Ini merupakan satu igauan ngeri bagi kita semua.
Siapa pernah menjadi mangsa pasti cukup faham akan kerugian yang dialami serta betapa remehnya untuk berdepan dengan semua proses hasilkan semual dokumen penting seprti kad pengenalan, lesen memandu dan lebih teruk, pasport.
Dan lebih malang lagi jika menjadi mangsa penyeluk saku ketika berada di luar negara. Inilah mimpi buruk buat semua orang yang ingin bercuti sambil bergembira tetapi kena hadap masalah begini.
Beberapa lokasi termasuklah di kota-kota negara maju sering menjadi sasaran penyeluk saku. Kejadian ragut dan seluk saku sering berlaku di kawasan yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong. Pantang saja leka, penyeluk saku memang cergas membuat kerja! Kalau leka pasti kita akan jadi sasaran mudah. Jadi untuk elakkan korang jadi mangsa lebih baik persiapkan diri.
Bagaimana nak elak jadi mangsa penyeluk saku?
Sebelum keluar berjalan-jalan menikmati pemandangan indah serta melakukan aktviti riadah, korang boleh kurangkan membawa barang berharga. Ini sekali gus boleh meminimumkan kadar kerugian jika korang menjadi mangsa. Untuk dokumen penting, sila buat salinan pendua fotostat seperti pasport, pas perjalanan, itinerari dan preskripsi ubat-ubatan. Elakkan diri nampak macam diva serba ekstravangza, kerana korang boleh jadi ‘lauk’ yang cukup mudah bagi mereka.
Jika kamu membawa juga barang-barang berharga seperti kamera, komputer riba, tablet PC, telefon pintar dan jam tangan mahal ketika berjalan-jalan, silalah peka dengan keadaan sekeliling. Jika ada orang yang mencurigakan menghampiri jauhkan diri secepat mungkin. Jika korang bergerak dalam grup, pastikan tidak keseorangan.
Rancang perjalanan dan perbelanjaan dengan baik. Sebagai contoh, bawa wang yang mencukupi dan tidak terlalu banyak sepanjang aktiviti yang dirancang. Jika ingin bawa lebih, simpan wang tersebut dalam money belt. Ia merupakan beg berzip dengan fabrik elastik yang boleh dilekatkan di pinggang.
Tidak kiralah sama ada ketika ingin check out dari hotel atau bertolak pulang dari mana-mana destinasi, lakukan double check terhadap semua barang-barang serta dokumen yang dibawa. Ini perkara yang sangat penting terutamanya ketika ingin check out dari hotel.
Setiap negara mempunyai mobor panggilan kecemasan berbeza. Sebagai persediaan jika berlaku perkara yang tidak diingini, catat atau salin nombor kecemasan yang penting. Jika mahu lebih selamat, dapatkan nombor kedutaan Malaysia dan nombor telefon balai polis berdekatan. Selain itu, jangan lupa untuk sentiasa bawa nombor telefon hotel yang korang menginap.
Semoga dengan tips ini korang dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penyeluk saku.Selamat bercuti!