Lip balm merupakan bff buat wanita, yelah ‘item’ ini mampu menjaga kecantikan dan kesegaran bibir lagi-lagi dibulan Ramadan ini. Lip balm merupakan item yang harus sentiasa di bawa ke mana-mana sahaja.
Tapi selain dioles dibibir untuk elak bibir kasar dan kering, siapa sangka ada beberapa trik dan fungsi ‘tersembunyi’ lip balm rupanya! Tapi yang pastinya ia juga boleh menjimatkan kos.
Mungkin agak pelik, namun menurut laman web Boldsky, ini fungsinya yang boleh membantu korang untuk pelbagai tip kecantikan yang ringkas tapi efisyen. Nak tahu apa lagi yang korang boleh gunakan selain dibibir? Jom ikuti tip di bawah bersama Remaja.
1. Sebagai Highlighter
Korang tahu tak, trik pantas untuk dapatkan kemasan berkilau pada tulang pipi? Jawapannya ialah Lip balm tanpa warna. Untuk pengetahuan korang lip balm mampu menambahkan kilauan dan menaikkan tulang pipi pada wajah hanya dalam beberapa saat je. Hanya perlu sapu seperti highlighter.
2. Eyeshadow Tahan Lebih Lama
Lip balm kegemaran korang juga boleh digunakan sebagai asas solekan. Tekstur Lip Balm yang halus membolehkan eyeshadow ‘blend’ dan menjadikannya tahan lebih lama.
3. Elak Melecet Pada Kaki
Melecet yang menyakitkan boleh membuat anda benci pada sepasang tumit tinggi baru. Triknya, ambil lip balm dan gosokkan ke tumit dan sisi kaki sebelum memakai kasut.
Tekstur licin bertindak sebagai penghalang dan mencegah menggosok dan menggeleber. Sekarang, tiada lagi rasa sakit di kaki.
4. Merapikan anak rambut
Sama ada di ubun kepala, rambut nakal sememangnya menjengkelkan serta merosakkan gaya rambut. Letak lip balm di antara jari dan sapu ke arah rambut dengan lembut.
Ia juga akan menjadikan rambut kamu kelihatan licin dan berkilat.
5. Makeup Remover
Sekiranya korang ingin membersihkan solekan mata yang degil akibat kesan waterproff (seperti maskara atau eyeliner), korang boleh je letakkan lip balm pada kapas dan gunakan sebagai makeup remover.
6. Kekalkan bentuk kening
Nak dapatkan bentuk kening yang baik selepas solekan punyalah susah. Tapi bila berpeluh sikit je, terus ghaib! Sapukan di bahagian hujung kening agar bentuknya terus kekal.
Banyakkan kan sebenarnya kegunaan lip balm ini, so kalau terdesak boleh la guna kan trik ini. Tapi pastikan korang beli lip balm yang tiada berperisa dan berwarna okay!
Sumber : Boldsky