6 Gaya Fesyen Neelofa Yang Perlukan Keyakinan Tinggi Untuk ‘Pull It Off’

Share

Isi Kandungan

Toggle

 

Gaya Neelofa semalam di Instagram sekali lagi mencetuskan perdebatan.

 

Ini bukanlah kali pertama pilihan pakaian Dewi Remaja 2009/2010 ini menjadi topik perbualan ramai. Lelaki pun sibuk juga nak komen banyak-banyak! Ingatkan perempuan je yang care tentang fesyen.

Jom lihat 6 situasi berbeza ketika Neelofa yakin berfesyen. Yang pasti, penulis rasakan keyakinan diri itu sangatlah penting untuk korang menjadi fesyenista – and she has it in her.

 

06

Tak semua orang boleh afford untuk mendapatkan dress daripada Issey Miyake, tetapi penulis rasa korang boleh je dapatkan design seakan sama daripada butik seperti H&M, ZARA atau Forever 21. Cuma, tak semua orang boleh gayakan rekaan abstrak seperti yang dipakai oleh Lofa.

Warna vibrannya membuatkan hitam menjadi pilihan tepat untuk padanan kardigan dan but.

Kalau Neelofa pakai : Issey Miyake

Kalau penulis pakai : Nampak macam lukisan mural di sekolah.

 

 

05

Comel sangat bila Lofa memadankan pant suit dalam fabrik yang sama. Nampak lebih sofistikated tetapi masih fun kerana padanan warna hijau dan merah jambu.

Rekaan jenama Bally ini nampak lebih menyakinkan apabila Lofa memakai cermin mata dempak tu.

Kalau Neelofa pakai : Bally

Kalau penulis pakai : Ketua pengawas.

 

04

Okay, this is very brave of her dan tak semua orang boleh pull off look seakan ini.

Padanan baju kemeja putih dan apa yang kami rasakan sweatshirt yang dijadikan turban ini nampak kasual dan sangat bersahaja. Kerana rasa kasual itulah, aksesori anting-anting, keronsang dan pembayang mata glitter nampak lebih menonjol.

Kalau Neelofa pakai : Casual Chic.

Kalau penulis pakai : Baru keluar dari bilik mandi.

 

03

Foto ini diambil semasa Lofa berada di Rome, Itali sempena penggambaran Ti Amo Sweetheart bersama Zul Ariffin.

Tiadalah yang pelik mengenai gaya Lofa ini, cuma hanya orang yang berkeyakinan tinggi saja yang akan memakai pakaian berwarna matchy-matchy

seperti ini. Tracksuit with heels? Penulis tak pernah lagi mencubanya. Tetapi Lofa sudah membuktikan dia mampu menjadikan street wear itu fashionable.

Kalau Neelofa pakai : Gadis Rome.

Kalau penulis pakai : Budak gym baru nak up.

 

02

Ini merupakan antara pakaian hangat (literally) yang mencetuskan polemik kontroversi, gituhh..

Suit over sized yang baru diambil daripada koleksi Marc Jacobs ini menjadi topik perbualan semua orang pada bulan Mei lalu. Ia turut menjadi sumber inspirasi kepada foto dan video parodi viral pada masa itu. All thanks to Lofa. Walaupun model di pentas runway jauh lebih tinggi daripadanya, Lofa masih membuktikan dia mampu untuk menggayakan suit tersebut.

Kalau Neelofa pakai : Magazine cover worthy.

Kalau penulis pakai : Buah mandarin berpoket depan.

 

01

  

Sebenarnya, ada banyak lagi pakaian kontroversial yang pernah disarungkan Lofa sebelum ini. Namun, kebanyakan cepat reda daripada terus menjadi topik perbualan semua orang. Stail tailored pantsuit  dengan turban serta beg tangan Lofar by Sometime berwarna merah hati ini pantas dijadikan memes netizen. Penulis pun tak tahu mana silapnya pada gaya ini, but I think it suits her well.

Ia ringkas, sepadan (seperti kebiasaan, idea warna matchy-matchy) dan clean. Okay je.

Mungkin ramai yang tak biasa dengan gaya seperti ini. Bak kata salah seorang follower Lofa di Instagram, “She is way ahead of our time.”

Kalau Neelofa pakai : Model iklan jenama fesyen seperti Dior atau Victoria Beckham.

Kalau penulis pakai : Topi baldi. What do you mean..?

 

Apa-apa pun, Lofa sangat yakin dalam berfesyen dan tidak pedulikan kata-kata orang lain. Penulis ingat lagi kata-katanya, tak lama dahulu:

 

“Don’t be afraid to fail, be afraid not to try.” – Neelofa.

 

 

Published by
FZ