6 Racun Kimia Di Pasir Gudang Yang Ada Dalam Asap Rokok

Share

Isi Kandungan

Toggle

 

Usaha baik pulih udara yang dicemari gas beracun methana di Pasir Gudang Johor masih diteruskan hingga ke hari ini.

 

Pelbagai andaian telah dibuat untuk mengetahui siapakah punca di sebalik pencemaran ini, berapa lamakah ia akan berterusan dan sejauh mana mangsa akan pulih 100 peratus dalam masa terdekat.

Namun, pendedahan terhadap bahan kimia yang ada tersenarai sebagai bahan buangan di Sungai Kim-Kim, Johor itu membuatkan kami sedikit terjejut. Ini kerana ada di kalangannya yang terkandung dalam asap sebatang rokok.

Antaranya termasuklah..

 

01

Acrylonitrile

Sejenis cecair toksik yang digunakan dalam pembuatan polimer dan fiber artifisial. Jika terdedah kepadanya, mangsa akan mengalami simptom pening-pening, badan lemah dan sakit kepala.

 

02

Hydrogen Chloride

Selalu gunakan kertas dan bleach untuk pakaian kan? Itulah antara produk yang mengandungi Hydrogen Chloride. Bahan kimia berasid ini mengakibatkan sesak nafas, radang hidung, batuk dan sakit tekak.

 

03

Ethyl Benzene

Bersifat mudah terbakar, bahan kimia ini mempunyai bau sama seakan gasolin. Jika menghidu secara berterusan, mangsa akan mengalami simptom gangguan darah badan. Selain itu, ia mengancam kesihatan hati, buah pinggang dan jantung.

 

04

Toluene

Sejenis hydrocarbon aromatik yang juga dikenali sebagai toluol. Apabila menghidunya  (seakan bau cat thinner) secara obsesif, ia boleh mengakibatkan kerosakan buah pinggang dan hati. Bagi ibu mengandung pula, kesan menghidu Toluene setiap hari menaikkan risiko bayi cacat fizikal, mental dan penumbesaran.

 

05

Xylene

Ia selalu digunakan di dalam makmal perubatan sebagai bahan solvent. Namun, pendedahan terhadap gas Xylene secara berterusan boleh mengancam sistem saraf sentral dan membawa kepada simptom sakit kepala, loya dan muntah-muntah.

 

06

Acrolein

Ini juga merupakan bahan kimia yang mudah terbakar dan merupakan punca kepada sesak nafas.

***

REMAJA berharap agar keadaan & kadar kesihatan sekeliling di Pasir Gudang akan pulih seperti sedia ada. Bagi yang merokok, fikir-fikirkanlah..

 

 

Published by
FZ