Anugerah yang paling happening dan relaks, Kid’s Choice Award berlangsung pada pagi hari ini di Los Angelas.
Selain daripada menunggukan senarai pemenang untuk kategori yang dipertandingkan, kami juga menantikan pakaian yang disarung oleh selebriti muda dan remaja Hollywood di karpet merah.
And guys, they did not dissapoint. Terutamanya apabila trend di karpet merah pada tahun ini sangat relaks, santai dan sesiapa saja boleh menirunya menggunakan pakaian di dalam almari sendiri.
Zendaya tiba di karpet sejurus selepas menyertai acara March Parade.
Walaupun tidak sempat untuk berehat, Zendaya masih kelihatan gorgeous dengan nude dress yang mengingatkan penulis kepada tutus pakaian ballet. Jika korang perhatikan, ia hanyalah gabungan dress di bawah, T shirt jarang di luar, rantai ‘Off’ dan cermin mata. Tetapi semuanya nampak cantik kerana warna yang digunakan adalah sama.
Bahagian top Camila kelihatan formal, seperti ingin menghadiri acara Oscars. Namun, dia bijak untuk mengenakannya dengan seluar jeans straight cut. Besar kemungkinan ia adalah daripada koleksi Guess kerana Camila merupakan duta kepada jenama tersebut.
Ada sesuatu tentang gabungan baju elegan dan seluar jeans yang membuatkan Camila kelihatan sangatlah cool dan relatable. Dan, lihat saja kepada cara rambutnya didandan. Love!
Siapa kata seluar joggers atau sweat pants
tak boleh dipakai ke acara anugerah sebegini. Hailee memadankan blaus putih dan seluar silver yang menyerupai seluar joggers kegemaran korang untuk ke gym. And girl, you looked banging!Mudah saja untuk memastikan gaya sebegini tidak dipandang serong oleh orang lain. Pastikan rambut kamu kelihatan kemas, that’s all. Tak kiralah sama ada korang nak mengikat rambut, melepaskan terjurai atau korang ingin memakai tudung.
Pastikan ia kemas.
Okay, korang boleh mencuba gaya ini esok!
Padankan saja kemeja denim dengan seluar denim korang yang warnanya seakan sama. Walaupun ramai yang menyuruh untuk tidak mencuba gaya seperti ini kerana takut kelihatan bosan dan pelik, actually, it works well.
Bagi memastikan korang kelihatan elegan, pastikan rambut dan solekan kelihatan ringkas dan kemas. Untuk membuatkan gaya ini menarik pula, mungkin korang boleh memilih aksesori seperti patches, button pins
atau bandana.
Semua orang ada pakaian bercorak polka dots di dalam almari, kan!
Polka dots is back dan korang boleh menggayakannya untuk tujuan formal atau santai. Bagi menambah aksesori, pilih kuku palsu terang seperti kuning yang dilekat oleh Yara Shahidi. Pilih juga aksesori elegan seperti anting-anting.
Pakaian oversized seperti ini juga membolekan korang makan seberapa banyak pun tanpa rasa guilty.
Perfect!