
Isi Kandungan
ToggleKalau dah namanya selebriti, bukan hanya diri sendiri malah orang disekeliling mereka juga turut mendapat perhatian. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, rasanya inilah pepatah yang paling sesuai digambarkan tentang kejelitaan anak dara selebriti Malaysia yang sudah meningkat dewasa.
Ada yang mengikut jejak langkah ibu mereka, namun ada juga yang lebih selesa mengikut haluan masing-masing. Namun, apa yang menarik perhatian adalah kecantikan yang tetap diwarisi oleh si ibu.
Berikut kami senaraikan anak gadis selebriti wanita yang sering mendapat perhatian netizen.
1. Dr. Puteri Julia Nabilah Tan Sri Megat Junid
Anak kepada Datuk Ziela Jalil

2. Erysha Emyra
Anak kepada pelakon Datin Seri Noniswara

3. Marissa Dania
Anak kepada Abby Abadi

4. Siti Nurunnyssa
Anak perempuan kepada Siti Saida Taruddin

5. Athalia Deena Buswani
Anak kepada penyanyi Sharifah Zarina

6. Wan Nur Khaleda Aziz
Anak kepada Datuk Sheila Majid

Sama cantik persis si ibu kan?
Pengeluaran Akaun 1 KWSP Maksimum RM60K Menerusi i-Sinar, SIAPA LAYAK?

Isi Kandungan
Toggle
Kena tengok syarat-syarat kelayakan terlebih dahulu, tak semua orang dibenarkan tau..
Minat rakyat untuk mengetahui lebih mengenai pembukaan i-SINAR semakin hari semakin meningkat apabila sejumlah besar rakyat Malaysia kini berdepan dengan pendapatan yang terjejas akibat wabak Covid-19.
Namun, menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini, tidak semua 8 juta orang ahli KWSP layak untuk mendapatkan kemudahan i-Sinar ini.
KWSP dengan jelas menerangkan siapakah golongan yang layak dan apakah tuntutan yang diperlukan daripada mereka untuk pemohonan ini. Jom lihat setiap kategori yang disenaraikan oleh KWSP.
Kategori 1
Golongan yang layak
Ahli KWSP yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau ahli yang menerima notis cuti tanpa gaji (CTG).
Syarat-syarat
1 Ahli tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU
2 Ahli masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30 peratus dan ke atas selepas Mac 2020.
Info
1 Ali tidak perlu memberikan dokumen sokongan
2 Ahli hanya perlu memohon secara online di SINI mulai 21 Disember 2020
3 Kelulusan secara automatik dibuat berdasarkan data dalaman KWSP
4 Pembayaran kepada ahli pula akan dimulakan pada pertengahan Januari 2021
Kategori 2
Golongan yang layak
Ahli KWSP yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas Mac 2020.
Syarat-syarat
1 Ahli perlu menyediakan dokumen sokongan seperti slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; dan
2 Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / atau tuntutan kerja lebih masa
3 Sekiranya ahli tidak boleh mengemukakan dokumen di atas, dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan dipertimbangkan.
Info
1 Ahli boleh memohon secara online di SINI mulai 11 Januari 2021
2 Surat permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa 2 hingga 3 minggu selepas permohonan dibuat untuk mengetahui jika permohonan mereka diluluskan.
3 Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya
Jumlah Layak Diterima
Seperti biasa, ini adalah satu lagi perkara yang hangat diperkatakan oleh rakyat. Berapakah jumlah yang layak mereka terima berdasarkan kelayakan?
Bagi ahli yang mempunyai baki Akaun 1 bernilai RM100,000 dan ke bawah, mereka layak membuat pengeluaran maksimum sehingga RM10,000. Bayaran pertama maksimum adalah sehingga RM5,000 dan bayaran penuh akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh 6 bulan.
Manakala, bagi ahli yang mempunyai baki Akaun 1 bernilai lebih RM100,000, mereka layak membuat pengeluaran maksimum sehingga 10% daripada jumlah ataupun RM60,000 (yang mana satu lebih rendah), Bayaran pertama maksimum adalah sehingga RM10,000 dan bayaran penuh akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh 6 bulan.
Ini adalah contoh mudah yang disediakan oleh pihak KWSP agar korang mudah memahami.
Bagi memastikan permohonan korang lancar, korang digalakkan untuk mendaftar i-Akaun, mengemas kini nombor telefon bimbit bagi menerima Transaction Authorisation Code (TAC) di kios atau kaunter KWSP.
Selain itu, pastikan nombor akaun bank korang aktif tau. REMAJA juga ingin mengingatkan jangan mudah tertipu dengan info yang tidak belum sahih.
KWSP Ingatkan Pengguna Jangan Terpedaya Dengan Aplikasi Palsu i-Sinar – REMAJA
6 Tahun Masa Diambil Sebelum Penyanyi AURORA Tular Dengan Lagu ‘Runaway’

Aurora Aksnes, seorang penyanyi dan komposer musik berasal daripada Norwegian dan berusia 25 tahun ini kembali viral setelah lagunya digunakan didalam sebuah filter di Tiktok dan Instagram.
Pada sebulan yang lalu, telah viral di Tiktok dengan lagu ‘Runaway’ yang dijadikan sebagai lagu untuk filter dimana pengguna boleh ‘posing’ dan frame akan freeze untuk beberapa saat, dan menunjukkan bayang-bayang pose mereka, berlatarbelakangkan imej sejenis ethereal atau seperti di angkasa. Pendengar juga mengatakan yang lagu ini memberikan kesan ‘fantasi’ kepada mereka, dengan tempo musiknya dan lirik lagunya, memberikan feel tersebut. Pada mulanya, lagu ini telah dikeluarkan pada tahun 2015 secara rasmi di Youtube Aurora sendiri.

Tetapi, sejak lagu ini telah popular digunakan di Tiktok berulang kali, ‘Runaway’ telah berjaya memecah rekod Hits Top Single Charts 100 dan kini berada di tangga yang ke-34, melonjak naik 25 anak tangga daripada sebelumnya. Dikatakan juga yang lagu ini melonjak naik 10 anak tangga dalam setiap minggu. ‘Runaway’ juga berada di tangga yang ke-4 di Global Shazam Chart, tangga ke-19 pada Spotify Global Viral Chart dan 27 di Global Spotify Chart.

Ketika temubual REMAJA bersama Aurora Aksnes, apabila ditanya tentang perasaan beliau kerana lagunya melonjak naik secara tiba-tiba walaupun setelah bertahun dikeluarkan, beliau berasa pelik dan ianya tidak masuk akal baginya dan Aurora juga berkata yang internet tidak akan pernah masuk akal, dan ianya tidak memberi kesan yang sangat besar kepada dirinya dan tidak membawa apa-apa perubahan yang besar, namun, beliau berasa sangat kagum dan bersyukur kerana lagunya tiba-tiba muncul menjadi sebuah hits.
Aurora juga berkata yang beliau mendapat ilham untuk menulis lagu ini daripada alam semulajadi. Beliau merupakan seorang yang menyukai alam sekitar, dan bagi Aurora, alam semulajadi adalah sangat tenang, vibrant, and alive. Runaway telah diinsipirasikan daripada alam semulajadi sendiri atau dalam erti kata lain ‘mother nature’. Aurora juga menulis lagu ini sambil melihat laut, dan beliau berada dihadapan laut yang tenang ketika itu.
Selain dari alam semulajadi, beliau juga terinspirasi dengan orang sekelilingnya, bagi Aurora, manusia mempunyai emosi dan mereka sering kali menyembunyikan perasaan mereka, membohongi emosi dan perasaan sendiri, sedangkan mereka berasa sedih, Aurora menjadikan itu sebagai sumber inspirasinya untuk beliau mengekspresikan perasaanya, sekaligus mengekspresikan perasaan orang lain didalam lagunya ini.
Ketika ditanya tentang rancangannya pada masa hadapan, beliau mengatakan yang dia akan mengeluarkan sebuah album dan ianya bakal dilancarkan pada tahun ini, dan albumnya bakal membawa sebuah nafas baharu dan walaupun ianya sesuatu yang baru buat dirinya, dia masih ingin mencuba segala jenis genre musik, kerana dia yakin akan kebolehan dirinya. Namun begitu, Aurora masih belum lagi mengumumkan bila album terbaharunya akan dikeluarkan.
Gadis manis dari Norwegian ini juga memberitahu REMAJA yang jika dia ingin berkolaborasi dengan mana-mana penyanyi, beliau ingin melakukannya bersama artis yang masih belum dikenali, kerana dengan itu beliau percaya yang dia dapat membantu mereka untuk naik dan pergi lebih jauh.
Nasihat beliau kepada anak muda diluar sana yang ingin menceburi industri seni musik, beliau mencadangkan supaya mereka mencari sebab utama kenapa dan apa yang mereka ingin lakukan, terdapat banyak cara untuk masuk kedalam industri seni musik, dan diantaranya adalah mereka boleh menjadi penerbit lagu, penulis lirik dan penyanyi, dan macam-macam lagi. Jika mereka ingin menulis lagu, Aurora mengatakan kemungkinan mereka boleh mencari inspirasi tersebut dari diri mereka sendiri.
Pesanan terakhirnya kepada semua peminat adalah dia berasa sangat terharu dengan segala sokongan dan kasih sayang yang telah diberikan kepadanya. Aurora juga memesan kepada peminat barunya, yang mereka sekarang berada didalam sebahagian keluarga besar Aurora juga, dan jika mereka berasa seperti tidak disayangi, ketahuilah yang masih ada keluarga disini (fan club Aurora) yang menyayangi mereka.
Saksikan kompilasi penuh filter ‘Runaway’ di Youtube:
Tiket Habis Terjual Dalam Masa 7 Jam! Ernie Zakri Bakal Tunjukkan ‘Aura’ Penyanyi Sebenar Menerusi Konsert Sulungnya 25 Januari Ini!

Penyanyi yang terkenal dengan suara lunak, Ernie Zakri baru-baru ini teruja dan berjanji akan memberikan persembahan terbaik di konsert ‘Aura: Ernie Zakri Live in Concert’ apabila melihat tiket konsert sulungnya itu habis terjual dalam tempoh tujuh jam.
Menurut Ernie atau nama sebenar Nur Ernie Shahirah Binti Zakri (32) berkata, beliau sudah lama menyimpan impian untuk mengadakan konsert dan akan menggunakan peluang yang diberikan oleh SAH Entertainment secara baik dengan mempersembahkan hampir 20 buah lagu, termasuk Boneka, Gundah dan Ku Bersuara.
Tambah pelantun lagu Masing-Masing itu juga, peminat juga akan disajikan dengan beberapa kejutan semasa konsert yang dijadualkan pada 25 Januari akan datang di Dewan Plenary Kuala Lumpur Convention Centre.


“Saya tak mahu berjanji terlalu banyak kerana saya hanya menjadi Ernie Zakrie di atas pentas, dan saya percaya orang datang kerana hendak melihat ‘seorang Ernie Zakri’. Jadi, apa saja yang saya nyanyikan, versi saya sendiri ke, suara tinggi dan rendah ke, saya hanya mampu jadi Ernie Zakri”
“Jujurnya tidak pernah saya bayangkan tiket saya akan habis terjual dalam masa tujuh jam, saya bayangkan dalam masa sebulan, saya akan berusaha untuk menghabiskan penjualan tiket tapi Alhamdulillah, peminat sangat hargai apa saya berikan kepada mereka dan saya akan berusaha berikan yang terbaik,” jelasnya semasa sidang media di Petaling Jaya.
Dalam pada itu, menurut Ernie yang pernah memenangi Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-35, ada permintaan agar beliau mengadakan konsert berskala besar, namun beliau tidak mahu terburu-buru berbuat demikian selain ingin lebih dekat dengan peminat.
Beliau juga menyifatkan kriteria konsert berjaya ialah bukan sekadar tiket konsert yang habis terjual, malah ia termasuk kenangan baik yang akan diberikan kepada penonton yang bakal melihat lebih lagi ini merupakan konsert pertamanya.
Sehubungan itu, bercakap mengenai persediaannya yang bakal menghiburkan kira-kira 3,000 peminat pada konsert ‘Aura: Ernie Zakri Live in Concert’, beliau berikan tumpuan kepada vokal dan juga stamina agar dapat memberikan persembahan yang bertenaga di atas pentas.
Selain persembahan pada Januari ini, Ernie juga dijadualkan mengadakan konsert solo di Singapura pada Jun tahun depan.
Sumber Artikel: Bernama, Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.