6 Langkah Mudah Untuk Elakkan Diri Jadi Semput Semasa Fun Run

Share

Jika sepuluh tahun yang lalu, semua orang bercakap mengenai aktiviti marathon (atau jogathon bagi mereka yang lebih berumur, ingat tak !).

Lima tahun lalu, trend memanjat bukit atau gunung pula hangat diperkatakan. Sehingga kini, terdapat banyak grup hiking yang menyediakan khidmat sebagai ranger ketika aktiviti memanjat. Namun, sejak awal tahun lalu, aktiviti fun run semakin mendapat tempat di kalangan peminat gaya hidup aktif.

Semakin lama, semakin berkembang penglibatan peserta yang menyertainya. Dulu sekadar peserta yang betul-betul ke gim dengan badan berotot je yang sertai fun run, tetapi kini tidak lagi. Banyak aktiviti fun run yang melibatkan golongan remaja, keluarga, secara berkumpulan malah yang khas untuk warga emas pun ada!

Walaupun nampak seperti fun (yelah, nama pun fun run), namun ia sebenarnya memerlukan kudrat dan stamina yang tinggi untuk menamatkkan larian korang. Tak kisahlah 5 km ke, 10 km ke, nak berjalan atau berlari sekencang angin sekalipun. Semua peserta perlu tahu asas stamina badan untuk mempersiapkan diri sebelum menyertai fun run.

Percaya tak kalau REMAJA cakap, 10 hari sebelum hari larian pun korang sempat nak practice. Macam mana? Haa, ni ENAM langkah mudah yang boleh korang praktikkan bermula hari ini. Mana tahu, boleh menang pula hehe.

1. Persediaan Awal

via GIPHY

Walaupun hari larian itu masih berbaki 8 hingga 10 hari lagi, tidak bermakna korang tidak boleh memulakan persediaan dengan lebih awal. Untuk fun run, sebolehnya tak perlulah nak dibawa semuanya ke lokasi nanti walaupun korang perlu bersiap sedia dengan apa jua kemungkinan yang boleh berlaku pada hari tersebut seperti kecederaan ringan.

Pack light but be prepared! Antara barangan yang wajib ada termasuklah: pakaian sukan, kasut trainers, tuala bersaiz sederhana, baju lightweight yang akan ditukar kemudian, air, snek ringan, plaster, balutan muscle support (jika perlu), wang, telefon, beg pinggang untuk menyimpan barangan berharga dan ubat-ubatan jika korang perlu mengambilnya.

2. Dapatkan Tidur Secukupnya

via GIPHY

Normal-lah untuk mana-mana peserta merasa debaran pada malam sebelum larian terutamanya jika korang ada seorang first timer. Jangan risau, selalunya larian sejauh 5 kilometer dan 10 kilometer is all about having fun! Jadi, cuba untuk relakskan badan dan tidur secukupnya supaya korang berasa bertenaga sebelum hari kejadian.

3. Jangan Skip Makan

via GIPHY

Jangan sesekali bersikap ego dan berkata, “Alah, aku tak perlukan breakfast lah. Nanti takut nak muntah masa lari.” Setiap peserta fun run masih perlu mengambil sarapan pada hari tersebut agar tak mudah diancam situasi cramps. Aturkan jadual makanan yang perlu diambil pada hari larian. Bagaimana? Mudah saja kerana badan korang akan memberi signal jika kamu memerlukan energy snack sebelum berlari. Sediakan saja snek tersebut di dalam beg.

Antara pesanan ‘popular’ yang selalu diberi peserta berpengalaman lain termasuklah mengambil sumber karbohidrat, tapi jangan pula korang lupakan sumber protein kerana ia juga penting untuk memberi tenaga.

4. Lakukan Dynamic Stretching Sebelum Berlari

Namanya saja sudah menjelaskan apa kelebihan jika korang lakukan senaman mudah ini sebelum larian. Dynamic stretching memerlukan korang untuk merenggangkan badan agar otot badan tak terkejut semasa larian.

Dynamic stretch akan merenggangkan tisu lembut badan sehingga maksima selama 3 ke 6 saat. Dengan cara ini, otot mengembang dan membantu badan untuk kekal seimbang dan coordinated semasa berlari. Macam dalam video tutorial di bawah:

5. Kekalkan Hidrasi Badan

via GIPHY

Sudah tentulah semasa fun run, korang perlu menggantikan air peluh yang sudah dinyahkan dengan kandungan air tetapi air jenis apa? Air suam, diluted juice dan sports drink adalah antara pilihan yang baik. Jika kamu hanya berlari kurang dari sejam, air suam saja sudah memadai.

Namun, jika korang menyertai fun run yang memakan masa lebih dari sejam, REMAJA cadangkan korang untuk mengambil minuman yang mengandungi gula dan sodium agar tempoh recovery badan itu lebih singkat.

6. Akhir Sekali, Just Have Fun Lah!

via GIPHY

Apalah makna menyertai fun run kalau korang tak enjoy habis! Contohnya seperti The Music Run™ yang akan dianjurkan AIA Vitality esok! Jika pada tahun lalu kita ada zon muzik bertema seperti Rock, Pop, Old School, Hip Hop dan Dance. The Music Run™ yang akan berlangsung di KL Sports City pada tahun ini akan menampilkan DJ Sam Withers dari Australia.

Jika korang akan menyertainya esok, jangan lupa untuk hashtag #LiveTheBeat okay. See you there!

Published by
FZ