6 Langkah Di Pusat Mengundi Yang Perlu Kamu Tahu Sebagai First Timer

Share

Isi Kandungan

Toggle

Korang sudah daftarkan diri sebagai pengundi yang sah belum?

 

Jika ya bagus, tapi jika belum ada masa lagi untuk korang mendaftarkan diri, caranya mudah saja.

Tahun ini, Malaysia akan melalui Pilihan raya Umum ke-14. REMAJA pasti, ramai di antara korang akan merasai pengalaman menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi buat kali pertama. Jadi apa sebenarnya yang akan berlaku semasa membuang undi kelak?

 

* * * * *

01

Periksa Lokasi Mengundi

Walaupun mudah tapi selalu diambil remeh. Periksa lokasi mengundi masing-masing di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.

Pastikan korang datang awal ke pusat pengundian. Beratur dengan tertib dan masuk hanya setelah dibenarkan oleh pegawai polis yang mengawal di pintu. Waktu mengundi selalunya bermula dari jam 8 pagi sehingga 5 petang

 

* * * * *

02

Serahkan Kad Pengenalan Diri

Selepas dibenarkan masuk, serahkan MyKad berserta slip semakan kepada Kerani Pengundian Pertama. Tunjukkan tangan untuk pemeriksaan dan pastikan tiada sebarang calitan dakwat kekal pada jari.

 

* * * * *

03

Calit Dakwat Kekal

 

Terus gerak ke hadapan menuju Kerani Pengundian Kedua. Di sini, korang perlu meletakkan jari di atas pad dakwat yang disediakan. Kakitangan SPR akan membuat calitan pada jari telunjuk dengan menggunakan dakwat kekal. Selepas selesai, tunggu sehingga nama dipanggil.

 

* * * * *

04

Dapatkan Kertas Undi

 

Selepas jari ditandakan dengan dakwat kekal, Kerani Pengundian Pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama kamu dalam buku daftar pemilih. Kemudian, kamu boleh terus bergerak mendapatkan kertas undi daripada Kerani Pengundian Ketiga.

 

* * * * *

05

Tanda Dengan Simbol Betul

Sekarang tiba masa yang paling penting dalam proses pengundian. Bawa kertas undi ke petak undi. Baca dengan teliti dan kenal pasti calon pilihan.

Ingat, undi adalah rahsia. Tandakan ‘X’ pada ruang calon pilihan kamu. Jangan tandakan apa-apa jenis simbol selain ‘X’. Dan paling penting, pilih SATU calon sahaja. Selesai membuat pilihan, masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing iaitu untuk Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.

 

* * * * *

06

Selesai, tetapi…

Keluar dari tempat mengundi dengan kadar segera. Jangan berlengah-lengah dan berbual-bual dengan pengundi lain sehinggalah kamu keluar dari tempat mengundi. Ini bagi melancarkan proses pengundian dan tidak mengganggu petugas dan juga orang lain.

Lepas tu, tengoklah TV, Twitter & laman web serta portal yang boleh dipercaya untuk ketahui keputisannya.

Published by
FZ