5 Waktu Terbangun Dari Tidur Ni Boleh Menggambarkan Personaliti Kamu

Share

Tidur adalah satu nikmat alam, serius!

 

Tapi dalam pada kita sedap melayan mimpi dan merehatkan minda serta fizikal, kadangkala kita pernah juga terlajak tidur. Kajian juga ada mendapati terdapat persamaan di antara personaliti individu yang ditemu ramah oleh mereka berdasarkan kepada tabiat tidur.

Jadi, korang selalu bangun pukul berapa setiap hari? Mungkin ia ada kaitan dengan siapa diri kamu yang sebenar.

 

4 AM

Mereka yang bangun pada jam 4 pagi atau lebih awal TANPA sebab tertentu seperti ingin menunaikan solat pada malam hari kebiasaannya sedang mengalami minda yang bercelaru dan berada dalam keadaan stres. Kadangkala mereka tidak boleh lelap semula memasuki tidur.

Eloklah korang terus mengambil wudhuk dan melakukan solat sunat sebelum solat Subuh. Tenang sikit hati nanti untuk berdepan hari yang baru.

 

5 AM

Mereka yang terjaga pada jam 5 pagi selalunya merupakan golongan yang cukup menepati masa. Mereka ini berpakaian sharp, tegas dalam melakukan keputusan dan juga bijak membahagikan beberapa jenis tugasan dalam satu waktu yang sama. Mereka inilah yang betul-betul sudah bersedia untuk kahwin!

Namun kadangkala sifat serius di tempat kerja atau di kuliah itu kelihatan sedikit over di kalangan kawan yang lain sehinggakan mereka takut untuk rapat dengan golongan ini. Sebenarnya dia cool je.

 

6 – 7 AM

Mereka yang terjaga pada jam 6 pagi adalah mereka yang khuatir sekiranya mereka melakukan apa-apa kesalahan. Mereka takut jika terlambat sampai ke kuliah atau ke pejabat.

Kadangkala, kita boleh melihat golongan ini selalu akan kekal dengan rutin yang sama je setiap kali kita bertemu mereka. Kalau minggu ini tengok wayang, minggu depan pun dia nak tengok wayang. So, koranglah yang perlu menjadi tukang cadangan kepadanya agar dia tak jadi membosankan.

BACA: Ketahui 5 Personaliti Berbeza Berdasarkan Posisi Tidur

 

8 – 9 AM

Percaya tak, orang yang bangun pada jam 8 pagi ini selalunya merupakan orang yang tidak terurus sedikit kehidupannya. Bukan dirinya yang ingin dan ‘merelakan’ diri jadi sedemikian, tetapi dia sebenarnya kurang displin jika bergantung pada diri sendiri saja.

Selalunya, golongan ini memerlukan seseorang untuk menjadi penolong atau penasihat dalam kebanyakan perkara. Akan ada seorang yang mengatakan ‘buat itu’, ‘bangun cepat’ dan ‘bayar sekarang’ kepadanya selalu. Kalau tak, besar kemungkinan memang dia tak akan buat.

 

10 AM Ke Atas

Kalau 8 -9 pagi dikategorikan sebagai tak terurus, maksudnya yang lebih daripada jam 9 pagi memang malas azali ke?

Tak semestinya. Golongan yang bangun pada jam 10 pagi ini ini selalunya memang memilih untuk bangun pada waktu tersebut dengan alasan yang kukuh. Merekalah yang selalu bercengang mata melebihi tengah malam semalam untuk menyiapkan tugasan atau memikirkan idea kerana bukan senang untuk mendapat mood dan kreativiti.

Namun, kamu perlu berhati-hati dengan golongan ini. Selalunya mereka terdiri daripada orang yang suka membuat keputusan sendiri tanpa memikirkan pendapat atau nasib orang lain. Kalau dibuat jadi GF atau BF ni, memanglah hidup korang akan ‘berwarna-warni’ dengan drama. Opps!

 

So apa pendapat korang, Fakta atau Auta semata?

 

 

Published by
FZ