Setiap kali musim perayaan, ada sahaja aktiviti menarik yang akan dianjurkan di Taman Tema Air Sunway Lagoon. Bagi sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini pula, barisan maskot Sunway Lagoon iaitu Captain Quack & Friends akan bersama-sama pengunjung memeriahkan perayaan ini dari 23 Januari sehingga 6 Februari.
Jika korang pergi pada dua hari pertama Tahun Baru Cina (25 dan 26 Januari), korang akan disambut oleh God of Prosperity bersama Captain Quack & Friends. Mereka akan menghadiahkan sampul ang pau edisi terhad dan limau mandarin. Selain itu, korang juga akan dihiburkan dengan Tarian Singa, persembahan gendang Cina dan persembahan sketsa A Mouse's Tale oleh maskot mereka dan kemunculan Sifu Lao Shu.
Terdapat banyak lagi tarikan menarik sepanjang Tahun Baru Cina ini dan antaranya adalah seperti berikut:
1. Red Zodiac Statue
Korang perlu mencari dan menyentuh Rat Zodiac Statue yang terletak di pintu masuk Sunway Lagoon bagi simbolik tuah agar sentiasa berada di tangga #1 pada tahun 2020 (sama seperti kedudukan Sang Tikus dalam Perlumbaan Heavenly Gates mengikut cerita mitos kaum Cina).
2. Huat Cheese Mountain
Pada hentian seterusnya, korang boleh singgah ke Huat Cheese Mountain. Bayangkan impian korang untuk tahun baru, pegang hajat tersebut dan lempar duit syiling ke dalam lubang gunung keju. Sebagai ganjaran simbolik kepada tuah, korang bakal menerima syiling emas.
3. Wishing Love Pond
Buat korang yang masih single pula, kunjungi Wishing Love Pond demi impian hubungan yang indah pada tahun 2020 dengan melemparkan limau mandarin ke kolam ini. Semoga impian korang menjadi realiti. Hiks!
4. Fortune Chest
Pilih nombor dari mangkuk nasib dan korang perlu membuka laci almari bernombor yang tertera di kertas dari mangkuk nasib. Tilikan nasib tertera di helaian dari laci almari tersebut.
5. Lucky Tree
Untuk tahun baru yang makmur, petik salah satu ang pau yang tergantung di pokok tersebut dan lihat pada isi sampul. Pelbagai hadiah menarik korang seperti barangan eksklusif Huawei dan banyak lagi.
Selain itu, sepanjang sambutan perayaan Tahun Baru Cina, Surf Beach akan dipenuhi dengan aktiviti menyeronokkan untuk pengunjung, seperti Rat Race Animal Kingdom, CNY Chapteh dan CNY Sand Art.
Pastinya cuti CNY korang tidak hambar jika mengunjungi ke Taman Tema Air Sunway Lagoon.
Paling best, kami turut menganjurkan satu peraduan untuk korang rasai sendiri pengalam berada di A Mouse's Tale Sunway Lagoon.
Sila klik: Menangi 4 Tiket Masuk Ke Sunway Lagoon Untuk Rasai Pengalaman A Mouse's Tale Sempena CNY
Good luck guys!