5 Tip Bajet Buat Majlis Tunang Dari Wedding & Event Stylist Muasmo

Share

Dah masuk tahun baru ni mungkin ada yang berazam nak menamatkan zaman bujang, atau paling tidak pun nak mengikat tali pertunangan bersama insan tersayang.

Zaman yang serba moden sekarang ni, semua perbelanjaan boleh dikatakan agak mahal. Jadi, ada yang mengambil peluang untuk melakukan majlis yang berbajet rendah.

Kami nak kongsikan tips dari wedding dan event stylist, Muasmo yang berpengalaman selama hampir 10 tahun dalam merealisasikan impian raja sehari di majlis perkahwinan mereka.

Pernah meraikan majlis selebriti terkenal seperti pertunangan Akim & Stacy, Shima Anuar dan Lana Nordin, Muasmo juga turut menjadi antara orang kuat bagi menyerikan majlis pelancaran jenama produk-produk terkenal seperti Gucci, Marc Jacob, Salvatore Ferragamo dan YSL.

Kalau nak pelamin cantik, tak semestinya korang perlu berbelanja besar tau. Berikut merupakan tip bajet majlis tunang yang korang boleh ikut:

1. Cari kawasan atau sudut yang menarik di kawasan rumah. Contohnya, feature wall menarik, taman atau kawasan luar rumah yang berpohon rimbun.

2. DIY pelamin sendiri atau dekor dengan barang-barang, bunga yang boleh didapati di kedai-kedai ekonomi.

3. Korang boleh DIY barang dekor seperti paper flowers dan daun-daun kering.

4. Korang juga boleh sewa barangan pelamin atau dekor, di kedai yang menyewakan barang pelamin, instead of korang nak beli barang untuk buat pelamin.

5. Banyakkan buat research berkenaan tema dekor yang dipilih dan gunakan kreativiti untuk menghasilkan dekor yang dipilih bersesuaian dengan bajet korang.

Mudah dan simple kan? Kalau korang nak idea-idea pelamin menarik, boleh juga follow instagram @muasmo untuk mencari reference buat pelamin DIY korang nanti. Hiks!

Published by
Noor Ain Norman