6.2 Juta Tontonan Untuk ‘Pulang’ Nyanyian K-CLIQUE! Kisah Sebenar Member Mana?

Share

 

Dalam temuramah bersama program MeleTOP semalam, K-Clique membuka cerita di sebalik idea dan jalan cerita video muzik Pulang yang berjaya membuatkan ramai penontonnya merasa sebak, termasuklah Nabil Ahmad!

Bak kata Nabil, gambaran dan paparan video tersebut dilihat realistik dan membuatkan penonton terfikir dengan perpisahan yang berlaku dalam hidup mereka sendiri terutamanya dengan ahli keluarga serta rakan-rakan akibat arahan PKP sepanjang tahun ini.

Menurut GNELLO K-Clique, inspirasi untuk Pulang hadir semasa musim pandemik ini apabila ahli-ahli K-Clique terpisah. Ada yang berada di Kuala Lumpur, ada juga yang berada di Sabah.

“Masa itu rindulah, jadi dari situ keluarlah ilham untuk Pulang. Noki dan Tuju berada di Semenanjung sementara kami yang lain berada di Sabah. Jadi dari situlah lahirnya perasaan sunyi tanpa adanya kawan-kawan. Untuk muzik videonya pula, idea hadir daripada kami dan pengarahnya, Danil Ismail,” kata GNELLO.

Sumber Foto: Instragram @k_clique

 

Beri Inspirasi Kepada Rapper Muda

Meskipun kelibat K-CLIQUE dalam dunia hiburan tanah air masih boleh dianggap baru, namun disebabkan kehadiran mereka dengan genre hip-hop ini, ia seakan-akan memberi satu nafas baru terhadap rapper muda yang ingin menempa nama.

Menurut Fareed, itu adalah di antara sebab utama mereka menceburkan diri sebagai kumpulan K-CLIQUE.

“Kami memang ingin memberi inspirasi kepada budak-budak zaman ini yang lebih muda dari kami. Mereka adalah generasi seterusnya.”

*

Kongsi Noki pula, dahulu dirinya, GNELLO dan FareedPF bermula sebagai sebuah kumpulan tarian.

“Menerusi grup itu, kami cuba untuk membawa genre tarian baru di Malaysia. Kami cuba untuk memperkenalkan stail yang lebih original. Tapi mungkin pada masa itu, ia masih belum dapat diterima.

“Alhamdulillah, menerusi K-Clique, pendengar dapat menerima kami dengan baik. Begitu juga dengan MK dan Somean. Mereka juga datang dengan pengalaman masing-masing, dan ini adalah masa yang terbaik untuk kami muncul,” jelas Noki.

Untuk pengetahuan korang, K-Clique bermula dahulu di negeri kelahiran mereka, Sabah dengan bergerak secaa underground sebagai rapper. Apabila lagu-lagu ciptaan dan nyanyian mereka mula mendapat perhatian di YouTube dengan jumlah tontonan berjuta orang, barulah mereka disambar menjadi artis rakaman di bawah Black Hat Records dalam usaha memperjuangkan genre urban music di Malaysia.

Tonton video PULANG oleh K-Clique di bawah.

*

*

Jangan lepaskan peluang untuk menghantarkan penyertaan secara online bagi pencarian Hero Remaja 2021 bermula 7 Disember sehingga 20 Disember 2020. KLIK DI SINI.

Published by
FZ