“6 Bulan Lalu Sweet Qismina Sudah Rancang..” Baju Tunang Songket AMAZÉ Curi Tumpuan

Share

 

Tidak terlambat rasanya untuk REMAJA ucapkan sekalung tahniah kepada pasangan selebriti, Adam Lee dan Sweet Qismina yang baru saja melangsungkan majlis pertunangan mereka semalam. Perkhabaran istimewa ini hadir selepas lebih dua tahun mereka menjalin ikatan cinta.

Ihsan Foto : AMAZÉ

Bercakap mengenai majlis yang dilangsungkan serba ringkas namun cukup lengkap semalam, salah satu perkara yang mencuri tumpuan peminat mereka berdua adalah bagaimana persalinan Adam dan Sweet yang cantik sepadan.

Sebenarnya, Adam dan Sweet menyarungkan persalinan khas hasil sentuhan pasukan pereka fesyen, AMAZÉ yang berpengalaman dalam menyiapkan persalinan hari bahagia ramai selebriti popular tanah air seperti Ernie Zakri dan Syamil, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Bagai Puteri Moden, Persalinan Tunang Ernie Zakri Dipuji! Ini Kata Perekanya AMAZE – REMAJA

Pemilihan fabrik songket yang diolah dalam rekaan moden namun masih tertib dan seiring dengan norma persalinan Melayu klasik itu telah membuatkan ramai terinspirasi untuk mengikut tema sama bagi majlis mereka pada masa akan datang.

Ihsan Foto : AMAZÉ

Bercakap kepada REMAJA hari ini, Zeed Jamel yang mewakili gandingan duo AMAZÉ-nya, Amar Madfie berkata proses penyiapan busana Adam dan Sweet telah bermula sejak bulan April lagi.

“Enam bulan lalu, sebelum lockdown lagi Sweet (Qismina) sudahpun rancang dan berjumpa kami. Katanya ingin bertunang dalam bulan Oktober dan kami selesa dengan tempoh masa enam bulan yang ada sebelum majlis. Apabila Sweet memberitahu kami lebih awal seperti ini, ia secara tidak langsung memudahkan tugas kami selaku perekanya.

“Satu perkara yang pernah dia kongsikan adalah bagaimana dia sudah lama ingin bekerjasama dengan AMAZÉ. Cuma masa yang tidak mengizinkan. Jadi kami anggap detik ini sebagai peluang keemasan,” kata Zeed ketika dihubungi.

Warna ‘sky blue’ untuk fabrik songket menjadi idaman Sweet Qismina. Namun, mereka tetap berpuas hati dengan rona ‘powder blue’ yang dipilih sebagai simbol ketenangan, rasa cinta dan tentunya elegan. Ihsan Foto : AMAZÉ
Ihsan Foto : AMAZÉ

Menyentuh lebih lanjut mengenai rekaan baju kurung moden ini, permintaan Sweet cukup mudah. Pelakon bertubuh genit itu hanya inginkan rekaan kurung moden daripada fabrik polos dan ringkas. Sebagai pereka fesyen, AMAZÉ menghormati permintaan tersebut namun pada masa yang sama masih ingin menyuntik elemen fesyen pada busana tersebut; tanpa membuatnya kelihatan canggung hingga menggangu keselesaan Sweet sebagai pemakai.

“untuk majlis tunang, lebih moleklah untuk kekal ringkas tapi masih menarik untuk ditatap.”

“Kita tampilkan sedikit ‘twist’ pada konsep kurung moden seperti potongan ‘kipas’ pada kedua-dua bahagian sisi sarungnya; berbeza dengan kebiasaan iaitu di bahagian belakang.”

Rangka tubuh Sweet yang ‘petite’ memerlukan rekaan khas buat hari istimewanya ini. Ihsan Foto : AMAZÉ

“Selain itu, kami juga menyuntik stail ‘signature’ AMAZÉ seperti kerja-kerja sulaman dan manik pada bahagian sisi serta hadapan baju demi menjanjikan kelainan buat Sweet,” jelas Zeed. Sebulan saja rangka masa yang diperlukan mereka untuk menyiapkan persalinan Sweet dan Adam dari rekaan hinggalah menjadi busana lengkap untuk majlis pertunangan mereka.

Ihsan Foto : AMAZÉ

BACA LAGI : Ernie Zakri Dambakan Kurung Ringkas, Namun ‘Kaya’ Sulaman – AMAZÉ – REMAJA

Ihsan Foto : AMAZÉ
Ihsan Foto : AMAZÉ

Kongsi Zeed lagi, pasangan tersebut amat memudahkan komunikasi bersama sang pereka. Segala yang dirancang sepanjang sebulan lepas berjalan lancar.

Jadi, kalau korang yang inginkan busana mirip Sweet ini, adakah korang masih sempat untuk mendapatkan khidmat AMAZÉ pada tahun ini?

“Sebaiknya memang kami memerlukan enam bulan untuk benar-benar menyiapkan busana dengan terperinci. Namun, kami masih tidak menolak tempahan seawal bulan Disember dan bulan-bulan seterusnya.”

Tahniah sekali lagi kami ucapkan buat Adam Lee dan Sweet Qismina; serta buat AMAZÉ yang sekali lagi tidak mengecewakan dalam perihal rekaan dan melaksanakan impian satu lagi pasangan bahagia.

BACA LAGI : Maaf Girls! Latif Romly Kini Sudah ‘Diikat’, Kenali Siapa Tunangnya – REMAJA

Published by
FZ