Makan angin dan melancong ke luar negara memerlukan persiapan rapi bermula dari segi dokumen perjalanan, pakaian dan pelbagai perlatan tambahan yang penting. Selain perlu membeli tiket kapal terbang dan menempah hotel, kita juga harus bijak untuk menentukan apa sahaja yang harus dibawa dan ke mana arah tuju bila sampai ke negara dituju.

Bagi pengguna telefon pintar menggunakan sistem operasi Android, terdapat beberapa aplikasi yang mampu membantu kita melakukan persiapan sepanjang perjalanan atau tempoh berada di luar negara.

Kali ini Remaja ingin kongsikan 6 apps yang kami yakin dapat melancarkan aktiviti serta perjalanan kamu sepanjang tempoh melancong.

PACKPOINT

6 Apps Berguna Perlu Anda Tahu Ketika Melancong Ke Luar Negara

Apps PackPoint boleh berfungsi sebagai pembantu peribadi kamu untuk menentukan apa yang harus dibawa sepanjang perjalanan. Ia akan setiasa update ke mana arah tuju yang kamu ingin pergi dan juga kemas kini aktiviti kamu. Ia juga melakukan perkiraan ramalan kaji cuaca ke kawasan yang ingin ditujui. Malah, ia juga boleh memberi rekomendasi terhadap pelbagai aspek perjalanan jauh. Yang pasti ia tidak akan benarkan kamu tertinggal apa-apa jua barang sebelum memulakan perjalanan.

Ads

TRIPIT

6 Apps Berguna Perlu Anda Tahu Ketika Melancong Ke Luar Negara

Aplikasi menarik ini boleh membantu kamu merancang perjalanan bermula daripada hari pertama hinggalah hari terkahir berada di lokasi percutian. Bukan hanya itu, kamu juga boleh menyimpan pelbagai dokumen dalam bentuk digital dalam satu tempat. Ia juga menyediakan kolum ‘search‘ di mana kamu boleh mencari pengangkutan yang diingini mengikut lokasi. Dan bila kamu offline tanpa Internet, navigasinya masih boleh digunakan.

SYGIC TRAVEL MAPS OFFLINE & TRIP PLANNER

6 Apps Berguna Perlu Anda Tahu Ketika Melancong Ke Luar Negara

Ads

Andai kata kamu lebih banyak berjalan kaki atau menggunakan kenderaan awam maka inilah aplikasi yang harus kamu muat turun. Dengan peta yang boleh digunakan walaupun secara offline ia mampu menunjukkan laluan perjalanan yang sesuai. Ia juga boleh memberi anggaran jumlah masa perjalanan. Walaupun begitu, ia masih belum dilengkapi untuk option kenderaan awam yang belum diselarikan dengan apps ini.

WIFI MAP – FREE PASSWORDS & HOTSPOT

6 Apps Berguna Perlu Anda Tahu Ketika Melancong Ke Luar Negara

Akuilah bahawa ke mana sahaja arah tuju pergi, kamu tidak akan dapat hidup tanpa Internet. Mendapatkan sambungan rangkaian Wi-Fi percuma sememangnya sesuatu yang cukup diidamkan oleh pelancong. Apps ini membantu kamu mencari Wi-Fi percuma dan sistemnya membolehkan semua pengguna berkongsi password. Nak upload selfie dengan pantas? Jangan risau, inilah apps boleh membantu!

Ads

GOOGLE TRANSLATE

6 Apps Berguna Perlu Anda Tahu Ketika Melancong Ke Luar Negara

Bagaimana jika kamu melancong ke negara yang rata-rata penduduknya tidak menguasai bahasa Inggeris? Tidak, kamu tak perlu bawa kamul tebal semata-mata ingin berkomunikasi dengan orang setempat. Cukup hanya dengan memuat turun apps Google Translate. Dengan mode voice translate ia mampu membantu kamu melakukan terjemahan bahasa tempatan yang tidak difahami. Senang, bukan?!

TRABEE POCKET – TRAVEL EXPENSSE

6 Apps Berguna Perlu Anda Tahu Ketika Melancong Ke Luar Negara

Kadangkala agak memeningkan juga untuk melakukan convertion matawang setiap kali ingin membeli-belah? Apps ini merupakan aplikasi bajet yang sentiasa mengawasi pengeluaran kita agar tidak digunakan secara berlebihan dari bajet asal. Trabee Pocket mempunyai user interface yang mesra pelanggan dan boleh melakukan convertion dalam sekeklip mata.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI