Bill Gates tersenarai sebagai orang terkaya di dunia dengan nilai harta sebanyak USD84.7 billion bersamaan RM381 bilion seperti yang disenaraikan oleh majalah Forbes bagi tahun 2017.
Pemilik Microsoft ini kekal unggul di tangga pertama sejak empat tahun lalu meninggalkan pesaing-pesaing dan juga orang kaya lain. Memulakan usaha bisnes pada usianya 17 tahun, Bill Gates terus unggul dalam pencapaiannya.
Sebagai orang terkaya dunia, kita tentu memikirkan betapa mewahnya kehidupan peribadinya. Tentu mampu membeli apa juga termasuklah jet, kereta mewah, barangan berjenama serta banyak lagi.
Drama-drama Melayu juga sering menayangkan “cara” orang kaya serta anak orang kaya yang naik kereta mewah, ada pemandu tukang bukakkan pintu, mesti kacak dan kemudian berilah arahan apa saja, bergegas pencacai berlari melakukannya sedangkan bukan semua orang kaya ada pemikiran sedemikian.
Paling-paling propa, petik jari, beri arahan, terus esoknya lelaki yang cuba rebut kekasih orang kaya confirm duduk di hospital dengan kepala berbalut. Klise gilerkan!
Mesti kita tak dapat membayangkan bahawa orang terkaya di dunia seperti Bill Gates suka mencuci pinggan di rumahkan. Biar dia mampu membayar upah orang melakukan pekerjaan itu tetapi Bill Gates lebih suka mencuci piringnya sendiri di malam hari. Tiada siapa tahu mengapa dia melakukan sedemikian, mungkin untuk mengurangkan stress atau meluangkan masa untuk diri sendiri tetapi perkara utama, Bill Gates tak kekok langsung membasuh pinggannya sendiri. Kalau orang kaya di Malaysia, cawan sebiji pun letak kerana fikir orang gaji boleh buat. Betul tak?
Dalam satu wawancara terdahulu, Bill Gates mengatakan bahawa kali pertama dia membeli iPhone, dia sangat menyukainya bentuknya. Malah khabarnya dia menggunakan iPhone 5 S untuk kegunaan peribadi. Terkini, dari menyukai iPhone, Bill Gates menyukai android yang diketahui mempunyai reputasi tersendiri berbanding telefon bimbit menggunakan aplikasi lain. Jadi buat anak muda, kalau orang terkaya dunia pun guna android, janganlah sesekali desak mak bapak belikan iPhone yang mana akhirnya ramai yang tertipu semasa membuat pembelian di web.
Rumah mewah ini adalah bahagian terpenting dalam kehidupan lelaki jutawan ini. Dengan keluasa 6000 kali persegi, dengan segala kemewahan di dalamnya, rumah yang diberi nama Xanadu ini memerlukan tujuh tahun pembinaannya sekaligus mencatat nilai USD123 juta.
Rumah ini memang sangat besar dan mewah, sesuai dengan gelaran diterimanya. Mampu menampung 150 orang tetamu sekaligus, mempunyai 24 bilik air, kolam renang dengan muzik di bawahnya, perpustakaan seluas 2100 kali persegi, home teater menjadikan rumah ini impian semua orang.
Tak pasti berapa kereta mewah yang dimiliki oleh Datuk Seri Vida tetapi jutawan terkaya di dunia ini hanya mempunyai 23 buah kereta sebagai koleksi. Sangat menyukai jenama Porshe, dia mempunyai koleksi Porshe jenis Coupe 959, 1988 dan Turbo 930.
Khabarnya, Porshe 959 Coupe adalah salah satu model miliknya yang mana hanya ada 337 model dikeluarkan untuk jenama berkenaan.
Dalam drama Melayu, sering dipaparkan anak-anak bergaduh soal harta. Lebih-lebih lagi, ada seorang anak yang biasa terasing kerana degil dan tak mahu uruskan syarikat yang diusahakan oleh bapaknya. Bila bapak mati, esoknya peguam mula bacakan wasiat dan kemudian, baik bini pertama dan madu, kompom bergaduh berebut harta. Tak habis part tu, mesti ada muka-muka masam dan di akhir cerita, orang tamak selalu rugi dan akhirnya berbaik semula dengan anak tiri.
Kalau nak tahu, biar jadi orang terkaya di dunia, Bill Gates dan isterinya, Melinda Gates telah sepakat, tidak akan menurunkan harta berbilion ini kepada anak-anak mereka. Pergh, kalau drama Melayu confirm dah ada yang bermasam muka. Hehehe.
Kata Bill Gates, dia akan memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak-anaknya selain dia mahu anak-anaknya memulakan perniagaan sendiri. Memang dia tak akan biarkan anaknya hidup dalam kemiskinan tetapi dia mahu mereka memulakan karier sendiri tanpa bergantung kepadanya. Tengok betapa berbezanya pemikiran orang berjaya dengan pemikiran kritis kita selama ini.
Sebagai orang terkaya, sudah tentu bersemut orang merapat. Tanggungjawab pun jadi banyak. Tetapi Billa Gates ada cara tersendiri untuk kedamaian hatinya selain membuat fikirannya jadi tenang. Tahu tak, Billa Gates sangat menyukai sebatang pokok yang ditanam di halaman rumahnya.
Pokok itu berada dekat jalan masuk ke rumahnya. Bill Gates sudah memantau pokok itu selama 40 tahun dan diawasinya 24 jam sehari. Bill Gates mengatakan, memantau pokok berkenaan sudah menjadi kecanduan baginya.
Ternyata, cara Bill Gates ini membuktikan, biar dia orang terkaya di dunia, namun dia memilih kehidupan yang jauh lebih sederhana.