Hobi & Minat

5 Tempat Terbaik Simpan Duit Buat Anak Muda, Menabung Demi Masa Depan!

Share

Sifat berjimat cermat dan tidak boros secara langsung dapat dipupuk dengan amalan menabung. Dengan adanya tanggungjawab menabung dalam diri individu setiap duit wang yang dibelanjakan pastinya dicongak secara berhemah.

ARTIKEL BERKAITAN : Menabung Duit Cara Orang Boros, Simpan Ikut Hari Bulan. Setahun Dapat RM5,767!

Kajian mengatakan 3 daripada 4 rakyat Malaysia sukar nak menyimpan walaupun RM1000 bagi kecemasan!

Perkara ini usahawan Nur Aliah Mohd Nor yang selalu berkongsi tip kewangan turut berasa risau terutama bila ramai yang menghantar mesej mengatakan mereka tidak tahu menyimpan wang.

Justeru ini dia membuat perkongsian ini.

Hati ni mula gelisah bila ramai anak-anak muda mesej Lia mengatakan mereka tak tahu tempat yang terbaik untuk simpan duit ni. .
Berapa % duit kita perlu asing untuk menyimpan setiap bulan?

1) Ada yang sarankan simpan 20% daripada jumlah pendapatan.
2) Ada yang kata kita perlu simpan 30%
3) Ada juga yang bagi cadangan simpan 60%!

Tak kisah 20%, 30% atau 60% sekali pun, janji anda ada disiplin untuk menyimpan dan TAHU tempat yang terbaik untuk menyimpan duit ni.

Lia yakin dan percaya, setiap orang mempunyai jumlah simpanan yang berbeza-beza bergantung kepada jumlah pendapatan dan komitmen tersendiri.

Apa-apa pon, mulakan je dari sekarang untuk mendapatkan jumlah simpanan yang tinggi.Menyimpan ni memang aktiviti yang ‘membosankan’. Kalau tak mampu untuk menyimpan, tambahkanlah pendapatan!

1. Amanah Saham Bumiputera (ASB)

1. Tetapkan matlamat pelaburan ASB. Contoh matlamat pelaburan ASB:
-untuk membeli rumah
-untuk perbelanjaan perkahwinan
-untuk melancong ke luar negara

2. Bezakan antara pelaburan ASB dan pinjaman ASB. Bezakan antara “force saving” dan simpanan ASB.

Pinjaman ASB akan menjurus kepada force saving, manakala pelaburan ASB biasa ialah simpanan ASB.

3. Pelaburan ikut kemampuan

Kita boleh menentukan komitmen bulanan kita sendiri, sebab hanya kita je tahu berapa pendapatan kita sebulan, dan hanya kita lebih tahu kemampuan bulanan kita.

Contoh :
Kita mampu membuat simpanan ASB sebanyak RM1000 sebulan.

Pecahkan je kepada dua:
– Force Saving (RM700)
– Simpanan ASB (RM300)

Ingat! Simpanan ASB biasa pon penting juga tau, incase kalau ada emergency kan. Boleh guna dulu duit dalam simpanan ASB tu. Dan jangan sesekali tamatkan pinjaman ASB anda tanpa alasan yang munasabah.

2. Tabung Haji

  • Modal awal yang rendah
  • Modal simpanan dijamin
  • Kos yang rendah
  • Pemberian dividen dan bonus kompetitif
  • Dividen dan bonus dikecualikan cukai
  • Zakat dibayar pihak Tabung Haji
  • Simpanan dan pengeluaran tanpa had
  • Patuh syariah
  • Simpanan untuk menunaikan Haji

3. Private Retirement Scheme (PRS) / Skim Persaraan Swasta

PRS ini melengkapkan plan simpanan persaraan wajib seseorang melalui KWSP.

KWSP + PRS = Pelan Persaraan Mantap!

Sebagai simpanan tambahan untuk persaraan. Simpanan ini dapat melawan inflasi dan berpeluang mendapat pulangan pelaburan yang baik.

Tambahan kepada Simpanan Persaraan. Simpanan Persaraan PRS akan melengkapkan simpanan persaraan KWSP seseorang.

Pelepasan Cukai Individu. Pengecualian sehingga RM3,000 setahun penilaian (tambahan kepada Potongan Sumbanagn KWSP) bagi 10 tahun pertama.

Tak ramai yang tahu ada peruntukan bajet 2017 untuk anak muda linkungan umur 20-30 an. Kerajaan mengumumkan pemberian sumbangan RM1,000 one-off di bawah Private Retirement Scheme (PRS) Youth Incentive.

Paling penting sekali, untuk pastikan Kualiti Hidup yang lebih terjamin ketika bersara!

4. Simpan Emas Untuk Dana Pendidikan

Cuba kira berapa nisbah gram emas yang diperlukan untuk belanja pengajian universiti hariini. Berdasarkan pinjaman yang diberikan oleh PTPTN untuk pengajian jurusan sastera di IPTA iaitu RM6500 setahun, 6500 × 5 tahun = Rm32500

Maka jumlah pinjaman sekitar RM32,500. Jadi kita boleh andaikan, kos pengajian universititempatan sekitar RM35,000 hingga RM40,000 pada hari ini. Ia bersamaan nilai dalam lingkungan 210 hingga 240 gram emas.

Kalau kita simpan 1 gram emas sebulan untuk anak bermula dari hari kelahirannya, maka ia akan ambil masa 18 hingga 20 tahun untuk cukupkan emas sebanyak itu. 20 × 12 = 240 gram

Dan simpanan itu kalis inflasi. Pendek kata, 240gram emas itu cukup untuk tampung pendidikan anak-anak walau apa pun berlaku kepada ekonomi dan ringgit. Dan anak itu tak perlu ambil pinjaman PTPTN seperti kita. ?

Tak perlu ajar anak -anak kita berhutang seusia muda lagi sebab tabiat berhutang adalah tabiat yang kurang baik.

Kalau simpan 1 gram sebulan sejak hari kelahiran, pada umur 18 tahun setiap anak akan memiliki 240 gram emas dengan nilai hari ini sekitar RM43,200 (RM180 x 240 gram). Ia cukup untuk kos pengajian universiti tempatan tanpa perlu pinjaman PTPTN!

Cara Terbaik Simpan 1 Gram.

Persoalan seterusnya, di mana nak beli emas 1 gram ini? Untuk makluman anda semua, gold bar 1 gram harga per gramnya sangat mahal. Ini disebabkan kos pembuatan emas bersaiz kecil memang mahal.

Kosnya dalam lingkungan rm210 – rm250 mengikut syarikat-syarikat yang berlainan.

ALTERNATIF:

Cara terbaik utk simpan emas 1 gram sebulan, dah siap disediakan oleh PUBLIC GOLD utk orang-orang yang berpendapatan sederhana melalui akaun GAP.

Walaupun ia akaun emas, tetapi ianya boleh keluarkan emas fizikal dan simpan sendiri (kalaumahu). Dan yang pastinya, harganya termurah di pasaran Malaysia sekarang. Kita boleh bukasatu akaun untuk setiap anak (dengan nama ibu / bapa sebagai pemilik bersama).

5. Tabung Warna

Cara yang paling menarik, mudah dan untung. Cara ini adalah sesuai untuk golongan yang mempunyai disiplin tinggi dan ingin menyimpan secara tetap.

Tetapkan dahulu warna tabung yang anda inginkan. Contohnya, jika pilih warna hijau dan oren (RM5 dan RM20), jadi anda perlu menyimpan duit kertas RM5 dan RM20 setiap kali anda terima duit tersebut.

Anda tak boleh belanjakan dengan menggunakan duit RM5 dan RM20 tersebut untuk perbelanjaan harian anda.

Menyimpan duit mengikut warna bukan sahaja kelihatan menarik, malah mendidik kita untuk lebih berjimat dan menghargai setiap duit yang kita terima.

Apabila hujung tahun, anda boleh keluarkan duit simpanan tersebut dan laburkan di tempat yang betul.

Unit trust pun great medium untuk menyimpan!

Unit trust ialah simpanan jangka sederhana ke panjang. Biasanya matlamat yang ditetapkan bagi simpanan jenis ni ialah persaraan, pendidikan anak, haji/ umrah, beli rumah atau kawen.

Ramai familiar dengan ASB. ASB juga unit trust tetapi untuk jangka pendek.

Tempoh: 3 tahun – 5 tahun atau lebih. Pengalaman cik lily pernah tengok ledger klien pernah sampai 20% – 23% keuntungan.

Dari segi keuntungan pula boleh bagi 10%-15% purata pulangan kalau simpan 3 tahun – 5 tahun atau lebih daripada itu.

Keuntungan ada 3 jenis

1. Capital gain : harga naik turun. Kedua dua keadaan ni sebenarnya bagi kelebihan kepada klien. Yang terbaik beli masa murah, jual masa mahal. Mesti huntungkan? Hehe.

2. Dividen – fund yang lebih 2 tahun mesti ada dividen. Ada konsultan yang boleh maklumkan lagi baik. Dapat dividen, dapat unit PERCUMA.

3. Bonus – dapat bila company declaire je. Nama pun dividenkan? Hehe. Unit trust sebaiknya ada konsultan yang pantau akaun. Konsultan yang akan pening kepala untuk bila masa sesuai tambah simpanan, bila dapat dividen, bila switching fund.

Fund terbaik ialah moderate fund. Volatility sederhana yang memudahkan klien untung juga mudahkan konsultan.

Sekian sedikit ilmu unit trust.
Happy saving everyone! ??

***

Semoga bermanfaat kepada semua.

Artikel ini diambil dan diolah dari VK.

BACA LAGI : Hilang Tangan Sebelum Duduki SPM, Jaguh Olahraga Ini Harap Kisahnya Suntik Semangat

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: Nur Aliah Mohd Nor



Published by
Nana