
Kalau ikutkan masih banyak syarikat-syarikat di negara kita yang menawarkan jawatan kosong untuk diisi, tapi ramai lagi yang tak tahu macam mana nak dapatkan maklumat tersebut.
Apa yang korang perlu buat adalah antaranya dengan menyemak website pekerjaan yang ada. Tak tahu website mana nak rujuk?
Nah, berikut merupakan senarai job website yang kami nak kongsikan.
So, untuk fresh grad yang masih mencari-cari pekerjaan yang sesuai tu, ini peluang terbaik untuk korang.
Good luck guys!
Sumber: Career Cube
Penggunaan Sunscreen & Losyen Badan Beri Kesan Buruk Pada Hidupan Batu Karang

Sudah menjadi kebiasaan orang ramai apabila melakukan aktiviti rekreasi di luar, mereka akan menggunakan sunscreen dan juga body lotion bagi mengelakkan kulit daripada terbakar. Lebih-lebih lagi individu yang melakukan aktiviti di pulau seperti snorkeling dan diving.
Namun begitu, sedarkah korang bahawa penggunaan losyen badan dan krim pelindung matahari yang digunakan itu boleh mengancam kepupusan batu karang?
Menurut Bernama, pakar penyelidik batu karang Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Tan Chun Hong mengatakan sunscreen dan losyen badan berfungsi dengan membentuk satu lapisan atas permukaan kulit untuk menghalang cahaya matahari.
Jadi, jika seseorang itu berada di dalam laut, kajian menunjukkan losyen badan dan sunscreen akan larut dalam air yang mana ia akan menyebabkan bahan kimia yang ada diserap dan terkumpul dalam badan batu karang.

Sehingga mencapai tahap tertentu, ia boleh mengakibatkan kelunturan warna, merosakkan DNA, menyebabkan tumbesaran terbantut dalam tahap juvenil dan juga boleh mengakibatkan kematian batu karang jika kuantiti yang diserap terlalu tinggi.
Kandungan dalam krim pelindung matahari yang berbahaya kepada batu karang antaranya seperti Oxybenzone, Benzophenone-1, Benzophenone-8, OD-PABA, 4-Methylbenzylidene camphor, 3-Benzylidene camphor, nano-Titanium dioxide, nano-Zinc oxide, Octinoxate dan Octocrylene.
Namun begitu, jelas beliau lagi, kesalahan ini tidak boleh ditunding kepada pelancong semata-mata kerana mereka tidak tahu mengenai impak aktiviti rekreasi itu, kerana tidak diberi kesedaran dan pendidikan yang mencukupi.
Beliau juga menegaskan penggunaan sunscreen dan losyen badan yang organik dapat membantu mengurangkan ancaman kemusnahan terhadap batu karang.

Antara faktor-faktor ancaman kemusnahan batu karang adalah arus ombak kuat serta tsunami dan aktiviti manusia yang menyumbang kepada pemanasan global seperti El Nino, seterusnya berlaku fenomena kelunturan warna yang menyebabkan batu karang itu mati.
Kami pasti individu yang gemar melakukan aktiviti scuba ini adalah seorang pencinta alam sekitar. Jadi selepas ini, diharap korang akan lebih peka dan menggunakan produk organik sahaja bagi penggunaan sunscreen dan losyen badan untuk tidak memberi kesan kepada tumbuhan dalam air.
Sumber: BERNAMA
6 Tahun Naik Turun Mahkamah, Gwyneth Paltrow Menang Kes Saman Kemalangan Ski Dan Dianugerahkan 1USD

Gwyneth Paltrow dilaporkan telah memenangi kes mahkamahnya berhubung perlanggaran ski tahun 2016 di pusat peranginan ski Utah selepas juri memutuskan Khamis lalu bahawa bintang filem itu tidak bersalah atas kemalangan itu.
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Chewing Gum’ Yang Diludah Iron Man, Robert Downey Jr. Dijual RM243,243 Di eBay
Gwyneth Paltrow dan peguamnya Steve Owens tersenyum selepas keputusan dalam perbicaraan tuntutannya dibaca.
Selain itu, juri turut menolak aduan Terry Sanderson, seorang pesara optometris yang menyaman pelakon terkenal itu atas kecederaan yang dialaminya apabila kedua-duanya terbabas semasa ski di trak pemula.
Juri memihak kepada Paltrow selepas lapan hari kes berjalan di bilik mahkamah yang disiarkan secara langsung bagi tontonan awam.
Sesi mahkamah itu bersiaran secara langsung selama lapan hari.
“Saya merasakan bahawa dakwaan dari Sanderson akan menjejaskan integriti saya,” kata pelakon filem Iron Man itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh wakilnya. Dia juga berterima kasih kepada hakim dan juri atas usaha mereka.

Peguamnya, Steve Owens, menambah dalam satu kenyataan yang dibacanya di luar mahkamah bahawa “Gwyneth merupakan seorang yang percaya akan konsep ‘berani kerana benar’ dan situasi ini membuktikan bahawa dia seorang yang akan menegakkan keadilan dan kejujuran.”
BACA LAGI: Mata Sukar Nak Lelap? Cuba Tips Ini Untuk Tidur Yang Lena
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: NPR, The Sun, Forbes
5 Pengajaran Hidup Yang Anda Boleh Dapati Dengan Aktiviti Trekking & Mendaki Gunung

Isi Kandungan
ToggleSebut sahaja tentang trekking atau daki gunung pasti ramai yang teruja. Ia kini menjadi salah satu aktiviti paling popular terutama di kalangan remaja dan belia. Malah tidak salah untuk Remaja katakan ia merupakan aktiviti liburan yang hype bagi golongan millenials.
Menikmati keindahan alam bersama rakan-rakan dan paling penting berberpeluang untuk bergambar atau selfie dengan latar belakang indah. Tapi tahukah korang bahawa aktiviti trekking dapat memberikan pelbagai manfaat bukan sahaja terhadap fizikal tetapi minda.
Kepada korang yang belum pernah merasai pengalaman trekking atau mendaki gunung mungkin tidak memahaminya. Oleh itu, Remaja ingin kongsikan lima perkara yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit dapat diperolehi menerusi aktiviti ini.
1. Hidup penuh cabaran namun dapat diharungi dengan perancangan
Sebelum ingin mula mendaki gunung pastinya korang akan melakukan persiapan yang mencukupi bermula dari peralatan keselamatan hinggalah arah laluan yang selamat dan betul. Begitu juga dengan kehidupan, jika ingin sesuatu misi atau objektif dilaksanakan dengan baik pastinya korang perlu merancang sebaik mungkin.
2. Walau apa jua rintangan dihadapi dengan langkah demi langkah
Ketika melalui denai-denai dan laluan berliku pastinya korang akan berdepan dengan segala macam rintangan. Namun, itulah keindahan istimewa aktiviti ini; mencabar diri sendiri untuk misi sampai ke puncak. Begitu juga dengan kehidupan. Untuk berjaya kamu jangan pusuts asa dan terus melangkah ke hadapan walau apa jua menimpa.
Artikel Berkaitan: Koleksi Foto Inspirasi 10 Jejaka Berjaya Turunkan Berat Badan
3. Mengasah karakter menjadi lebih kuat
Bukan senang untuk menghabiskan misi mendaki atau trekking terutamanya dalam keadaan laluan sukar, cuaca tidak menentu dan rintangan bentuk muka bumi. Tanpa disedari korang telah membentuk karakter diri yang sangat kuat. Kejayaan untuk menyelesaikan misi akan buat korang lebih bersyukur dan berasa kecil sekali di atas dunia ini.
4. Bila susah akan bertemu ramai orang yang murah hati
Tahukah korang bahawa aktivitk mendaki mampu menonjolkan karakter sebenar seseorang? Ketika berdepan pelbagai masalah kamu akan kenal siapa itu kawan sebenar. Begitu juga dengan hidup. Di saat kita dilanda kesusahan hanya kawan sejati sahaja yang akan terus menghubungi dan berada di sisi memberikan pertolongan.
5. Buat kita lebih bersyukur
Dalam perjalanan trekking atau mendaki pastinya kita tidak boleh terlalu cerewet memilih makanan. Kita juga akan lebih menghargai alam dan kebesaran Tuhan bila melihat sendiri pemandangan terbentang luas sejauh mata memandang. Dalam kehidupan ini kita harus sentiasa bersyukur dan berterima kasih atas nikmat rezeki dan kesihatan yang diberikan.