Ads
Home Berita 6 Jenis Video Ini Dah Tak Boleh Load Di YouTube Lagi, Semuanya...

6 Jenis Video Ini Dah Tak Boleh Load Di YouTube Lagi, Semuanya Sebab…

Ads

Laman sosial YouTube telah membuang 8 juta video dari Oktober hingga Disember 2017 yang lalu. 6.7 juta darinya langsung tidak pernah ditonton oleh orang awam.

Kata Google dalam satu laporannya, video yang dibuang adalah bagi melindungi kepentingan syarikat yang merupakan pengendali video terbesar dunia. Masa yang sama, tindakan ini diambil demi menjaga kepentingan awam.

Jelas mereka lagi, 15.6 peratus dari video yang dibuang adalah video mengajak kebencian baik kepada manusia dan negara. 30 peratus darinya mengandungi unsur porno, 26.4 peratus video  memaparkan unsur kesesatan, 7.6 peratus memaparkan aksi berbahaya, 5.2 peratus kandungan memukul anak dan 1.6 peratus adalah terorisme.

Untuk pengetahuan, tindakan ini diambil adalah demi menjaga keamaman sejagat kerana jumlah penonton d YouTube adalah 1 bilion orang selain 1 juta video ditonton setiap hari.

Ads

6 Jenis Video Ini Dah Tak Boleh Load Di YouTube Lagi, Semuanya Sebab…

Secara jujurnya, dari atas kertas tindakan untuk mengawal semua kandungan video adalah sukar tetapi Google telah berjanji akan menggajikan seramai 10 ribu pekerja yang akan ditugaskan untuk fokus kepada isi kandungan yang melanggar peraturan ini.

Ads

YouTube ketika ini menjadi aset besar dan penyumbang besar bagi Alphabet malah untuk suku tahun pertama ini, mereka sudah mencatat keuntungan sebanyak USD 9.4 juta yang mana berlaku peningkatan keuntungan dari tahun sebelumnya iaitu USD 5.4 juta bagi kiraan suku tahun pertama tahun lalu.

Ads

Sebelum ini, YouTube kerap dikecam kerana mereka dianggap tidak serius dalam menangani isi kandungan video yang dipaparkan. Malah banyak video-videonya mengandungi unsur keganasan dan mengajak penonton terlibat dalam acara jenayah.

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI