Ramai wanita zaman sekarang kurang peka tentang cara menutup aurat dengan sempurna. Mereka lebih terpengaruh dengan aliran fesyen masa kini dalam pemakaian seharian.
Ada juga yang berpendapat, cukup sekadar mereka memakai tudung saja, tetapi perkara lain tidak diambil kira.
Oleh sebab itu, perlu dijelaskan beberapa antara kesilapan wanita tentang penjagaan aurat supaya kita lebih istiqamah untuk memperbaikinya.
Segelintir wanita memakai tudung secara longgar dan menayang sebahagian rambut di bahagian depan atau hujung rambut mereka. Sehelai rambut yang dilihat oleh lelaki, satu dosa yang anda akan dapat.
Bertudung, tapi kainnya nipis dan singkat sehingga boleh menampakkan sanggul, leher dan dada. Paling penting, pemakaian hijab perlulah menutup bahagian dada.
Mungkin dah terbiasa memakai pakaian semasa belum berhijab, ada juga segelintir wanita yang bertudung tapi masih memilih untuk memakai pakaian ketat seperti berbaju sendat dan berseluar ketat.
Seperti yang dinyatakan tadi, ada juga wanita yang sekadar memakai tudung tapi tidak menjaga pakaiannya. Contohnya, memakai t-shirt lengan pendek. Hukumnya masih dikira tidak menutup aurat seperti yang dikehendaki oleh syarak.
Kaki juga adalah sebahagian daripada aurat wanita. Cara paling mudah nak faham, macam mana aurat anda sewaktu solat, macam tu juga la aurat di luar solat. So, kaki, lengan, rambut dan tubuh badan adalah aurat.
Fesyen tudung sanggul bonggol unta juga adalah antara yang haram dipakai.
Walau bagaimanapun, kita harus akur tiada manusia yang sempurna. Tapi, sebaik-baik manusia adalah yang mahukan perubahan dan berusaha untuk menjadi lebih baik.
Do it slowly girls, insyaAllah.
Sumber: islamituindah.info