Boleh dikatakan apa sahaja lokasi penggambaran yang menarik ditayangkan di dalam filem atau drama luar negara, sudah pasti menjadi tumpuan masyarakat di negara kita sewaktu melancong ke sana.

Jika sebelum ini, filem Ada Apa Dengan Cinta 2 yang menjalankan penggambaran di Jogjakarta mendapat perhatian selepas ditayangkan di Malaysia, kini sebuah lagi drama Korea pula, Crash Landing On You bakal menjadi tumpuan pelancong untuk merakamkan momen yang sama seperti dalam drama trending tersebut.

Berikut merupakan antara beberapa tempat lokasi pengambaran Crush Landing On You yang korang boleh singgah sekiranya bercuti ke Korea.

1. Cheongsan Arboretum

6 Lokasi Penggambaran Crash Landing On You Yang Korang Boleh Cari Kalau Bercuti Ke Korea

Kalau korang masih ingat dengan adengan romantik Ri Jeong Hyeok membonceng Yoon Se Ri menaiki basikal ketika melewati pepohon di Cheongsan Arboretum. Disini terdapat lebih daripada 200 jenis bunga liar, pokok dan tanaman air seperti teratai dan bunga lili. Khabarnya, korang memerlukan lebih kurang dua jam untuk mengelilingi satu taman botani ini.

Biasanya penduduk disini akan berkunjung ke tempat ini pada bulan Julai dan Ogos untuk meraikan Festival Teratai Taean yang dipenuhi dengan lotus. Bayangkan kalau korang ke sini, mesti banyak port untuk ambil gambar OOTD?

Ads

2. Hutan Seogwipo

6 Lokasi Penggambaran Crash Landing On You Yang Korang Boleh Cari Kalau Bercuti Ke Korea

Hutan yang terletak di Pulau Jeju ini antara lokasi menarik yang korang boleh kunjungi kerana tempatnya yang nyaman, sesuai untuk menenangkan fikiran dan lari daripada kesibukan kota.

Lokasi ini juga adalah tempat dimana pertama kali mereka bertemu, ketika Yoon Se Ri tersangkut di atas pokok.

3. Wolfgang Steakhouse

6 Lokasi Penggambaran Crash Landing On You Yang Korang Boleh Cari Kalau Bercuti Ke Korea

Ads

Restoran mewah yang terletak di Kawasan Gangnam ini menjadi tempat makan malam di dalam adengan drama tersebut. Khabarnya restoran ini memang popular di seluruh dunia kerana pemiliknya memilki 40 tahun pengalaman bekerja sebagai pelayan di Peter Luger Steakhouse, salah satu restoran steak paling sukses di New York.

4. Tangeum Lake Rainbow Bridge

6 Lokasi Penggambaran Crash Landing On You Yang Korang Boleh Cari Kalau Bercuti Ke Korea

Jambatan ini menjadi saksi apabila Ri Jeong Hyeok dan Yoon Se Ri meluahkan perasaan antara satu sama lain. Lokasi ini sangat sesuai untuk dijadikan tempat ‘dating’ dan ia akan mengeluarkan lampu dalam bentuk warna pelangi setelah matahari terbenam.

Ads

5. Pocheon Hantan River Sky Bridge

6 Lokasi Penggambaran Crash Landing On You Yang Korang Boleh Cari Kalau Bercuti Ke Korea

Disinilah tempat Ri Jeong Hyeok mengingat kembali sewatu di Switzerland dimana dia meminta wanita yang kelihatan seperti sedang mempunyai masalah untuk mengambil gambarnya bersama Seo Dan. Dia tidak tahu bahawa dia akan menyelamatkan nyawanya. Momen sweet ini berlaku di Sungai Hantan Sky Bridge Pochen, Korea Selatan.

6. Seonnyeo Rock Beach

6 Lokasi Penggambaran Crash Landing On You Yang Korang Boleh Cari Kalau Bercuti Ke Korea

Lokasi ini adalah adengan dimana Hyun Bin tiba setelah merangkak melalui terowong bawah tanah yang menghubungkan Korea Utara ke Korea Selatan. Ia menyusuri garis pantai yang terletak di Kota Incheon.

Okay macam mana, agak-agak ada yang merancang nak ke Korea ke? Korang bolehlah cari tempat yang kami senaraikan ini untuk melihat sendiri lokasi penggambaran CLOY. Nanti bolehlah ambil gambar banyak-banyak share dengan kami. Hiks!

Sumber: kompas.com

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI