5,000 Individu Hadiri Konsert Di Barcelona Tanpa Penjarakan Sosial, Jadi Uji Kaji Kes COVID-19

Share

Jika sebelum ini sebuah kumpulan rock Amerika Syarikat telah mengadakan konsert dengan ideanya sendiri, iaitu penonton yang hadir perlu berada dalam space bubble plastik bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19, lain pula yang berlaku di Barcelona.

BACA: Konsert Musim COVID-19, Kumpulan Rock Amerika Guna Konsep ‘Space Bubble’

Kira-kira 5,000 individu membanjiri Palau Sant Jordi menyaksikan konsert band indie popular dengan memakai pelitup muka sepanjang konsert itu berlangsung, namun tidak mengamalkan penjarakan sosial.

Foto: Harian Metro

Difahamkan, konsert itu menjadi ujian percubaan untuk melihat sama ada manusia dapat meneruskan hidup dengan norma baharu ketika virus masih menular dan acara itu juga mendapat kebenaran pihak berkuasa.

Konsert tersebut adalah acara pertama seupamanya sejak pandemik COVID-19. Ia diadakan bagi menilai sama ada acara seperti itu boleh diteruskan atau sebaliknya.

Fuh, berani ya ambil risiko. Hiks!

Menurut Harian Metro, tiga lokasi di tapak konsert itu dijadikan lapangan ujian untuk semua pekerja dan kakitangan menjalani ujian saringan COVID-19 pada pada pagi sebelum acara itu berlangsung. Mereka hanya dibenarkan hadir ke konsert berkenaan yang diadakan pada waktu malam hari yang sama jika ujian yang diambil mendapat keputusan negatif.

Foto: LLUIS GENE/GETTY IMAGES via travelandleisure

Pegawai perubatan yang bertugas menjelaskan bahawa seramai 2,400 individu menjalani ujian saringan dengan bantuan 80 jururawat yang memakai kelengkapan perlindungan diri (PPE).

Hasil ujian mendapati tiga individu disahkan positif COVID-19, manakala seorang lagi mempunyai kontak rapat dengan pesakit.

Seorang doktor dihospital di sana juga berkata, pihak mereka menjangkakan acara itu benar-benar selamat, namun pihaknya akan tetap memantau bagi mengenal pasti beberapa individu positif COVID-19 dalam tempoh 14 hari.

Haish, macam-macam pula yang berlaku di luar negara kan.

Di India pula, ribuan penduduk berkumpul di jalanan di bandar Prayagraj, India bagi meraikan festival Holi tanpa memakai baju dan majoritinya tidak memakai pelitup muka serta tidak menjaga penjarakan fizikal.

Foto: Al Jazeera

Sambutan itu diraikan di tengah lonjakan kes COVID-19 di India yang kini mencatat lebih 12 juta kes dengan lebih 500,000 kes aktif.

Apa-apa pun diharap agar masyarakat Malaysia masih lagi mengekalkan SOP bagi mengurankan penularan wabak pandemik ini. Biarlah negara lain nak buat macam mana pun, asalkan kita jaga kita.

Betul tak?

Sumber: Harian Metro, Astro Awani

Published by
Noor Ain Norman