6 Industri Yang Akan Meningkat Apabila Ekonomi Gawat, Korang Boleh Ambil Peluang Untuk Jana Pendapatan

Share

Situasi pandemik COVID-19 yang melanda dunia sekarang menyebabkan hampir seluruh ekonomi dunia terkesan dan ramai individu yang hilang pekerjaan serta tidak mempunyai pendapatan bagi mereka yang berniaga sendiri.

Menurut Majalah Labur, ada beberapa perkara yang kita perlu bersedia seperti lambakan rumah tidak terjual, lelongan rumah yang meningkat dan pinjaman tak berbayar juga akan meningkat. Situasi ini berlaku kerana masyarakat tidak menjalankan urusan jual beli dan berjumpa klien seperti biasa.

Namun begitu, situasi ini bukanlah satu mimpi buruk bagi rakyat Malaysia kerana bagi usahawan dan jutawan yang bijak mengambil peluang, mereka boleh menjalankan perniagaan dalam servis penting yang dicari oleh orang ramai, dalam keadaan seperti sekarang.

Nah, ini bukan scammer ya.

Berikut merupakan 6 industri yang dijangka akan meningkat apabila ekonomi gawat.

1. Kesihatan

Dalam keadaan apa sekali pun, rasanya korang juga tahu bahawa industry kesihatan memang sangat diperlukan di seluruh dunia. Bukan hanya yang bekerja di klinik dan hospital sahaja, tetapi mereka yang menjadi pembekal barangan kesihatan dan ubat-ubatan juga terlibat dalam industri ini.

2. Makanan dan minuman

Walaupun dalam keadaan ekonomi gawat, orang akan sentiasa mencari makanan dan minuman untuk kelangsungan hidup. Tidak lagi lepak di kafe-kafe luar, mereka lebih memilih untuk membeli secara online.

Maka tidak hairanlah sekiranya Grab Food, Food Panda dan sebagainya mendapat permintaan tinggi di waktu-waktu seperti ini.

Makanan frozen dan pes makanan juga mendapat demand dikalangan masyarakat yang lebih gemar untuk memasak sendiri.

3. Logistik

Perkhidmatan kurier dan logistik juga dilihat mendapat semakin meningkat naik sepanjang tempoh PKP ini. Ramai yang memilih untuk membeli barangan secara online, secara tidak langsung industry logistik seperti BungkusIT menjadi sibuk.

4. DIY

Daripada membeli sesuatu yang baru dimana melibatkan kos yang tinggi, ramai yang memilih untuk membaikinya terlebih dahulu. Ada yang mengambil inisiatif untuk menanam sendiri pokok tanpa perlu membeli di kedai.

Antara tanaman popular di rumah adalah seperti pokok cili, daun kari, daun pandan, pokok limau dan sebagainya.

5. Pakaian

Dalam situasi ekonomi yang sedang gawat, ramai diantara kita yang memilih untuk membeli pakaian murah dari bundle dan di kedai-kedai tanpa jenama yang jauh lebih murah. Pada waktu ini, tidak ramai yang ingin membeli pakaian berjenama.

6. Perkhidmatan & membaikpulih

Industri perkhidmatan atau khidmat membaikpulih seperti servis menjahit pakaian dan langsir, membaikpulih barangan elekrtrik, penghawa dingin, mesin basuh, peti sejuk dan sebagainya juga mungkin akan menerima permintaan yang tinggi kerana orang ramai tidak akan membeli barangan yang baru.

Perkongsian ini dikongsi oleh seorang konsultan kewangan di sebuah institusi kewangan di Malaysia dan juga perunding imej, Sarah Hata. Semoga idea ini dapat membantu memberi idea untuk korang menjana pendapatan di masa hadapan.

Sumber: Majalah Labur & Sarah Hata

Published by
Noor Ain Norman