5 Tarikan Di Taipei Yang Wajib Ada Dalam Checklist

Share

Taiwan merupakan antara destinasi pelancongan yang mungkin masih tidak begitu popular di kalangan masyarakat Malaysia.

Mengenali dan menerokai Taiwan adalah satu pengalaman yang bukan saja menyeronokkan, malah berbentuk Pendidikan untuk bersama-sama merasai budaya dan warisannya yang unik.

Pulau kecil yang terletak di Asia Timur ini terdiri daripada pelbagai jenis lanskap, ekosistem hutan, pertanian dan marin. Lebih menarik lagi, korang dah tak perlu risau tentang macam mana nak cari makanan halal kerana negara ini telah mewujudkan persekitaran mesra Muslim di setiap kemudahan awam yang disediakan.

Kali ni kami nak bawa korang explore ibu negara Taiwan, iaitu Taipei. Apa yang menarik di sana?

1. Yangmingshan National Park

Untuk melakukan aktiviti luar sepanjang hari, disinilah tempat yang sesuai untuk korang lawati. Daripada menyusuri denai, laluan berbasikal, menikmati keindahan flora & fauna hinggalah menikmati mata air panas, semuanya ada disini!

Dari Januari sehingga Mac, pengunjung juga berpeluang melihat keindahan bunga Sakura yang mekar dan April hingga Mei pula merupakan musim bunga Lily.

2. National Palace Museum

Khazanah negara sejak zaman berzaman dipamerkan dalam muzium yang bertaraf dunia ini. Direka sebagai sebuah istana China Utara, menempatkan peninggalan sejarah dan seni China yang berusia 5000 tahun. Ini adalah lokasi wajib untuk korang yang ingin tahu tentang budaya dan sejarah China.

3. Houtong Cat Village

Pekan ini merupakan kawasan perlombongan arang batu yang berakhir semasa kemerosotan industry tersebut pada tahun 90-an. Penduduk tempatan mula menjaga kucing terbiar yang ditinggalkan dan kemudiannya dikenali sebagai Perkampungan kucing. Siapa yang gila kucing wajib singgah tau!

4. Raohe Street Night Market

Pasar sepanjang 600 meter ini dipenuhi dengan kedai yang menjual sajian enak dan pelbagai barangan. Ia juga merupakan salah satu pasar malam yang tertua di Taipei. Kalau korang shopping baju dengan diskaun hebat, boleh terus ke Rangkaian Wufenpu yang terletak berhampiran dengan pasar ini.

5. Ximending

Daerah ini sering kali dibandingkan dengan Harajuku di Jepun kerana terdapat banyak kedai-kedai hip disini. Pelbagai pilihan fesyen, hiburan dan tempat makan menjadi tarikan utama golongan remaja

Published by
Noor Ain Norman