Kewujudan makhluk halus tidak harus dipertikaikan kerana sememangnya mereka benar-benar wujud. Segelintir masyarakat kita masih lagi enggan mempercayainya dan menganggap perkara sebegini adalah karut semata-mata.

REMAJA ingin berkongsi 6 tempat yang paling seram di Malaysia untuk korang yang masih tidak mempercayai kewujudan makhluk halus ini. Moga ia dapat dijadikan sebagai rujukan untuk kamu mencari jawapan sama ada makhluk halus ini benar-benar wujud atau tidak.

1. Highland Tower

Merupakan tragedi runtuhan pertama dan terburuk yang berlaku di Malaysia pada 11 Disember 1993 di kondominium Taman Hillview, Ulu Klang. Seramai 48 orang menjadi mangsa korban menyayat hati ini.

Selepas kejadian itu, pelbagai kisah seram telah berlaku di tapak runtuhan tersebut. Antaranya, kelihatan kelibat makhluk tanpa kepala dan suara wanita menangis di tengah malam. Malah, kisah seram ini juga turut difilemkan di Malaysia.

2. Lebuhraya Karak

Berikut merupakan kompilasi beberapa buah kisah seram mengenai lebuh raya ini.

• FRU bertembung

Antara kemalangan yang paling popular adalah pada 20 Januari 1990, di mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU yang berlaku pertembungan di antara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 biji kereta

.• Tidur di Genting Sempah

Ads

Kawasan ini dikatakan menjadi tempat rehat bagi kebanyakan pemandu lori untuk tidur sebentar. Tidak sah kalau tidur di situ tanpa kena ’tegur’.

• Volkswagwen kuning

Biasanya, pemandu akan dikacau selepas terowong Karak dengan memotong kereta kamu dan selepas itu kereta itu akan dibawa perlahan tanpa pemandu.

Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.

3. Amber Court, Genting Highland

Bangunan berkembar di pinggir Genting Highland yang dikatakan berhantu ini merupakan sebuah lokasi yang sering berlakunya kes bunuh diri bagi orang yang kalah judi di sana.

Terdapat pelbagai kisah seram yang berlaku, antaranya adalah kejadian aneh seperti televisyen terpasang sendiri dan penginap juga pernah menemui satu lembaga tanpa kepala sedang mendukung anak di dalam lif.

Ads

4. Taman Tema Mimaland, Gombak

Terkenal pada era 1980-an dan mula dibina pada tahun 1971. Satu kemalangan telah terjadi di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura.

Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya bagi dilakukan kerja-kerja penambahbaikan.

Pada Mei 1994 pula, berlaku kerosakan pada dinding kolam renang yang sama yang berpunca daripada kejadian kecil tanah runtuh hingga menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut. Sekali lagi, kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.

Kini lokasi Mimaland terbiar begitu sahaja dan ramai juga orang bercerita mengenai kisah seram di lokasi tersebut antaranya kelibat manusia tanpa kepala dan sering kedengaran suara menyeramkan di kawasan itu apabila senja menjelma.

5. Institusi St Michael, Ipoh

Sekolah ini telah digunakan oleh tentera Jepun sebagai ibu pejabat mereka.  Pada ketika itu tentera Jepun sering menggunakan sekolah ini untuk menjalankan aktiviti penyeksaan terhadap tawanan perang.

Ads

Terdapat banyak terowong yang dibina untuk tujuan penyeksaan dan penyimpanan makanan. Kawasan paling berhantu di sekolah ini ialah di gereja kecil yang terletak di sekolah ini, di mana sering kelihatan seorang mubaligh Kristian berjubah hitam tanpa kepala duduk berdoa menghadap ke pintu pada waktu pagi.

6. Victoria Intitution, Kuala Lumpur

Semasa pendudukan Jepun, ramai askar British diseksa dan dibunuh di sekolah ini terutama di ruang bawah tanah. Banyak kejadian kerasukan di mana para pelajar akan berkelakuan pelik dan ganas serta mencederakan orang di sekelilingnya.

Amacam, pernah dengar tak kisah seram yang berlaku di lokasi kami senaraikan ni?

 

 

 

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI