ada masa terluang’. Kini dia tidak lagi meninggalkan tuntutan rukun Islam itu, malah dia mengerjakan solat pada awal waktunya.

Solat menunjukkan bahawa kita tidak lagi ‘tergila-gilakan’ perihal duniawi seperti kerja sepanjang masa. Ia juga menunjukkan kita sentiasa memerlukan pertolongan dan perlindungan daripada yang Maha Esa. Jika bakal Imam meninggalkan Allah, bagaimana dengan makmumnya?

 

02

Namun, jangan pula salah sangka dengan faktor bekerja. Seorang lelaki yang serius terhadap pasangannya akan memastikan dia mempunyai pekerjaan dan punca pendapatan yang stabil.

Sumber Foto Hiasan: Instagram Kamal Adli

Duit tidak tumbuh dari pokok ya guys, dan cinta saja tidak boleh menyuap nasi ke mulut.

Lelaki yang serius akan mulai sedar dia bakal menjaga anak dara orang dan tanggungjawab nafkah zahir bakal berada di atas bahunya.

 

03

Perempuan mula perasan bila lelaki bertukar menjadi seorang yang pembersih.

Sumber Foto Hiasan: Instagram Kamal Adli

Petanda ini mungkin tidak berkesan kepada semua lelaki (ada je suami orang yang pengotor!). Namun, perlahan-lahan si lelaki dilihat lebih mengambil berat soal pakaiannya (bersih dan bersesuaian).

Kalau lelaki itu adalah penggemar automobil, kereta atau motosikalnya kini kini berada dalam keadaan yang lebih teratur. Tiada lagi barang-barang bersepah di dalam bonet.

Mungkin sekali ini adalah trik lelaki untuk memberikan impresi terbaik kepada pasangan (siapa je suka naik kereta yang berbau dan bersepah). But it is a good trick. Sekurang-kurangnya lelaki sudah terbiasa menjaga kebersihan dan akan ringan tulang selepas perhubungan masuk ke fasa perkahwinan.

 

04

Jika dahulu si lelaki lebih terbuka untuk ‘berkawan’ dengan mana-mana perempuan. Playing the field katanya. Tak bermaksud dia gatal ya, cuma dia tidak terikat dengan sesiapa secara serius. So why not?

Sumber Foto Hiasan: Instagram Kamal Adli

Tapi kini tidak lagi sekiranya dia serius dengan korang.

Bagi sebarang perkara dan situasi, dia akan merujuk kepada korang SAJA. Bila dia sedih, gembira, teruja, inginkan nasihat – semuanyalah. Jangan pula korang merasa rimas dengan si lelaki. Itu bermaksud dia hanya mempunyai korang di mata dan dihatinya.

 

05

Tiada lagi tabiat lagha dan membuang masa. Seorang lelaki yang lebih serius adalah seorang yang lebih cermat menjaga masanya.

Jika dahulu, tak sah jika dia tak keluar melepak sehingga awal pagi di mamak bersama kawannya. Kini dia lebih rela pulang sebelum tengah malam.

Petanda ini bermaksud si dia tidak lagi memerlukan aktiviti membazir masa itu untuk menggembirakan diri. Ia juga bermaksud dia lebih bijak menggunakan waktu dari awal pagi sehingga ke malam hari untuk melakukan aktiviti berfaedah.

Sebelum tengah malam, si dia dah penat dan perlukan rehat!

*

So, korang rasakan pasangan lelaki korang serius terhadap perhubungan kalian?

 

 

Published by
FZ