Asia represent ya’ll..

 

Festival Filem Cannes yang sedang berlangsung di Perancis kini bukan saja menjadi medan untuk penghasil filem, pengarah, pelakon dan kru terlibat untuk mempertontonkan karya masing-masing.

Ia juga adalah medan fesyen bagi selebriti perempuan! Di sinilah tempat gaun couture yang jarang sekali dipakai di karpet merah lain ditonjolkan kepada khalayak. It is like a walking fashion alley! Selebriti perempuan dari Asia mencuri tumpuan ramai orang dengan stail fesyen masing-masing.

Siapakah yang paling menonjol?

 

01

Jessica Jung

6 ‘Asian Queens’ Buat Semua Tercengang Di Karpet Merah Cannes, Siapakah Mereka?

6 ‘Asian Queens’ Buat Semua Tercengang Di Karpet Merah Cannes, Siapakah Mereka?

6 ‘Asian Queens’ Buat Semua Tercengang Di Karpet Merah Cannes, Siapakah Mereka?

Yes, the (original ice) queen is here.

Bekas ahli kumpulan Girls’ Generation, Jessica Jung mencuri tumpuan bukan saja peminat K-pop tetapi juga peminat fesyen global setelah tiba dengan dress Rami Kadi.

Dress yang diperincikan dengan bulu burung unta dan kepingan gelas ini menjadi topik perbualan ramai kerana ia ‘sedondon’ dengan kereta yang menurunkan Jessica ke karpet merah ini. Oleh kerana ini merupakan kali kedua Jessica berada di Cannes, dia nyata kelihatan lebih yakin dan bersemangat.

 

02

Priyanka Chopra Jonas

6 ‘Asian Queens’ Buat Semua Tercengang Di Karpet Merah Cannes, Siapakah Mereka?

Ads

6 ‘Asian Queens’ Buat Semua Tercengang Di Karpet Merah Cannes, Siapakah Mereka?

Okay kami enggan bercakap lebih mengenai dress pertama yang disarung oleh PC. Walaupun solekan dan rambutnya kelihatan gor-geous, tetapi perincian manik oleh pereka fesyen, Roberto Cavalli pada bahagian perut serta kedudukan slit pada dress Priyanka memberinya ilusi lebih berisi daripada sebenar.

Bagaimanapun, dress kedua oleh Georges Hobeika ini sememangnya kelihatan seperti dress impian semua perempuan. Walaupun ia hanyalah dress yang diperbuat daripada tulle dan tidak segah dress lain, penulis berpendapat Priyanka tidak perlu berlebihan kerana dia sendiri sudah sedia ada cantik.

 

03

Deepika Padukone

6 ‘Asian Queens’ Buat Semua Tercengang Di Karpet Merah Cannes, Siapakah Mereka?

6 ‘Asian Queens’ Buat Semua Tercengang Di Karpet Merah Cannes, Siapakah Mereka?

Hey Queen!

Sejak membuat kemunculan di karpet merah Met Gala 2019 awal bulan ini, Deepika kini menjadi antara selebriti kegemaran peminat fesyen. Pada acara Cannes kali ini, Deepika nyata tak mengecewakan apabila dia membawa maksud couture sebenar ke karpet merah.

Dress riben besar rekaan Peter Dundan adalah pilihan tepat untuk fesyenista berusia 33 tahun ini. Hari keesokannya, she shut down the carpet di dalam dress hijau neon rekaan Giambatista Valli dengan aksesori kepala mirip turban untuk acara pratonton filem Dolor Y Gloria.

 

Ads

03

Ming Xi

6 ‘Asian Queens’ Buat Semua Tercengang Di Karpet Merah Cannes, Siapakah Mereka?

Model China yang sinonim dengan pertunjukan fesyen Victoria Secret ini memberikan nafas segar (dan muda) dalam persalinan mullet dress oleh Ralph & Russo. Ming Xi memberikan ruang untuk orang ramai melihat aksesori rantai berlian dengan menarik rambutnya ke bun belakang.

 

04

Aishwarya Rai Bachan

6 ‘Asian Queens’ Buat Semua Tercengang Di Karpet Merah Cannes, Siapakah Mereka?

6 ‘Asian Queens’ Buat Semua Tercengang Di Karpet Merah Cannes, Siapakah Mereka?

6 ‘Asian Queens’ Buat Semua Tercengang Di Karpet Merah Cannes, Siapakah Mereka?

Setiap kali Aishwarya Rai Bachan mewakili jenama L’Oreal Paris ke festival filem Cannes, dress yang disarungnya akan menjadi topik perdebatan. Akan ada yang menyukainya, ada juga yang akan menghentam pemilihannya.

Kali ini, malangnya Aiswarya tidak membuat pemilihan yang tepat di mata ramai pemerhati. Kita mulakan dengan poin positif dahulu..

Ads

Dress couture rekaan Jean-Louis Sabaji ini adalah pilihan futuristik dan baru untuk Aishwarya. Penulis gemarkan pembaharuan yang cuba dibawanya, berbeza dengan gaun elegan oleh Michael Cinco 2 tahun lalu. Solekan dan dandanan rambut sleek-nya juga cukup on-point.

Bagaimanapun, dress berwarna emas kehijauan ini bagi penulis adalah terlalu literal, kelihatan sedikit seperti kostum pementasan teater dan jujurnya, tidak menonjolkan elemen glamor. Mungkin kerana fabriknya yang tegang.

Media juga tertumpu pada kelibat anak perempuannya, Aaradhya, 7 yang menemani ibunya di Hotel Martinez.

 

05

Liu Tao

6 ‘Asian Queens’ Buat Semua Tercengang Di Karpet Merah Cannes, Siapakah Mereka?

Dengan ketidak-hadiran pelakon hebat dari China seperti Fan Bing Bing, pelakon berusia 40 tahun ini mencuri tumpuan di majlis pratonton filem “The Dead Don’t Die”.

Mengenakan dress daripada Etro, ini merupakan kemunculan kali pertamanya di Cannes.

 

 

06

Araya Hargate 

6 ‘Asian Queens’ Buat Semua Tercengang Di Karpet Merah Cannes, Siapakah Mereka?

6 ‘Asian Queens’ Buat Semua Tercengang Di Karpet Merah Cannes, Siapakah Mereka?

Akhir sekali, penulis begitu tertarik dengan kehadiran pelakon ini dalam persalinan Versace (atas) dan Ralph & Russo. Walaupun tidak begitu mengenali pelakon dan hos dari Thailand ini, pemilihan dress dan solekannya sepanjang berada di Cannes pada minggu lalu membuatkan ramai memujinya.

Araya kelihatan begitu selesa dengan kehadiran puluhan jurugambar walaupun ini adalah kali pertamanya berada di Cannes.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI