Hari demi hari, wajah baharu dalam industri tanah air bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.
Bukan itu sahaja, aktor berpengalaman dan berkaliber juga ada yang sudah menuai nama di peringkat antarabangsa, terutama menceburkan diri dalam dunia perfileman Indonesia.
Ini antara enam bintang tanah air yang pernah dilamar produksi filem di sana untuk berlakon di dalam naskhah hebat mereka:
Filem: My Stupid Boss (2016), Cek Toko Sebelah (2017), Surat Kecil Untuk Tuhan (2000), Susah Sinyal (2000) Terbang Menebus Langit (2000) Dimsum Martabak (2018) dan banyak lagi.
Pelakon berpengalaman, Chew Kin Wah, 57, mempunyai bakat yang hebat sehingga menjadi rebutan produksi Indonesia untuk mendapatkannya. Melebarkan sayapnya ke Indonesia bermula tahun 2015, kini wajah beliau sudah menghiasi hampir 12 filem.
Malah lebih membanggakan, beliau pernah memenangi anugerah perfileman di sana, diantaranya Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Film Tempo Jakarta 2017 dan Indonesian Box Office Movie Awards 2017
Keith Foo
Filem: Mati Suri (2009), Paku Kuntilanak (2009), Bidadari Jakarta (2010) , Pengantin Pantai Biru(2010), Akibat Pergaulan Bebas 2 (2011), X – The Last Moment (2011), Hantu Budeg (2012), Perempuan di Rumah Angker (2012)
Mempunyai kelebihan berbahasa Indonesia dan paras rupa yang kacak, Keith Foo terkenal di Indonesia dan sering menjadi pilihan produksi disana ketika awal kemunculan nya di persada seni.
Setelah hampir sedekad mencipta nama di negara seberang, aktor berdarah campuran Cina dan India ini telah kembali ke Malaysia dan memilih untuk berkarier di sini.
Miller Khan
Filem: Bukan Bintang Biasa (2007), Cintapuccino (2007), Hantu Perawan Jeruk Purut (2008), Merem Melek (2008), Cinta Suci Zahrana (2012), Love You…Love You Not (2015), Petak Umpet Minako (2017) & Assalamualaikum Calon Imam (2018)
Aktor kacak Miller Khan; yang merupakan adik beradik Farali Khan dan Isa Khan ini sebenarnya memulakan kerja seninya dalam produksi Malaysia (filem ‘Sepet’) tetapi telah memutuskan untuk ‘melompat’ ke produksi di Indonesia.
Disana, Miller mula berlakon sebagai bintang iklan mi segera bersama Luna Maya. Sejak saat itu, dia mula diterima baik dan sering mendapat tawaran berbagai sinetron dan filem di Indonesia.
Allahyarham Ashraf Sinclair
Filem: Saus Kacang (2008), The Real Pocong (2009) & Bayi Gaib (2018)
Siapa sahaja yang tidak mengenali Allahyarham Ashraf Sinclair, yang merupakan pemenang tempat ketiga Hero Remaja 1997 dan juga merupakan Suami Bunga Citra Lestari? Karier lakonanan pertamanya di Indonesia dilalui bersama BCL selepas filem Saus Kacang.
Bahkan, Berita pemergian pelakon terkenal, Ashraf Sinclair terdahulu diratapi banyak pihak termasuklah rakan-rakan artis daripada kedua negara yang turut menzahirkan perasaan sama.
Bront Palarae.
Filem: Headshot (2016), My Stupid Boss (2016), Pengabdi Setan(2017), Gundala
(2019), Pegabdi Setan 2 (2022)
Wajah Bront Palarae tentunya sudah tidak asing lagi bagi pencinta filem Indonesia.
Meskipun beliau berketurunan Melayu, Punjabi/Pakistan dan Siam, tetapi dikagumi kerana menguasai bahasa Indonesia dengan sangat fasih.
Jejaka macho berusia 45 tahun kelahiran Alor Setar, Kedah ini juga dikenali di Malaysia sebagai seorang screenwriter, director, dan juga penerbit.
Nora Danish
Filem: Surga Yang Tak Dirindukan 2 (2017), Bukan Cinta Malaikat (2017)
Meskipun hanya diberi peluang memegang watak sampingan di dalam filem Surga Yang Tak Dirindukan 2, namun lakonan pelakon jelita ini memberi impak kepada filem tersebut.
Bukan itu sahaja, Nora Danish juga bakal tampil menerusi sebuah filem seram terbaharu berjudul ‘The Parcel’ bersama Finalis Hero Remaja 2021 yang kian meningkat naik iaitu Amir Ahnaf!
Dibintangi oleh Atiqah Hasiholan dan beberapa bintang ternama Indonesia lainnya, The Parcel yang diarahkan oleh Andi Bachtiar Yusuf itu sudah pun memulakan penggambaran bermula 27 Julai di beberapa lokasi di Jakarta, Indonesia.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ads
Ads
Ads
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu, akui keputusannya mengahwini Watie Hanifiah, yang dijangka pada Jun depan adalah demi kebaikan anak-anaknya.
Ujarnya, dia lebih memilih perkara yang mampu membahagiakan kesemua cahaya matanya buat masa ini selain berharap perkahwinan berkenaan akan berjalan dengan lancar.
“Perkahwinan ini berbalik kepada niat. Saya niat untuk anak-anak dan keluarga sebab memikul tanggungjawab sebagai bapa bukan mudah.
“Saya tahu tugas bapa ini berat dan anak-anak saya masih kecil. Perkara ini tidak mudah bagi saya. Saya memilih untuk anak, kalau saya pilih diri sendiri, saya akan membujang.
“Saya ada tanggungjawab besar sebab arwah Siti Sarah Raissuddin mahu saya membesarkan anak-anak dengan cara dan jalan paling baik. Saya perlukan seseorang untuk bersama saya,” tuturnya kepada Remaja.
Penyampai radio Suria FM itu berkongsi perkara berkenaan ketika ditemui di majlis rumah terbuka Aidilfitri Indigital Music dan FYP Media, di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya, petang tadi.
Pun begitu, Shuib memaklumkan dirinya tetap perlu mendapatkan persetujuan daripada cahaya matanya sebelum meneruskan untuk mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati itu.
“Alhamdulillah segala perkara negatif dan positif saya fikirkan sampailah keempat-empat anak positif. Seingat saya anak terakhir yang diberitahu adalah Uwais sebab dia sudah berusia 12 tahun dan makin dewasa.
“Dia adalah orang terakhir yang saya tunggu untuk bersetuju. Sampailah dia bersetuju barulah saya kata ini adalah masanya,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Shuib menamatkan teka-teki mengenai hubungannya dengan Watie apabila mendedahkan mereka telah pun selamat bertunang pada 6 Mei yang lalu.
Menerusi perkahwinan Shuib dan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin, dan Ayash Affan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Perjuangan penyanyi, Kaka Azraff sebagai peserta The Hardest Singing Show terhenti sehingga minggu keempat.
Kaka atau nama sebenar Nor Atiqa Noor Azraff berkata dia bersyukur kerana diberikan peluang membawakan lagu Bawaku Pergi yang sebelum ini tidak pernah lagi dinyanyikan secara langsung dimana-mana kaca televisyen.
Jelasnya yang meraih markah 65.14% pada malam Ahad lalu, penyingkiran bukanlah pengakhiran kerana kerjayanya masih lagi berjalan seperti biasa.
“Kaka bersyukur dengan apa sahaja yang berlaku. Sebab ini bukan pengakhiran dan kerjaya Kaka akan terus berjalan seperti biasa. Kaka juga ada terfikir bagaimana nak teruskan kerja Kaka, sebab ia tergendala kerana rancangan ini”
“Sudah empat minggu, dan banyak hal yang tergendala termasuklah anak-anak pun tergendala di rumah. Itu hardest bagi Kaka. Jadi saya ambil ini sebagai perkara yang positif”
Anak saudara kepada penyanyi Ella itu menjelaskan bahawa ia melihat penyingkiran ini sebagai sesuatu yang positif. Dalam pada itu, dia senang menyertai rancangan The Hardest Singing Show kerana diberikan peluang untuk mencabar dan eksplorasi kebolehan dirinya sebagai seorang penyanyi.
“Kaka masuk THSS ini bukannya fokus untuk menang sebab menang itu bonus tapi sebenarnya Kaka masuk kerana nak explore diri sendiri. Bila dah masuk, ohh rupanya this is so hard”
“Kaka juga tidak ambil sebagai kejatuhan kerana ini adalah permulaan untuk Kaka untuk jadi seorang yang lebih fresh selepas ini”
Sementara itu bercakap mengenai persembahan, Kaka menyatakan bahawa dia berpuas hati dan seronok dengan kesemua persembahan dari minggu pertama sehingga minggu keempat.
“Kaka puas dan gembira dengan persembahan Kaka. Yang paling penting, Kaka puaskan diri sendiri dahulu”
“Kalau juri rasa mereka tak cukup puas, itu perkara yang Kaka tak boleh kawal. Saya hanya boleh kawal diri sendiri. Saya gembira dengan usaha sendiri”
“Suami pun nampak kesungguhan itu. Kaka gembira kerana dapat melihat sisi itu dalam diri sebab Kaka tak terfikir mampu buat semua ini. Program ini beri ruang buat saya berkarya,” ujarnya lagi.
Sekadar info, THSS akan berlangsung selama 10 minggu dan dikendalikan oleh dua orang pengacara iaitu Nabil Ahmad dan Rina Nose. Setiap persembahan diadili oleh barisan juri profesional iaitu Edry Abdul Halim, Datuk Rossa dan Zizan Razak.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apa yang membuatkan anda mencintai pasangan sendiri? Kerana paras rupa atau peribadinya? Benar, cantik itu memang sedap mata memandang, namun fizikal manusia berubah seiring dengan masa dan usia. Bahkan kecantikan itu tidak kekal lama.
Menurut pelakon terkenal Aedy Ashraf, rupa paras dan kecantikan bukan faktor utama yang mendorongnya untuk jatuh hati terhadap kekasihnya, aktres Amelia Henderson.
Mengakui bahawa dirinya lebih tertarik dengan personaliti bintang berusia 28 tahun itu berbanding rupa parasnya yang sudah sedia maklum cukup menawan setiap mata yang memandang.
“Salah satu faktor saya jatuh cinta adalah sebab dia cantik, namun saya percaya
kami juga akan tua dan kecantikan seperti sekarang ini tidak akan kekal lama.
“Apa yang menguatkan hubungan kami adalah personaliti dia sendiri. Dia sentiasa membuatkan saya rasa selamat dan menjadi seorang yang lebih baik.
“Bagi saya kita semua harus ada pemikiran begitu. Tidak hanya melihat kepada
kecantikan dalam bercinta,” jelasnya.
Tambah pelakon War on Terror: KL Anarchy ini lagi, meskipun mereka sedang dalam fasa bahagia namun tidak lagi meletakkan sebarang perancangan untuk menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.
Menurutnya dia dan Amelia sedang rancak bekerja memenuhi komitmen lain dan mahu memberi fokus kepada apa yang sedang diusahakan sekarang ini.
“Belum ada perancang lagi ke arah itu. Sekarang sangat sibuk dengan kerja. Amelia
pun komited dengan kerjaya dan dia ada visi yang tinggi terhadap apa diusahakan.
“Saya menghormati perkara itu dan rasanya perlu menjadi seperti dia,” ujarnya.
Awhhhh, comel sangat lovebirds ini. REMAJA doakan jodoh mereka dipercepatkan dan bahagia selalu di sisi masing-masing!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Aedy Ashraf
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi yang masih ingat lagi kisah tular seorang nenek membaca surah Yasin dan berzikir sambil menunggu cucunya yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)...