Gaya Neelofa semalam di Instagram sekali lagi mencetuskan perdebatan.
Ini bukanlah kali pertama pilihan pakaian Dewi Remaja 2009/2010 ini menjadi topik perbualan ramai. Lelaki pun sibuk juga nak komen banyak-banyak! Ingatkan perempuan je yang care tentang fesyen.
Jom lihat 6 situasi berbeza ketika Neelofa yakin berfesyen. Yang pasti, penulis rasakan keyakinan diri itu sangatlah penting untuk korang menjadi fesyenista – and she has it in her.
06
Tak semua orang boleh afford untuk mendapatkan dress daripada Issey Miyake, tetapi penulis rasa korang boleh je dapatkan design seakan sama daripada butik seperti H&M, ZARA atau Forever 21. Cuma, tak semua orang boleh gayakan rekaan abstrak seperti yang dipakai oleh Lofa.
Warna vibrannya membuatkan hitam menjadi pilihan tepat untuk padanan kardigan dan but.
Kalau Neelofa pakai : Issey Miyake
Kalau penulis pakai : Nampak macam lukisan mural di sekolah.
05
Comel sangat bila Lofa memadankan pant suit dalam fabrik yang sama. Nampak lebih sofistikated tetapi masih fun kerana padanan warna hijau dan merah jambu.
Ads
Rekaan jenama Bally ini nampak lebih menyakinkan apabila Lofa memakai cermin mata dempak tu.
Kalau Neelofa pakai : Bally
Kalau penulis pakai : Ketua pengawas.
04
Okay, this is very brave of her dan tak semua orang boleh pull off look seakan ini.
Padanan baju kemeja putih dan apa yang kami rasakan sweatshirt yang dijadikan turban ini nampak kasual dan sangat bersahaja. Kerana rasa kasual itulah, aksesori anting-anting, keronsang dan pembayang mata glitter nampak lebih menonjol.
Kalau Neelofa pakai : Casual Chic.
Kalau penulis pakai : Baru keluar dari bilik mandi.
Ads
03
Foto ini diambil semasa Lofa berada di Rome, Itali sempena penggambaran Ti Amo Sweetheart bersama Zul Ariffin.
Tiadalah yang pelik mengenai gaya Lofa ini, cuma hanya orang yang berkeyakinan tinggi saja yang akan memakai pakaian berwarna matchy-matchy seperti ini. Tracksuit with heels? Penulis tak pernah lagi mencubanya. Tetapi Lofa sudah membuktikan dia mampu menjadikan street wear itu fashionable.
Kalau Neelofa pakai : Gadis Rome.
Kalau penulis pakai : Budak gym baru nak up.
02
Ini merupakan antara pakaian hangat (literally) yang mencetuskan polemik kontroversi, gituhh..
Suit over sized yang baru diambil daripada koleksi Marc Jacobs ini menjadi topik perbualan semua orang pada bulan Mei lalu. Ia turut menjadi sumber inspirasi kepada foto dan video parodi viral pada masa itu. All thanks to Lofa. Walaupun model di pentas runway jauh lebih tinggi daripadanya, Lofa masih membuktikan dia mampu untuk menggayakan suit tersebut.
Ads
Kalau Neelofa pakai : Magazine cover worthy.
Kalau penulis pakai : Buah mandarin berpoket depan.
01
Sebenarnya, ada banyak lagi pakaian kontroversial yang pernah disarungkan Lofa sebelum ini. Namun, kebanyakan cepat reda daripada terus menjadi topik perbualan semua orang. Stail tailored pantsuit dengan turban serta beg tangan Lofar by Sometime berwarna merah hati ini pantas dijadikan memes netizen. Penulis pun tak tahu mana silapnya pada gaya ini, but I think it suits her well.
Ia ringkas, sepadan (seperti kebiasaan, idea warna matchy-matchy) dan clean. Okay je.
Mungkin ramai yang tak biasa dengan gaya seperti ini. Bak kata salah seorang follower Lofa di Instagram, “She is way ahead of our time.”
Kalau Neelofa pakai : Model iklan jenama fesyen seperti Dior atau Victoria Beckham.
Kalau penulis pakai : Topi baldi. What do you mean..?
Apa-apa pun, Lofa sangat yakin dalam berfesyen dan tidak pedulikan kata-kata orang lain. Penulis ingat lagi kata-katanya, tak lama dahulu:
“Don’t be afraid to fail, be afraid not to try.” – Neelofa.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi Aepul Roza meluahkan rasa syukur kerana diberikan peluang untuk beraksi dalam The Hardest Singing Show (THSS) walaupun berada di kedudukan dua paling bawah pada minggu ketujuh dengan markah 82.72%.
Katanya, komen positif para juri pada Ahad lalu tidak semestinya akan menempatkan dirinya di kedudukan terbaik dan dia menganggap peluang yang diberikan kali ini sebagai satu rezeki.
“Begitulah kita dalam kehidupan, adakala kita di atas, adakala kita dibawah tapi yang penting jangan mengalah dan input yang juri bagi tadi pun cukup menggembirakan hati saya termasuk reaksi penonton sebab itu tujuan saya perform”
“Untuk menyediakan persembahan yang dirasai oleh mereka yang melihat dan mendengar, jadi saya dah capai objektif itu. Saya percaya keputusan atas ke bawah ke, itu bergantung kepada rezeki dan saya yakin ada yang cakap kenapa ada komen positif tapi masih di kedudukan dua terbawah”
“Mungkin sebabnya adalah peserta lain lebih hebat dan ini bukan rezeki saya minggu ini, alhamdulilah saya dah buat yang terbaik. Tapi peserta yang lain lebih baik!”
Aepul menjelaskan dia akan mencuba dengan lebih baik pada minggu hadapan tetapi apa yang lebih penting baginya adalah kepuasan hati para penonton dan juri yang melihat persembahannya.
Disoal mengenai persembahan minggu ketujuh, Aepul berpuas hati kerana membawakan lagu M.Nasir Mentera Semerah Padi dan penyampaiannya telah mencapai objektif yang diinginkan. Dia juga turut berterima kasih kepada pelakon Johan As’ari kerana sudi menjayakan persembahan yang penuh semangat pada malam tadi.
“Setakat ini saya dah capai banyak kejayaan melalui rancangan ini. Kejayaan yang saya dapat sampaikan persembahan yang baik, dan melihat reaksi penonton yang suka dengan apa yang saya sampaikan pun dan sempat buat satu pentas dengan sahabat saya (Johan As’ari) pun sudah cukup untuk saya”
Sekadar info, THSS akan berlangsung selama 10 minggu dan dikendalikan oleh dua orang pengacara iaitu Nabil Ahmad dan Rina Nose. Setiap persembahan diadili oleh barisan juri profesional iaitu Edry Abdul Halim, Datuk Rossa dan Zizan Razak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
REMAJA yakin ramai antara korang menyimpan cita-cita atau pernah ada cita-cita untuk bergelar sebagai seorang cikgu.
Pernah tak korang bayangkan jika menjadi seorang cikgu subjek apakah yang korang akan ajar nanti? Dan mengapakah agaknya korang memilih subjek itu untuk dicurahkan ilmu kepada anak bangsa.
Jom kita sama-sama try kuiz ini. Btw, this is for fun only… jangan pula kamu ambil terlalu serius. Hiks!
Pernahkan kita membaca kisah segelintir masyarakat dikasari oleh agen pemungut hutang yang dilantik oleh pihak bank untuk mengutip hutang tertunggak dari pelanggan.
Bermula dari menelefon memaklumkan ada hutang tertunggak, diberikan tempoh masa tertentu untuk bayaran balik, ada ketikanya perasaan malu mula timbul bila agen pemungut hutang mula datang ke pejabat atau rumah untuk mendapatkan wang tertunggak termasuk berani bertanya kepada jiran dan rakan sepejabat di mana anda berada.
Untuk pengetahuan korang, jika identiti anda cuba dikorek oleh agen pemungut hutang sama ada melalui jiran, rakan sepejabat, ia adalah satu KESALAHAN DI BAWAH AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 (AKTA 709).
Baca ingatan yang dikeluarkan Polis DiRaja Malaysia ini melalui laman rasmi fbnya.
Apa Hak Anda?
Bank Negara Malaysia (BNM) telah menggariskan beberapa panduan yang perlu diikuti oleh ejen pengutip hutang. Proses pemungutan hutang perlu dilakukan dengan mengikut undang-undang, termasuk melindungi privasi sewaktu mengutip hutang.
Di bawah garis panduan yang disediakan, pihak bank yang menggunakan ejen pengutip hutang perlu pastikan:
Memupuk standard professionalisme yang tinggi sewaktu mengutip hutang.
• Memastikan ejen menggunakan tindakan yang beretika dalam mengutip hutang.
• Tidak menggunakan kekerasan.
• Memberikan notis pemberitahuan terlebih dahulu kepada penghutang.
• Menunjukkan kad kuasa.
• Memastikan maklumat penghutang tepat dan jelas.
• Mematuhi undang-undang berkaitan perlindungan maklumat dan privasi.
Tak kisahlah kalau yang datang body macam nie tapi korang kena tahu hak korang ok, gambar hiasan
Memang peningkan bila agen pemungut hutang mula call tapi adalah menjadi salah kesalahan kalau mereka cuba dapatkan maklumat peribadi anda melalui kawan-kawan atau jiran tetangga
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709)
Akta ini memainkan peranan penting untuk melindungi hak individu bagi mengelakkan syarikat menjual, berkongsi, atau menggunakan maklumat anda bagi kepentingan pihak ketiga. Jika anda dapati ejen pengutip hutang telah menggunakan maklumat anda untuk memalukan atau memaksa anda membayar hutang (seperti mendedahkannya kepada rakan-rakan), mereka telah melanggar peraturan di bawah akta ini
Pengutip Hutang Tidak Boleh Mengancam Anda
Pengutip hutang tidak boleh mengancam anda dan juga menggunakan tindakan yang luar dari undang-undang untuk memaksa anda membayar hutang tersebut. Ini termasuklah menceroboh ataupun membuat kerosakan. Mereka juga tidak dibenarkan untuk mengikuti anda dari tempat kerja, dan juga mengintip lokasi anda.
Bagaimana Cara untuk Membuat Aduan?
Anda boleh memfailkan aduan dengan bank berkenaan jika ejen pengutip hutang melanggar etika di atas. Jika anda tidak berpuas hati dengan cara bank menangani aduan anda, anda boleh failkan aduan anda terus ke
Bank Negara Malaysia di:
BNMTELELINK (Pusat Hubungan Pelanggan)
1-300-88-5465
bnmtelelink@bnm.gov.my
Waktu operasi: 9:00 am – 5:00 pm (Isnin – Jumaat)
BNMTELELINK (Pejabat Pusat Khidmat Pelanggan)
BNMLINK atau Bank Negara Malaysia Laman Informasi Nasihat dan Khidmat membantu orang ramai dan ahli perniagaan mengenai isu dan aduan berkaitan dengan produk dan perkhidmatan kewangan. Ini termasuk khidmat nasihat kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berkaitan dengan akses kepada pembiayaan, pengesahan status dan laporan kredit (CCRIS), prosedur pentadbiran pertukaran asing, serta pertanyaan tentang skim kewangan secara haram.
Pihak bank akan menghantar notis pemberitahuan kepada anda untuk membayar hutang terlebih dahulu, jangan abaikan panggilan telefon, surat, atau notis emel dari bank berkenaan dengan pembayaran pinjaman anda. Hubungi pihak bank sekiranya anda mengalami masalah membuat bayaran semula. Bank boleh menawarkan penstrukturan semula bayaran bagi membantu anda kerana pihak bank juga ingin mengurangkan jumlah pinjaman tidak berbayar (non-performing loans).
Segera hubungi pihak berkuasa sekiranya wujud kekerasan yang digunakan oleh ejen pengutip hutang.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terbaru, kempen Remaja On Road yang dibawakan khas oleh REMAJA dan jenama terkenal, Kewpie kembali memeriahkan suasana Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 16 April,...