Satu berita gembira yang diterima rakyat Malaysia selepas pengumuman yang telah dibuat semalam oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan akan mengkaji kebenaran aktiviti pelancongan, termasuk kemungkinan membuka lebih banyak sektor susulan keputusan membenarkan rentas daerah dan negeri di kawasan PKPB bermula esok.
Mungkin ramai yang sudah mula merancang untuk membawa keluarga pulang ke kampung atau berehat sebentar di luar kota.
Kami pasti masih banyak tawaran hotel dan tempat-tempat beriadah yang memberikan diskaun promosi istimewa bagi menarik lebih ramai pengunjung.
Kali ini Remaja nak senaraikan antara hotel penginapan di bandar Georgetown. Ibu negeri Pulau Pinang ini antara lokasi pilihan masyarakat Malaysia untuk bercuti, lebih-lebih lagi mereka yang ingin membuat trip ‘Jalan-Jalan Cari Makan’. Berikut merupakan antara hotel di Georgetown dengan bajet bawah RM150, tertakluk pada waktu terdekat ini.
1. Royal Chulan Penang
Terletak hanya 300 meter daripada Clan Jetties of Penang, Royale Chulan Penang ini tersedia dengan kemudahan seperti kolam renang, restoran dan juga pusat gymnasium. Hotel ini juga menawarkan pemandangan bandar Georgetown yang pastinya menarik perhatian pengunjung.
Harga yang ditawarkan sekitar RM140+ untuk satu malam
2. Bayview Hotel Georgetown
Terletak kira-kira hanya 450 meter dari muzium dan Galeri Seni Negeri Pulau Pinang dan jarak 2 kilometer dari Jambatan Pulau Pinang. Hotel ini juga hanya 20km dari lapangan terbang Pulau Pinang.
Harga yang ditawarkan sekitar RM126+ untuk satu malam
3. Sunway Hotel Georgetown
Terletak betul-betul di tengah bandar Georgetown, Sunway Hotel menawarkan penginapan dengan harga yang sangat berbaloi. Hanya sekitar RM137 untuk dua orang bagi satu malam. Antara kemudahan lain yang ada di hotel ini adalah WiFi, kolam renang, restoran dan gymnasium.
4. Flamingo Hotel by the Beach
Terletak di Jalan Tanjung Bungah, Georgetown, setiap bilik di hotel ini disertakan balkoni, peti ais, penghawa dingin, kettle dan juga televisyen. Pastinya berbaloi dengan harga RM147 untuk satu malam.
5. Berjaya Penang Hotel
Terletak hanya 751 meter dari Gurney Plaza dan Gurney Paragon, 601 meter daripada Colonial Penang Museum, hotel ini menawarkan kemudahan dan perkhidmatan yang cukup baik dengan tawaran harga penginapan sekitar RM118.
6. Hotel Royal Penang
Hanya 5 minit pemanduan dari terminal feri Pulau Pinang, hotel ini dihubungkan terus ke Penang Plaza Shopping Complex. Terletak berhampiran dengan kawasan tempat makan tempatan yang terkenal, lebih kurang 15 minit berjalan kaki.
Hotel ini menawarkan harga serendah RM139.
Ha, amacam berbaloi tak? Sebelum naik harga lagi baik korang rancang perjalanan dan booking cepat. Hiks!
Apa-apa pun jangan lupa ikuti SOP yang telah ditetapkan. Jaga penjarakan fizikal dan sentiasa memakai pelitup muka.
Sumber: booking.com