6 Pelajar Orang Asli Cemerlang SPM Terima Insentif Kerajaan Pahang

Share

 

Insentif istimewa telahpun dihulurkan oleh kerajaan Pahang dan Menteri Besarnya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail kepada enam orang pelajar Orang Asli yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Menerusi insentif ini, Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKAO) Pahang iaitu Johari Alwi berharap agar ia dapat meningkatkan semangat dan kesungguhan pelajar Orang Asli lain di Pahang (dan di seluruh negara) untuk berusaha memburu kejayaan dalam bidang akademik.

Majlis penyampaian insentif yang dilangsungkan di Pejabat Menteri Besar Pahang semalam membabitkan enam pelajar berikut :

Nurul Alieya Syuhada Idrus (SMA Persekutuan Bentong) : 11A

Jeremy Josuazent Ko (SMK Rompin Permai) : 9A

Lin Lin Low Yoke Thong (MRSM Muadzam Shah) : 9A

Hoo Siew Kuan Hoo Lew Aun

(MRSM Muadzam Shah) : 8A

Asriana Nadira Azlan (SMK Kuala Lanar) : 8A

Ng Soek Yen Ng Mooi Yong (SMK Tengku Abdullah Pekan) : 8A

*

Bercakap kepada rakan pemberita, salah seorang penerima iaitu Nurul Alieya Syuhada berpendapat segala kejayaan ini diraih selepas berusaha sepanjang tahun.

“Saya tidak sangka mendapat keputusan 11A kerana saya hanya memperolehi 7A dalam peperiksaan percubaan.

“Sokongan guru, rakan-rakan dan keluarga menjadi pencetus kejayaan,” katanya yang bercita-cita menjadi seorang doktor gigi.

Tahniah korang!

ARTIKEL BERKAITAN : Carilah Minat, Bukan Kejar ‘A’ Semata – Pelakon, Nad Zainal

Sumber : (1)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ