6 Port Membaca Sambil “OOTD”, Wajib Kunjungi Gedung Ilmu Dengan Dekorasi Unik Ni!

Share

Mesti korang simpan impian untuk pergi ke Coex Starfield Library di Seoul, Korea lagi-lagi si ulat buku dek rekaan perpustakaannya yang sangat unik. Tapi, penulis rasa tak perlu kot sebab di Malaysia pun dah ada gedung buku dengan dekorasi dalaman yang unik dan cantik. So apa tunggu lagi..Lets lah guys.

Remaja kumpulkan 7 port untuk korang membaca buku sambil menikmati dekorasi dalaman gedung buku bersama rakan-rakan, keluarga atau secara solo!

Memang wow dekorasi di Kedai buku BookXcess ini. Buat pencinta buku mesti kagum melihat dekorasi unik di dalamnya. Terowong buku yang tersergam indah di bahagian pintu masuk kedai ini memberi rasa yang berbeza. Masuk sahaja di dalam BookXcess ini, korang akan melihat betapa tinggi dan besarnya terowong buku ini.

Terus rasa nak tidur dalam kedai buku ni kan. Tapi bukan itu je, kalau korang rasa nak lepak chill di sini pun boleh, korang boleh menghabiskan masa membaca buku kegemaran sambil menghirup kopi yang di brew segar dan menikmati aneka juadah ringan di dalam kedai buku unik ini. Jadi ulat buku sekalian, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke BookXcess ini.

Gedung buku: BookXcess

Alamat: SB-1, Sunsuria Forum @7TH Avenue, Setia Alam Selangor.

Waktu operasi: Buka 24 jam

#2 L45 Kurau Community Library

Siapa sangka di kawasan kejiranan di Bangsar ini memiliki perpustakaan yang unik dan gempak! L45 Kurau Community Library ini memberi ruang kepada para pelajar dan pengunjung menghabiskan masa yang berkualiti di gedung ilmu ini.

Menariknya, menurut Malay Mail bangunan perpustakaan ini merupakan sebuah rumah yang di beli dan kemudiannya dibangunkan menjadi sebuah perpustakaan oleh pemilik misteri yang tidak di ketahui namanya sehingga kini.

Alamat: 45, Lorong Kurau, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Khamis – Sabtu (3.00 Petang – 6.00 Petang)

#3 Little Giraffe Book Club


Little Giraffe Book Club ini merupakan perpustakaan milik peribadi sebuah keluarga yang terletak di Cheras. Perpustakaan ini dibangunkan untuk menanam habit membaca secara sihat dan menggalakan ibubapa dan anak-anak menghabiskan masa berkualiti bersama-sama.

Perpustakaan peribadi ini memberikan suasana keluarga di samping ditemani dengan pelbagai koleksi buku-buku bahasa Malaysia, Chinese dan Inggeris. Malah sebulan sekali terdapat sketsa penceritaan yang menarik dilakukan oleh tukang cerita berpengalaman.

Alamat: 114, Jalan 15, Batu 11 Cheras, 43200 Batu 9 Cheras, Selangor

Waktu Operasi: Rabu – Sabtu (12 Tengah hari – 10 Malam), Ahad (12 Tengah hari – 7 Petang)

#4 Japan Foundation Kuala Lumpur


Kamu minat komik dan novel daripada Jepun dan mahu merasai suasana seperti berada di Jepun? Nah, terus kunjungi Japan Foundation Kuala Lumpur di mana tempat ini merupakan pusat pertukaran budaya diantara Jepun dan Malaysia. Suasana perpustakaan Jepun dengan tatami dan dekorasi Jepun memberi pengalaman segar buat kaki buku.

Perpustakaan yang terletak di tingkat 18 di bangunan Northpoint, Mid Valley ini menawarkan koleksi buku seperti majalah, novel, dan komik dalam bahasa Inggeris dan Jepun!

Alamat: Tingkat 18, Blok B, Northpoint, Mid Valley City, No. 1 Medan Syed Putra, Kuala Lumpur

Waktu operasi: Selasa – Jumaat (10.30 Pagi – 6.30 Petang), Sabtu (10.00 Pagi – 6.00 Petang)

#5 Penang Digital Library


Penang Digital Library ini sangat berlainan dengan perpustakaan yang lain di Malaysia. Ini kerana koleksi buku-buku dan bahan bacaan adalah dalam bentuk digital sesuai dengan nama perpustakaan ini Digital Library!

Lebih 3,000 buku, majalah dan bahan bacaan dalam bentuk digital. Jadi jangan berasa pelik jika kamu berkunjung ke sana dan melihat rak-rak buku semuanya kosong! Kawasan perpustakaan yang lapang dan luas memberikan kepuasan buat kaki buku menghabiskan masa di situ.

Alamat: No. 135 Jalan Masjid Negeri, Georgetown, Penang

Waktu operasi: Buka 24 jam

#6 Rumah Attap Library & Collective

Rumah Attap library & Collective ini sangat popular di kalangan anak-anak muda yang menghabiskan masa berdiskusi di situ. Suasana di dalam rumah menjadikan ia destinasi ulat buku menghabiskan masa di situ.

Perpustakaan Rumah Attap ini telah lama dibangunkan, perpustakaan ini menjadi ruang untuk melakukan perbincangan, bengkel dan juga forum. Bagi yang inginkan port diskusi berkumpulan, kamu boleh berkunjung ke perpustakaan di Rumah Attap ini.

Alamat: 84c, Jalan Rotan, Off Jalan Kampung Attap, Kuala Lumpur

Waktu operasi: Sabtu – Ahad (11.00 Pagi – 7 Petang)

Jadi jom tambah ilmu didada dan jangan lepaskan peluang untuk melawati gedung-gedung buku yang unik dengan dekorasi menarik ini di Malaysia okay!

Published by
Nana