Women are always right. Biasakan dengar pepatah Inggeris ni? Kalau perempuan dengan lelaki bertikam lidah, agak-agak siapa yang akan menang? Haha!

Sebab dah tahu sangat perangai perempuan macam mana, kebanyakan lelaki memang ambil jalan mudah untuk cepat mengaku kalah. Kalau tak, sampai ke sudahlah masalah hubungan korang tak akan selesai.

Sebenarnya ada cara macam mana nak berhadapan dengan perempuan keras kepala ni.

Bukan melalui kekerasan, sebaliknya cik abang-cik abang sekalian boleh cuba 6 cara ini untuk handle mereka.

1. Bijak baca situasi

6 Cara Handle Perempuan Keras Kepala

Biasanya, perempuan jadi keras kepala bila pasangannya mula mencetuskan kemarahan dan apabila pertelingkahan berlaku. Untuk mengawal sikap keras kepala mereka tu, kaum lelaki kenalah bijak menjaga tutur kata, baca riak wajah dan pilih waktu yang sesuai untuk memberi tindak balas kepada mereka.

Ads

Pendek kata, api jangan bertemu dengan api. ‘Terbakar’ nanti korang juga yang susah. Hehe..

2. Hadapi dengan rasional

6 Cara Handle Perempuan Keras Kepala

Walaupun wanita yang bersikap keras kepala ni sangat annoying, tapi sabarlah sikit bang. Biasalah perempuan kan. Hiks! Apa yang perlu korang buat adalah cuba untuk menjadi ‘penenang’ dalam relationship.

Lama-lama nanti, perempuan akan rasa bersalah sendiri dan cepat-cepat dia minta maaf dekat korang.

3. Bila perlu, mengalah la sikit

6 Cara Handle Perempuan Keras Kepala

Ads

Bukan nak menangkan perempuan saja, tapi ada masanya lelaki pun kena mengalah dengan mereka untuk tak nak situasi jadi lebih rumit. Tapi, janganlah setiap kali bergaduh korang nak mengalah. Nanti perempuan rasa apa yang mereka buat tu sebenarnya betul.

4. Tegas

6 Cara Handle Perempuan Keras Kepala

Ada time yang lelaki memang kena tunjuk sikap ‘jantan’ mereka. Bukan berkasar, tapi harus menunjukkan ketegasan dalam perhubungan. Sikap keras kepala ni bersangkut paut dengan ego yang tinggi kerana mungkin dah selalu dimanjakan oleh kaum keluarga.

Jadi, bila korang bersikap tegas dengannya, mereka akan faham kedegilan itu tidak memberi apa-apa faedah malah ia akan menampakkan keburukan diri sendiri.

Ads

5. Beri perhatian

6 Cara Handle Perempuan Keras Kepala

Kadang-kadang perempuan ni hanya nak kan perhatian pasangan mereka je. Itu sebab perkara remeh pun boleh jadi gaduh. Apa kata kalau korang bagi tumpuan yang lebih sikit untuk mereka. Sure mereka boleh jadi manja macam baby dan tak degil lagi. Hiks!

6. Abaikan

6 Cara Handle Perempuan Keras Kepala

Jalan terakhir yang kaum lelaki boleh buat adalah abaikan saja perangai keras kepala mereka tu. Kalau dah macam-macam cara kita buat tapi dia masih nak ikut kepala sendiri, biarkan saja mereka dengan cara mereka.

Ada perempuan yang tak suka dinasihati atau ditegur, jadi kalau korang masih boleh bertahan, stay. Kalau tak, faham-faham sendiri la ye. Hehe..

Sebenarnya, tak kisah la kalau pasangan korang tu sejenis keras kepala ke apa, paling penting adalah cara komunikasi yang baik. Setiap masalah boleh diselesaikan jika kedua-duanya boleh dibawa berbincang. Okay? Case closed!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI