
Isi Kandungan
ToggleKalau dah nama perempuan, tak sah bila keluar tak ada gambar OOTD. Paling penting, gambar mesti la style. Tempat tak cantik pun tak apa, tapi gambar tetap kena cun.
So, kami nak share idea sikit apa yang korang boleh buat jika berada di tempat yang ‘biasa-biasa’ saja, gunakan dinding yang ada sebagai tempat berposing.
Hasilnya tetap meletop. Jangan risau.
1. Pose berjalan
Asyik posing berdiri tegak je, apa kata kali ni korang acah-acah pose macam tengah berjalan. Style kan?
2. Kaki atas dinding
Kalau nak nampak kurus sikit, angle macam ni boleh membantu. Tapi make sure tapak kasut korang tu tak kotor ya. Hiks!
3. Dengan kawan
Gambar bersama kawan lebih havoc. Biasanya, pose dengan kawan-kawan ni lagi nampak natural sebab masing-masing ada karakter yang berbeza.
4. Props
Cuba untuk cari props lain untuk dibawa bersama ketika berposing. Contohnya macam tengah makan ais krim ke atau pegang kamera. Tak ada la korang nampak kaku sangat.
5. Duduk/cangkung
Pose ni boleh korang cuba tapi pastikan nampak sopan sikit la ye. Janganlah duduk terkangkang pula bagi yang perempuan tu. Hehe!
Sumber: Love Travel
10 Item Ni Korang Boleh ‘Cilok’ Sebelum Check-Out Dari Hotel

Isi Kandungan
ToggleBagi sesetengah individu, menginap di hotel mewah atau bajet tidak sah jika tak bawa balik barang percuma sebagai tanda kenang-kenangan.
Selain sebagai souvenir, sebahagian besar perlengkapan ini akan dibuang oleh petugas hotel jika korang tak ambil.
Berikut kami senaraikan barangan yang kerap diambil dari hotel dan semestinya tidak ada sesiapa pun akan marah kalau korang bawa pulang.
1. Toiletries
Disediakan dalam bentuk kecil dan mudah dibawa membuatkan pengunjung mudah mengambilnya untuk kegunaan lain.
2. Buku panduan perjalanan & peta
Setiap sudut lobi hotel banyak menyediakan buku panduan perjalanan mahu pun peta untuk kemudahan pengunjung. Kadang-kadang, pengunjung bukannya perlukan buku panduan tersebut pun tapi nak ambil sebab banyak gambar-gambar menarik dan saiznya yang comel.
3. Selipar
Selipar nipis ini boleh dibawa balik seandainya hotel ada ada menyediakannya.
4. Laundry bag
Tak bawa plastik lebih untuk letak pakaian kotor? Laundry bag kan ada, ambil je.
5. Tisu

Kebiasaannya, pihak hotel tak akan berkira kalau korang nak bawa balik tisu yang mereka sediakan.
6. Air Mineral
Kebanyakan botol mineral yang terdapat di hotel mempunyai label hotel itu sendiri. Biar pun hanya botol air mineral, tapi ramai yang nak bawa pulang. Bukan apa, biar pun rasanya sama saja tapi label itu sangat terhad.
7. Minuman 3 In 1
Kalau tak minum, item ni mesti wajib bawa balik sebab nak minum kat rumah nanti.
8. Berus gigi, shower cap, pisau cukur & sikat
Semua peralatan yang telah digunakan boleh korang simpan. Mana tahu, berguna di hotel lain yang tak sediakan barang-barangan ni.
9. Surat khabar
Surat khabar yang dihantar depan pintu hotel adalah percuma. Sekurang-kurangnya, korang boleh simpan untuk kegunaan lain misalnya membungkus barang-barang, mungkin?
10. Buku nota, poskad, pen & pensil
Nak pensil ‘berjenama’ hotel? Ambil selagi percuma asalkan tidak merosak harta benda milik hotel, sudahlah..
Adam Corrie Kongsi 7 Panduan Bina ‘Perkahwinan Campur’. Ajak Peluk Islam & Berkahwin

Cinta memang tak mengenal ras, agama, usia, dan siapa kita. Tambahan, rakyat Malaysia yang hidup dalam masyarakat berbilang bangsa dan agama. Jadi, perkahwinan campur sudah menjadi perkara biasa dan semakin diterima baik oleh semua orang.
ARTIKEL BERKAITAN: 8 Cara Daftar Nikah Di Pejabat Agama Untuk Pasangan Yang Nak Berkahwin
Siapa saja yang tidak mengenali pemilik nama Adam Corrie. Sebilangan besar masyarakat di Malaysia membesar dengan drama-drama lakonan Adam Corrie. Malah, tarikh 13 Julai 2007 merupakan hari dimana lelaki berbangsa Cina ini memeluk agama Islam. Beliau terus hidup bahagia disamping isteri, Fazema Mohd Fuad dan anaknya sehingga ke hari ini.
Menerusi satu perkongsian di Facebook hari ini, Adam Corrie atau nama sebenarnya Adam Corrie Lee Abdullah berkata semua yang dikongsi merupakan pandangan dan pengalaman yang dirasai olehnya bersama isteri.
Dalam perkongsian itu, Adam turut memuat naik gambarnya sewaktu sedang akad nikah pada 2008 dahulu.
“Ini gambar tahun 2008. Saya sedang akad nikah. Lepas akad nikah kena baca taklik nikah dalam tulisan jawi, tapi tok kadi tak pa… sebabkan saya mualaf ikut dia cakap.
“Hari ini saya masih menerima beberapa PM bertanyakan pandangan tentang bagaimana nak ajak BF /GF yang belum Islam memeluk Islam dan berkahwin. Saya sudah kongsikan pandangan ini berkali-kali. Kali ini saya kongsikan sekali lagi atas pemintaan,” katanya.

Tujuh Cara Bina Hubungan Dengan Pasangan Bukan Islam & Ajak Peluk Islam
Dalam perkongsian yang sama, Adam berkongsikan tujuh garis panduan bagaimana membina hubungan dengan bakal pasangan yang bukan Islam, seterusnya cara mengendalikan hubungan ke arah yang lebih baik.
1. Sebagai seorang Muslim, tunjukkan keindahan Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Jika kita sendiri tak tunjuk teladan dan mempraktikkannya ajaran dan meninggalkan laranganNya amat sukar untuk mereka memahami apa itu Islam.
2. Jangan paksa GF/BF kita memeluk Islam untuk kahwin. Biarlah mereka memeluk Islam kerana Allah dan cinta akan Islam.
3. Sekiranya BF/GF memang ada menunjukkan minat terhadap Islam, berikan buku-buku bacaan mengenai Islam yang mudah difahami isi kandungannya. Bawa mereka ke kelas agama seperti di PERKIM / Majlis Agama Islam Negeri untuk memahami Islam dengan lebih lanjut.
4. Buatlah solat sunat taubat selalu supaya dosa kita diampunkan supaya doa kita mudah diperkenankan. Lagipun kita digalakkan lakukan solat taubat selalu.
Solat istikarah juga perlu untuk mendapat pertunjuk dari Allah adakah si dia jodoh terbaik untuk kita dan buatlah juga solat hajat untuk si dia mendapat hidayah dari Allah untuk memeluk Islam dengan sepenuh hati.
5. Selebihnya kita serahkan pada Allah menentukan-Nya. Berusaha, beribadat, berdoa , tawakkal Insya’allah segala yang diinginkan dimakbulkan.
6. Buat target masa, jangan bercinta lama-lama. Ia hanya menambahkan dosa yang kita tak sedari. Jika GF/BF kita suka tangguh-tangguh. Berani buat keputusan untuk mengundur diri dan teruskan hidup yang lebih baik.
7. Jika dia bukan jodoh kita, jangan putus asa dan kecewa. Kerana Allah ada rancangan yang terbaik dan ada hikmahNya untuk kita. Insan yang baik tentu Allah jodohkan dengan Insan yang baik juga. Insya’allah.
Mengulas lanjut mengenai panduan yang diamalkan ini, jelas Adam, isterinya juga turut mengamalkan beberapa amalan sama sewaktu dirinya dilamar menjadi isteri.
“Dari pengalaman isteri saya, beliau melakukan nombor 4 dan 5 ketika saya melamarnya dan beliau juga meminta ibu bapanya buat solat istikharah dan hajat untuk dirinya.
“Restu ibu bapa penting bagi memastikan kebahagiaan perkahwinan tersebut di dunia dan akhirat. InsyaAllah,” katanya.
Untuk info, Adam Corrie sebelum ini mengaku yang dia pernah bergekar seorang atheis, iaitu tidak mempercayai kewujudan Tuhan sebelum masuk agama Islam. Adam memeluk Islam pada Julai 2007 dan berkahwin dengan isterinya, Fazema Mohd Fuad pada tahun 2008.
BACA : 7 Selebriti Malaysia Yang Berhijrah Kepada Agama Islam
Sumber: Facebook Adam Corrie
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penampilan Saujana Menggamit Memori, Paduan Vokal Masih Sama Seperti Dahulu

Anugerah Nasyid Malaysia 2020 yang berlangsung kelmarin menjadi tumpuan warganet apabila kumpulan Saujana membuat persembahan di kaca televisyen arus perdana dengan kehadiran semua anggotanya. Mengalunkan lagu popular mereka Sepohon Kayu, Suci Sekeping Hati dan juga Keluarga Bahagia.
Kemunculan vokalis utama Dr Khairul Idzwan ataupun lebih popular dengan panggilan Dr Idzu nyata memberikan kelainan bersama dengan anggota lain seperti Suffian Amrin, Dr Faizul Hizal, Hakimi Harun, Wan Najran, Ahmad Zuhaidi dan Azalinor Abdul Rahman.

Suara Dr Idzu ternyata masih sama seperti awal kemunculan kumpulan ini menjejakkan kaki mereka dalam industri muzik tempatan lebih kurang 23 tahun lalu. Menarik tentang Dr Idzu, suara dan teknik vokalnya dari dahulu lagi amat segar dan berbeza dari penyanyi nasyid lain, tidak keterlaluan kalau penulis katakan suaranya seperti penyanyi muzik genre pop.
Bercerita sedikit mengenai sejarah kumpulan ini. Anggota asal kumpulan Saujana terdiri daripada Dr Idzu, Azalinor, Hakimi Harun, Dr Faizul Hizal dan Suffian yang Ketika itu sama-sama menuntut di Sekolah Menengah Agama Kajang. Ketika itu mereka dikenali sebagai All for Ummah sebelum ditukar nama kepada Saujana apabila memulakan langkah dengan lebih serius dalam bidang seni.
Usai persembahan mereka di ANAM 2020, warga net rata-rata menyatakan perasaan rindu mereka kepada kumpulan Saujana dan memuji persembahan dan suara yang masih sama seperti dahulu. Tidak kurang juga ada yang mencadangkan supaya kumpulan ini mengdakan konsert pada masa akan datang.
.
.
***P/S – Rindu dengan era muzik 90an-dan awal 200-an yang mana lagu-lagu Nasyid diangkat begitu tinggi dan mendapat tempat di hati masyarakat tempatan sehingga mampu mendaki tangga carta radio bersaing dengan lagu-lagu genre lain.