Benarlah, jika kualiti menjadi keutamaan berbanding kuantiti, tentunya sesuatu produk itu akan bertahan lama.
Bintang hip hop muda Malaysia, MK K-Clique hari ini mampu berbangga apabila impiannya untuk bergandingan dengan ‘Mr President’, Joe Flizzow dalam sebuah trek tercapai jua setelah single berjudul Ciao menemui pendengar semalam.
Ini merupakan di antara projek yang dinantikan oleh para peminat Joe sendiri apabila Ciao bukan sekadar menampilkan MK seorang. Malahan, ia juga mendapat sentuhan penyanyi Korea Selatan, Jay Park!
Foto: SHAHIR OSMAN & AZFARINA SULAIMAN/IDEAKTIV.
Menerusi sesi Instagram Live yang dilakukan oleh Joe bersama MK semalam, beliau mendedahkan betapa lamanya lagu ini telah ‘diperam’ bagi menantikan waktu yang sesuai untuk pelancarannya.
“Saya sudah hantarkan Ciao kepada mereka (Jay Park dan MK) sejak bulan Februari tahun lalu. Dan sekitar bulan 6, lagu ini telahpun disiapkan. Tapi disebabkan lockdown, kami tak boleh lancarkan lagi. Betul lah kata orang, kadangkala kesabaran itu akan membuahkan sesuatu yang lebih baik.
Ads
“Akhirnya Ciao sudah dilancarkan malam ini (semalam). Dan pada jam 9 malam esok (hari ini) video muziknya akan dilancarkan di semua platform atas talian,” kongsi Joe.
Foto: SHAHIR OSMAN & AZFARINA SULAIMAN/IDEAKTIV.
Dalam pada itu, MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin, 24 mengucapkan syukur ke atas peluang besar yang hadir kepadanya ini. Satu-persatu karya yang mendapat sentuhan MK setakat ini nampaknya bertukar menjadi popular.
“Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak kepada abang Joe kerana membawa MK ke tahap seterusnya. Saya selalu bermimpi untuk bergandingan dengan Joe Flizzow dan (Ciao) adalah sesuatu yang besar untuk saya,” kata MK yang turut menerima kata-kata semangat daripada Joe. “You are the new generation of this brand (hip hop). You are killing it brother.”
Yes he is.
Foto: SHAHIR OSMAN & AZFARINA SULAIMAN/IDEAKTIV.
Kuasa & Ciao Berlainan
Jika ingin dibandingkan di antara trek Ciao dan Kuasa yang dilancarkan Joe pada tahun lalu, penulisan liriknya menampilkan gaya bahasa Melayu yang berbeza. Menerusi Kuasa, Joe menggunakan bahasa Melayu yang rasmi manakala Ciao menampilkan lirik yang lebih dekat dengan slanga percakapan harian terkini.
Ads
Jelas Joe, ini adalah satu transisi dalam dunia hip hop di mana ia mempunyai cabang yang luas. Demi memastikan seorang artis itu kekal relevan, mereka perlu pantas mengadaptasi diri mengikut trend peralihan zaman.
Dalam perkongsian Joe dalam artikel Harian Metro pada 5 Disember lalu, kerjasama dengan MK dan Jay Park adalah ibarat jambatan yang menghubungkan generasi berbeza serta berlainan negara.
Tangkap layar sesi Instagram Live oleh Joe Flizzow & MK K-Clique malam tadi.
“MK berada di Kota Kinabalu manakala Jay Park pula di luar negara. Bagaimanapun, Ciao siap dalam beberapa hari selepas mereka menghantar rakaman masing-masing kepada saya semula.
“Saya dan Jay Park memang sudah lama kenal serta rapat. Dengan MK, saya kenalnya ketika menghasilkan 16 Baris dan saya tumpang gembira dengan setiap kejayaannya bersama K-Clique. Bagi saya, Ciao adalah sebuah lagu yang membuktikan karya hip hop Asia sangat dasyat. Misi kami adalah untuk menunjukkan kualiti artis Asia bukan calang-calang,” katanya.
Perutusan rasmi yang baru disampaikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin sebentar tadi di kesemua saluran berita utama negara telah mengesahkan apa yang kita semua telah fikirkan sejak beberapa hari lalu…
Yes guys, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan akan dilanjutkan untuk 2 minggu lagi. Dari tarikh terdahulu iaitu pada 28 April, kini kita perlu meneruskannya sehingga 12 Mei kelak.
Beliau juga tidak menidakkan kemungkinan besar PKP akan diteruskan untuk tempoh yang lebih panjang lagi selepas 12 Mei. Hhm…
Sebelum korang memberikan respon terhadap kenyataan itu, beliau terlebih dahulu memberikan ucapan Salam Ramadan kepada semua.
Foto: BERNAMA
“Pertamanya saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadan al-Kareem bermula esok. Ibadah puasa adalah satu ibadah yang istimewa tanpa sesiapa pun mengetahui kita sedang beribadah kepada Allah. Kita menahan diri daripada melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa kita kerana kita bertakwa kepadaNya, bukan sekadar menunjuk kepada sesiapa.
“Bulan Ramadan kali ini tdak kurang istimewanya. Bagi saya, ia lebih istimewa setelah kita berjihad melawan Coovid-19 sejak lebih sebulan yang lalu. Kita telah melalui tempoh yang menguji kesabaran kita dengan tidak melakukan perkara yang kita gemari. Kita tidak keluar dari rumah seperti kebiasaan.
“Ini adalah satu bentuk jihad atau pengorbanan yang cukup besar. Ia telah membuahkan hasil apabila anda, keluarga dan orang di sekeliling terselamat daripada jangkitan Covid 19,” jelas beliau.
Kes-kes baru nyata telah berkurangan dengan ketara. Daripada ratusan kes pada setiap hari, kita seharusnya bersyukur ia telah menurun ke puluhan kes saja pada setiap hari. Dengan displin yang berterusan, Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Malaysia boleh membendung terus kes Covid-19
Malaysia juga diakui sebagai salah satu negara terbaik yang mencatatkan peratusan pesakit positif Covid-19 sembuh, iaitu pada kadar 63.2%.
*
Sambung beliau, pihak kerajaan akan menilai semula langkah-langkah seterusnya selepas 12 Mei ini
“Saya tidak menolak sekiranya PKP akan diteruskan. Ini bermaksud kita tidak boleh menyambut Aidilfitiri di kampung. Sekiranya penurunan kes Covid-19 ketara, kerajaan akan melonggarkan PKP dalam beberapa tahap.
“Pelan pemulihan ekonomi juga akan diusahakan kerajaan secara bertahap dengan rangka pelan jangka pendek serta sederhana agar ekonomi mampu pantas pulih setelah wabak ini dibendung sepenuhnya.
“Kesimpulannya, kita masih belum menang. Kita tidak dapat ke bazar Ramadan pada tahun ini. Tak apalah jika kita tak dapat murtabak, nasi bryani dan kuih muih – asalkan kita semua selamat. Kita bersahur dan berbukalah seadanya,” simpul beliau.
*
Amacam guys, korang dah boleh agak keputusan ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai mengikut trend dengan memiliki kad kredit. Tanpa perlu membawa tunai di poket, hanya hulurkan kad plastik kepada kaunter bayaran, sudah boleh bawa pulang barangan disukai.
Namun statistik menggerunkan sejak lima tahun lalu menunjukkan seramai 64,632 rakyat Malaysia direkodkan muflis membabitkan usia semuda 25 tahun hingga 44 tahun. Malah laporan kajian Pantauan Ekonomi Malaysia pada Disember 2019 yang diterbitkan Bank Dunia menganggarkan 60 peratus golongan millenial daripada keseluruhan individu muflis di Malaysia adalah dari golongan muda, ekoran tabiat berbelanja melebihi pendapatan.
Bagi yang mempunyai hutang kad kredit dengan pihak bank khususnya di kalangan orang muda, jangan sesekali membiarkan menjadi tunggakan atau hutang lapuk kerana jumlah kena bayar nanti tak masuk dek akal.
Seorang peguam Hafidzah Hassan berkongsi cara terbaik berurusan dengan pihak bank mengenai hutang kad kredit ini. Memang baik untuk mereka yang berhutang kerana hutang kad kredit ini memang hutang jahat. Dari jumlah kecil akhirnya bayar jumlah beratus ribu. Jadi lebih tidak berbaloi.
Baca perkongsianya.
Hutang wajib dibayar itu semua orang pun tahu. Tak perlu nak perlekehkan orang yang bertanya tentang kegusaran mereka tentang hutang.
Persoalannya adalah bagaimana nak kendalikan hutang tu. Mari kita lihat salah satu cara untuk selesaikan hutang kredit kad. Tahukah anda hutang 3000 ada yg jadi 100,000?
1.Hutang tu 3000, jangan biarkan. Kalau dah guna paling pun bayar minimum. Bila anda biarkan interest, caj, faedah dan lain lain akan menjadi terlalu tinggi.
2. Jika disaman, jawab saman, dan masukkan persetujuan bayaran. Ia lebih baik daripada membiarkan hutang itu dikenakan faedah berlipat kali ganda.
3. Deal terus dgn bank. Katakan anda dlm situasi terdesak dan hutang itu telah menjadi terlalu banyak. Buat surat. Dua salinan. Satu diakui terima syarikat pinjaman dan anda simpan. Satu lagi untuk salinan mereka. Minta pengurangan untuk bayar harga pokok.
Bank sudah tentu akan meminta anda menambahkan sedikit caj-caj lain-lain. Namun ia akan menjimatkan kos anda dan mendapat diskaun yang berbaloi, senilai hutang yang benar-benar dibuat oleh anda sahaja beserta caj-caj yang munasabah.
4. Bila anda setuju, jangan dengan sengaja tidak membayar seperti yang dipersetujui mengikut masa yang ditetapkan. Hantar surat penyelesaian dalam keadaan anda mampu menyelesaikan hutang seperti yang anda cadangkan dan yang bakal dipersetujui pihak pemberi pinjaman
Jika ada tindakan tertentu dari institusi kewangan yang dibuat secara tidak betul, anda boleh melawan dan mengekalkan hak anda sebagai pengguna sama ada melalui pihak berwajib/ mahkamah. Namun jika ia adalah hutang yang benar-benar terakru dan kecil, penyelesaian adalah jalan terbaik. Jika pihak pemberi pinjaman enggan dan bersikap membuli, terus ke AKPK untuk penstrukturan semula.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Persembahan medley menerusi lagu Selamat Jalan Romeo dan Peronda Jaket Biru memberi tuah buat Zehra Zambri setelah beliau menerima markah tertinggi pada minggu suku akhir Gegar Vaganza 11 (GV11).
Dengan mengutip markah 80 peratus, kemenangan tersebut melayakkan Zehra membawa pulang Anugerah Terpaling Adabi berupa hadiah wang tunai RM2000 dan barangan Adabi brnilai RM500.
Mengulas mengenai persembahan Zehra itu, Datuk Syafinaz Selamat selaku juri tetap GV11 memuji keupayaan Zehra untuk keluar dari zon selamat dan menyahut cabaran juri daripada minggu-minggu terdahulu.
“Yang Zehra persembahkan tadi (barulah memberi) kami rasa ‘oomph’. Ini barulah pertandingan, menepati aras Gegar Vaganza. Baru menarik.
“Tadi, kita boleh nampak dua genre berbeza (rock dan dangdut) dengan intonasi berbeza yang Zehra berjaya sampaikan.
“Dangdut lebih halus tonanya manakala rock pula lebih agresif. Kita semua tahu kelebihan Zehra terletak pada genre tradisional tetapi nyanyian dia malam ini buatkan kita tertanya-tanya jika dia ialah penyanyi dangdut atau rock.
“Saya secara peribadi lebih sukakan segmen rock Zehra, ia lebih memberi,” ulas Syafinaz.
Beliau turut berkongsi bahawa Zehra pernah berada di kedudukan corot beberapa minggu lalu. Melihat kepada perkembangan positif Zehra dari minggu ke minggu, Syafinaz menasihati agar Zehra tidak lagi ‘menyimpan taring’ apatah lagi GV11 hanya berbaki dua minggu sahaja lagi.
Dalam pada itu, Liza Aziz dan The Lima pula menduduki tempat kedua dan ketiga terbaik pada peringkat suku akhir pertandingan.
Manakala, nasib tidak menyebelahi Fairuz Selamat setelah gagal menambat hati juri menerusi lagu Hang Pi Mana dan Yang Penting Hepi sekaligus tersingkir daripada pentas GV11.
Usia nyata bukan faktor penentu kepada keinginan seseorang untuk mempunyai minda inovatif.Ia terbukti setelah empat murid daripada Sekolah Kebangsaan Shah Alam (SK Shah Alam)...