Tak kira berapa kerap korang bersihkan habuk yang melekat pada komputer, ia tetap saja bertebaran bebas dan mengganggu rutin pekerjaan kerana boleh membuatkan korang asyik rasa nak terbersin.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk memastikan komputer sentiasa bersih dan terhindar daripada kotoran habuk.
Jom check 6 cara mudah yang korang boleh try ni!
1. Lap skrin
Bagi menghilangkan kotoran habuk di komputer, ramai yang sering menggunakan kertas tisu untuk mengelap skrin. Namun begitu, kotoran tersebut akhirnya jatuh ke bawah dan melekat pada keyboard
.Selain itu, kain lap yang kasar akan meninggalkan kesan dan lebih teruk lagi, ia mampu untuk mencalarkan skrin komputer.
Hanya kain microfiber yang sesuai untuk membersihkan skrin komputer. Jenis fabrik ini tidak meninggalkan kesan dan ia cukup lembut untuk mengelap skrin.
2. Guna cuka putih untuk kesan yang lebih baik
Jangan sesekali menggunakan bahan-bahan pembersih daripada alkohol, ammonia atau aseton. Cecair yang agresif ini boleh mengeluarkan cat daripada setiap button pada keyboard dan boleh merosakkan skrin komputer korang.
Untuk lebih selamat, gunakan cuka putih yang dicampur bersama air sebagai bahan pembersih. Celupkan sedikit pada kain lap dan gunakannya dengan selamat.
3. Hapuskan calar
Gunakan sedikit ubat gigi untuk kerja-kerja menggilap. Namun, jangan terlalu banyak dan calit kan pada kain microfiber
, kemudian lap pada skrin komputer.Biar sehingga kering dan selepas itu, lap dengan kain yang sedikit basah.
4. Guna hairdryer
Kotoran habuk pada keyboard dapat dikeluarkan dengan mudah oleh alat pengering rambut. Teknik ini juga boleh digunakan untuk mengeluarkan kotoran daripada unit sistem:
a. Cabut wayar komputer dan keluarkan wayar tersebut. Cabut dinding CPU dengan pemutar skru.
b. Tiup unit tersebut dengan menggunakan suhu yang tidak panas.
5. Bersihkan habuk dari tempat yang sukar
Untuk membersihkan habuk di kawasan yang sukar, korang boleh menggunakan bulb syringe. Ia mudah untuk meniup keluar habuk dari tempat seperti radiator dan CPU.
6. Bersihkan keyboard
Kawasan mungkin agak leceh untuk dibersihkan kerana kedudukan keypad yang berlubang-lubang. Apa perlu korang buat? Ikuti cara ini untuk membersihkannya:
a. Sama seperti tadi, korang juga boleh menggunakan cuka putih yang dicampur dengan air, kemudiankan celupkan sedikit pada kain microfiber dan bersihkan di celahan-celahan butang keypad tersebut.
b. Ambil apa-apa alatan yang nipis seperti pisau sapu mentega dan tutup bahagian hujung pisau tersebut dengan kain microfiber. Kotoran dapat dikeluarkan dengan mudah.
Nah, lepas ni tak ada lagi alasan nak tengok komputer korang penuh habuk kan? Guna saja cara yang dikongsi ini kerana sememangnya mudah dan berkesan.
Semoga bermanfaat.