Ada lebih kurang tiga bulan lagi untuk umat Islam menyambut Aidilfitri. Bila tiba hari raya, terdapat beberapa perkara yang ramai excited nak buat, maklumlah setahun sekali kan.
Dah dapat peluang ni apa lagi, raya sakan la kan?
Ini beberapa perkara yang kami senaraikan
Belum pun masuk bulan Ramadan, ramai yang dah terfikir nak buat baju raya apa tahun ni. Jika nak hantar ke tailor
, memang korang perlu dua atau tiga bulan lebih awal. Kalau tidak, simpan je la angan-angan tu nak berbaju baru sebab bila tempahan dan banyak, ramai tailor yang tak ambil upah jahitan lagi.Nak kata wajib, tak juga. Tapi bila masuk je hari pertama bulan Ramadan nanti, kami confirm korang akan dengar bunyi mercun di mana-mana. Bukan budak-budak je yang excited, bapak budak pun sama-sama join bakar mercun. Hiks!
Time ni la nak cat rumah, lap tingkap yang dah bersawang dan buang barangan lama yang tak digunakan lagi. Hm, raya setahun sekali, kemas rumah pun setahun sekali juga ke sis? Hehe..
Tak cukup satu atau dua, paling-paling kena sediakan lima jenis kuih raya untuk menjamu tetamu yang datang nanti. Kalau di ofis tu, mesti ada saja yang akan bagi sampel kuih raya. Baru la rasa feel nak raya tu kan?
Punyalah excited nak balik kampung sebab nak jumpa saudara-mara dan beramah mesra bersama keluarga. Selain tu, raya di kampung pun feelnya lain sikit. Lebih nostalgia gituhhh..
Bab ni biasanya orang-orang perempuan je yang faham. Setiap tahun kalau boleh nak tukar semua kelengkapan rumah dengan perabot baru. Sesuai la sangat dengan Koleksi Deko Marseille dari Avon sempena hari raya ini.
Koleksi ini menyediakan rangkaian mewah langsir, set pinggan mangkuk dan cadar serta perhiasan rumah yang mengambil inspirasi dari Kota Marseille.
Kerlasss la rumah korang raya nanti kalau dipenuhi dengan perhiasan Koleksi Marseille ni. Ala-ala raya di overseas gituu. Hiks!