Bagi peminat produk dari Apple, kemungkinan korang semua sudah memiliki iPhone 8 & X baru.
Namun, bagi peminat gajet yang baru ingin mencuba produk dari Apple tetapi enggan mengeluarkan bajet yang terlalu tinggi hanya demi memiliki sebuah telefon pintar, berita pengenalan iPhone SE2 terbaru pastu akan menggembirakan korang!
Walaupun belum ada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Apple berkenaan produk demikian, namun ura-ura yang membabitkan Apple oleh peminat mereka selalunya betul dan sahih.
iPhone SE pernah dikeluarkan pada tahun 2016 berikutan permintaan ramai untuk memiliki iPhone yang lebih murah dan mengikut saiz serta bentuk asal iPhone.
Selepas 2 tahun berlalu (dan beratus ribu iPhone SE terjual seluruh dunia), Apple kini khabarnya akan memperkenalkan iPhone SE2 dalam masa beberapa bulan.
Jom lihat 6 perkara yang kami tahu mengenainya, setakat ini. Harap-harap betul lah!
* * * * *
Keluar Bulan Jun?
Ramai beranggapan iPhone SE2 akan diperkenalkan sempena persidangan Apple’s Worldwide Developers’ Conference pada 4 Jun ini. Pada tarikh tersebut, syarikat itu juga akan memperkenalkan software terbaru, iOS 12.
* * * * *
Storage Minima
Besar kemungkinan, ia akan mempunyai storage seminima 32GB, dua kali ganda daripada 16GB untuk iPhone SE dahulu. Ia juga akan mempunyai chip A10 Fusion untuk meningkatkan prestasi telefon pintar itu.
* * * * *
Kamera Lebih Hebat?
Katanya, iPhone SE2 masih akan mempunyai kamera belakang 12 Mega Pixel, namun kamera hadapannya akan dinaik taraf ke 7 Mega Pixel bersama Retina Flash.
* * * * *
Bentuk & Saiz Sama
Dari segi rekaan, ia masih mengekalkan saiz 4 inci yang digemari oleh peminat iPhone. Yes !
Namun, untuk tidak ketinggalan dengan teknologi wireless charging seperti iPhone 8, bahagian belakang SE2 akan diperbuat daripada kaca dan bukannya besi seperti dahulu.
* * * * *
Warna
Begitu juga dengan warna, ia akan tampil mirip iPhone 8 dengan pilihan Space Grey, Silver dan Gold.
* * * * *
Okay, Harganya Pula?
But the big question is, berapakah harga permulaan iPhone SE2. Apple khabarnya akan mengekalkan harga sedia ada, iaitu sekitar RM1,899.
* * * * *