56 & Fit! Penampilan Jurufoto Ini Menarik Perhatian. Nampak 25 Tahun Lebih Muda

Share

Siapa sangka usianya bakal mencecah 56 tahun pada Mac nanti. Chuando Tan pernah mencipta fenomena lima tahun lalu apabila gambarnya yang menampilkan bentuk tubuh yang fit menjadi bualan ramai warganet dek fizikalnya yang terlihat ‘awet muda’.

Kini lima tahun berlalu, Chuando yang merupakan seorang jurufoto fesyen, model dan pelakon mengenang kembali kisah bagaimana dia menjadi internet sensation dalam satu malam sahaja.

Berkongsi kisah ini kepada CNA Lifestyle, Chunado mengimbau kembali kisah tersebut yang terjadi pada 2017. “Saya masih boleh ingat pada pagi itu yang mana apabila bangun saya menerima banyak mesej daripada orang yang tidak dikenali dari seluruh dunia.

“Bahkan saya turut menerima mesej daripada stesen tv, portal berita. Mereka semua bertanya pelbagai soalan. Ketika itu saya terasa seperti ‘dikhianati’ dunia dan seolah-olah saya seorang penjenayah. Saya tidak keluar rumah lebih kurang dua minggu,” ujarnya.

Menyifatkan perkara itu mengejutkan, anak jati Singapura yang dibesarkan di Toa Payoh ini bukanlah seorang yang bersikap ekstrovert sebaliknya dia berkongsi yang dia seorang yang sangat introvert dan sangat malu.

Bertanya tentang apakah rahsia yang diamalkan untuk tampil kacak bagai baru berusia 20an, Chuando menyatakan yang perkara itu memberi tekanan.

“Mungkin mereka mahu jalan mudah untuk mengekalkan keremajaan. Jauh di lubuk hati saya tahu saya semakin menua dan tidak muda. Walaupun saya berfikir yang saya tidaklah semuda yang ramai fikirkan, namun saya boleh jadi seorang individu versi sihat orang yang seusia dengan saya,” ujarnya.

Berkongsi rejim kesihatan yang diamalkannya, Chuando banyak melakukan aktiviti senaman dan makan makanan berkhasiat seperti minuman protein atau oatmeal bersama avocado, telur dan madu. Selain itu dia berkongsi bahawa sangat penting untuk memiliki minda dan pemikiran yang positif kerana ia akan terpancar di wajah.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fiezreen